Friday, September 14, 2012

Masa Depan II


Tawar hati dengan yang jauh. Mengharap yang dekat. Umur pun makin meningkat, tidak larat pergi jauh-jauh.

Tidak bahagia dengan yang jauh. Mahu yang dekat.

Jika yang dekat menolak, mungkin buat jalan baru.

Bila fikir masak-masak, jalan yang baru ini risikonya tinggi.


Mahu kembali kepada yang jauh tapi tidak bahagia atau jalan baru yang berisiko tinggi tapi bahagia ?


pic from here


Sejak beberapa menjak ni, aku selalu kira-kira dengan umur berangka 21 yang makin meningkat.

Wednesday, September 5, 2012

Live Streaming bersama Artis Penyanyi Perempuan


Selepas masak nasi goreng yang tak berapa nak sedap. Nasi hangus. Aku online dan tiba-tiba teringat ada star chat dengan artis malam ni. So, aku pun buat muka tak malu dan tanya soalan. Dulu aku selalu jumpa gadis ni kat universiti. Tapi kalau nak bertegur berkenalan tu memang takkan buat punya lah. Nak sahaja cakap face to face dengan dia macam ini : " Hai, saya suka la awak menyanyi ". Jangan haraplah. Aku ni pemalu sikit. Haha.

Dalam 4 soalan aku hantar satu soalan sahaja dia jawab.

 Aku : Awak suka masak lauk apa ?

 Gadis tersebut : Ayam Merah


Gadis yang tak reti masak sila masuk blog ini 


Ok, aku puas hati dia menjawab pertanyaan yang diberikan. Ok,habis cerita pasal artis. Beberapa hari lepas, aku ada masak lauk ayam merah. Tapi tak sedap, tawar dan pedas. Buat penat jer berketuk lesung batu bagi nak hancur cili kering. Fail.


 Beberapa hari ni aku selalu fikir pasal hala tuju hidup untuk 3-4 tahun akan datang yang masih misteri sehingga kini.

Saturday, August 25, 2012

Langit


Beberapa bulan lepas, aku pergi ke luar negara.

Aku tengok dan lihat budaya dan cara hidup mereka.



Kadang - kadang berharap bila bangun tidur masa solat subuh terasa digigit sejuk salji turun dari langit.

Membaca surat khabar bertulis bahasa asing

Hari - hari mungkin makan daging, ikan dan sayur

Berkejar ke pejabat menaiki kereta api laju bawah tanah.

Petang - petang bawa anak-anak berambut perang bermata biru pergi bersiar dekat Rose Garden.

Hujung minggu pergi stadium menonton bola sepak bersama ultras.

Bersama-sama menyanyi berserta puluhan flare berkepul -kepul asap ke udara.

Friday, August 17, 2012

Pergi Memburu


Hari tu ada kawan aku ajak aku pergi memburu. Aku malas nak berjanji sebab takut tak bangun nanti. Kasihan pula dekat dia pergi seorang diri. Tapi tiada apa sebab dia dah besar dan tiada apa yang nak ditakutkan.

Ada kertas hari itu tulis pasal aktiviti memburu ni. Sebelum raya dibuat lima kali. Aku tak pernah lagi pergi. Mata aku ini susah nak tutup.



Pakcik tu ada cakap dan lebih kurang macam inilah " Peluru mesti ada. Tembak kena tepat ". Berkata dengan penuh bersemangat.

Malam ini last memburu. Aku berharap dapat berturut serta mengangkat senjata untuk memburu. Harap-harap malam ini court futsal penuh. Sekurang-kurangnya pernah juga sekali dalam hidup memburu. Esok lusa dah nak raya.

Saturday, August 11, 2012

Perempuan Yang Aku Tak Faham

Tulisan  kali ini pelik sikit dan agak emosional sikit.

Ini bukan cerita tapi realiti tapi jangan percaya sangat. Siapa pernah tengok rancangan Take Me Out versi China. Sila google sendiri.

Dalam banyak-banyak perempuan, dia yang paling jual mahal. Aku tidak faham citarasa dia macam mana. Kalau tidak salah sudah berpuluh lelaki datang mencuba nasib tapi dia menolak. Ada lelaki yang boleh tahan kacak, kaya dan berwawasan.

Perempuan itu cantik dan nampak bijak. Pandai berfesyen dan pernah tinggal serta belajar di luar negara selama tujuh tahun. Dia ada keyakinan diri yang tinggi. Dari matanya dia nampak jujur dan seorang perempuan yang baik. Aku selalu bertanya " Dia ni minat lelaki macam mana ? ". Perempuan ini kadang-kadang nampak macam kerek dan sombong. Bilalah lelaki yang bertuah itu akan muncul ?

