Showing posts with label cerita pendek merepek. Show all posts
Showing posts with label cerita pendek merepek. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Pandang Dan Hilang


Masa pulang ke kampung semalam, aku dengan seorang kawan menaiki kereta api. Dari suatu tempat menuju ke KL Central. Pertama kali naik kereta api, rasa semacam "awkward". Lebih-lebih lagi beli tiket berkatil.

Jam pukul 11.00 malam. Kami pergi ke kafe terletak di gerabak tengah. Pelanggan masa itu kurang. Perjalanan yang panjang menambah lagi kebosanan. Tiba- tiba, muncul dua gadis  memesan pesanan dan lantas duduk di meja sebelah. Keadaan yang muram bertambah menarik. Gadis pertama bertudung hitam manakala yang kedua bertudung merah berseluar hijau dan barangkali pembaca setia majalah hijablista mungkin.


pic credit here


Kami pandang antara satu sama lain dan mengalihkan pandangan. Kami tidak bercakap walau sepatah. Sunyi. Lebih dalam kira-kira 10 minit keadaan seperti itu, cuma diam dan pandang ke arah lain. Aku pandang ke cermin tingkap seolah-olah melihat permandangan luar, padahal tengok bayang-bayang gadis tersebut melalui  impikasi pantulan cermin. Serius cantik.

Aku mahu sahaja bertanya, dari mana, belajar dekat mana. Tapi berasa "awkward". Dalam situasi sunyi dan sepi, tiba-tiba kereta api bergegar dalam frekuasi kecil. Sudu yang diletakkan di atas pinggan bergegar lantas mengeluarkan bunyi " ting, ting,ting". Suasana berubah menjadi ceria dan  kami semua fokus memandang sudu yang bergetar, tersenyum dan ketawa kecil. Sudu itu dialihkan. Masa yang tepat untuk berkenal-kenalan. Namun keadaan kembali sunyi dalam 5 minit. Lalu, gadis-gadis itu berangkat pergi ke gerabak masing-masing. Perlahan-lahan kelibat mereka hilang dari pandangan.

Monday, October 3, 2011

Pekan Puaka dan Rombongan Meminang


Dia melihat sekeliling, matanya sudah sedar dari tidur. Bas sudah berhenti bergerak. Satu persatu penumpang turun dari bas tersebut. Morales masih mamai itupun turun keluar dari bas. Morales terus duduk diatas kerusi rehat di stesen bas tersebut. 




Tiketnya tertera destinasi “ Pulau Juju”. Morales bingung dan tidak tahu dimana dia sekarang. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki membendung beg yang dipenuhi surat khabar.

 Bang, mahu beli surat khabar ?

Mahu Majlis atau Warta Malaya ?

Lupa nak bagitau, Morales merupakan kacukan Inggeris-Belanda. Dia merupakan anak saudagar bijih timur yang terkenal di Bukit Tinggi. Disebabkan ayahnya fasih berbahasa Melayu serba sedikit dia juga faham bahasa tersebut.

Oh, tidak mengapa. Er,, apakah nama tempat ini ?

“Ini pekan Niyang Rapik” jawab pemuda Melayu tersebut. Setelah beberapa soal jawab berlaku, Morales segera menaiki sampan yang terletak dihapan stesen bas tersebut.

…………………………………………………………………………………………………….


Dia tersenyum. Petang ini rombongan keluarga lelaki tersebut akan datang ke rumahnya. Jam menunjuk pukul 9.00 pagi. Qistina bingkas bersiap-siap membantu ibunya yang sedang memasak di dapur. Maklumlah rombongan meminang yang datang, mesti si emak mahukan juadah yang terbaik untuk tetamu yang bakal tiba.

 “Angah, baju-baju dah siap ? Sudah mak, Qistina senyum lebar-lebar. Pak Samad pula sibuk menguruskan kelengkapan lain.

Sepanjang hari dia tersenyum memanjang. Pemuda itu sudah berjaya menambat hatinya. Tidak lama lagi dua jiwa akan bakal bersatu.

3 bulan sebelumnya :

“Sarah, jom singgah makan kat restoran tu. Qistina dan Sarah terus turun dari kereta dan duduk di meja di restoran tersebut. Meja hampir penuh dan mereka terus duduk. Meja tersebut adalah gabungan dua meja. Sarah terus menuju ke tandas.

“ Abang duduk sini ada kosong” kelihatan kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan 5 tahun.

“ Hai, akak “

“Hai, adik “

Qistina dan kanak-kanak perempuan itu berbalas senyuman. Pemuda yang berusia hampir sebayanya turut melemparkan senyuman. Mereka berdua turut berbalas senyuman.
















…………………………………………………………………………………………………………..


Hujan turun dan televisyen mulai kabur. Astro memang macam ni.  Tak boleh kena hujan. Eh,report final projek aku belum siap lagi.