Petang tadi, aku tengok rancangan Take Me Out. Ada seorang lelaki datang mencuba nasib. Lelaki itu tidaklah kaya macam peserta sebelum ini. Mukanya boleh tahan. Dia bekerja sebagai petani dan penjual sayur di pasar untuk menyara keluarga. Tidaklah kaya mana pun. Dalam 24 perempuan cantik dalam rancangan itu, satu persatu menutup lampu masing-masing sebagai simbol menolak lelaki tersebut. Makin lama makin sikit. Last sekali tinggal dua perempuan cantik bernombor 21 dan perempuan yang aku maksudkan tu.

Lelaki tadi hanya boleh memilih seorang perempuan sahaja. Tiba aku perasan, " Aik, ini aku rasa kali pertama perempuan itu (merujuk kepada perempuan yang aku maksudkan dalam perenggan satu dan dua diatas ini ) promote dan rela hati nak jadi isteri lelaki tersebut. Ini menarik.

Lelaki penjual sayur itu, sebelum bermula rancangan telah memilih seorang perempuan yang dia minat iaitu perempuan nombor 21. Tidak sangka pulak perempuan nombor 21 itu juga minat juga dekat lelaki tu. Kini lelaki tersebut terpaksa memilih salah seorang diantara perempuan nombor 21 atau perempuan cantik yang aku ceritakan panjang-panjang kat atas tadi.

Lelaki tersebut bertanya satu soalan. "  Awak sudi ikut dan tinggal bersama saya di kampung serta jual sayur bersama ?

Perempuan 21 : Saya sudah ada kerja tetap di bandar dan sukar untuk berpindah. Tapi saya akan menolong dia menjual sayur selepas waktu kerja.

Perempuan yang aku cerita panjang-panjang dekat atas : Jarak diantara kampung dia tidak jauh. Lagipun, seorang isteri mesti menyokong suami.

Akhir sekali lelaki penjual sayur tadi memilih peserta nombor 21 dan meninggalkan perempuan yang aku cerita panjang lebar tadi.

Perempuan yang aku cerita panjang lebar itu ikhlas serta jujur dan tidak seperti perempuan lain. Aku harap suatu hari nanti, dia akan berkahwin bersama lelaki yang dia cintai dan mempunyai anak yang comel.

 Habis sudah cerita yang tidak berapa menarik ni.

Friday, July 20, 2012

Bangkit


Dalam masa enam tahun, malam semalam malam yang paling menakjubkan.

Tidak sangka ramai lagi yang mempunyai ideologi dan minat yang sama dengan aku.

Benar-benar mantap.

Tatkala aku sudah cuak serta menggigil membatu berfikir soal kekalahan yang mungkin tiba,

Mereka terus semangat meniup semangat pemain dan penonton.

Jiwa mereka kental.

Tatkala aku tidak sanggup mahu menonton lagi.

Setelah melalui tekanan mental sewaktu sepakan penalti,

Akhirnya kami menang dalam perlawanan yang penuh emosi bersaksikan air hujan mencurah - curah dari langit.

Syukur

Kami kembali ke Liga Super 2013

Tuesday, July 17, 2012

Setapak lagi


Aku tidak berharap sangat. Takut nanti menangis kecewa. Hendak memaki apabila gagal ibarat meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Marah - marah tapi apabila berjaya disayang dan dipuji jua.

Lega dan kini tinggal setapak sahaja lagi. Seksa penantian selama setahun memeritkan. Jika gagal kali ini mungkin ada rezeki pada tahun 2014. Itu pun jika berjaya jika tidak mungkin 3 atau 4 tahun lagi dan lagi.

Aku tengok sebuah kelab pasukan bola sepak di German iaitu Fortuna Düsseldorf mereka tunggu selama 15 tahun. Patutlah berpesta sakan berlari masuk berpuluh ribu ke dalam padang untuk meraikan kemenangan.

Mereka bukan menang piala tapi naik pangkat dalam liga


Menjadi peminat sebuah pasukan bola sepak ini banyak bermain dengan perasaan dan lebih-lebih lagi jika pasukan tersebut bukanlah sehebat pasukan Barcelona dan sekaya Manchester City. Tapi aku lahir di sini dan
menyokong pasukan ini boleh buat aku gembira. Tidak kisah apa warna kulit dan ideologi politik yang penting apabila bersama di stadium, menjadikan kami lebih kuat untuk menyokong biarpun saban tahun dipalit kekecewaan. We share in pain.