Monday, October 3, 2011

Pekan Puaka dan Rombongan Meminang


Dia melihat sekeliling, matanya sudah sedar dari tidur. Bas sudah berhenti bergerak. Satu persatu penumpang turun dari bas tersebut. Morales masih mamai itupun turun keluar dari bas. Morales terus duduk diatas kerusi rehat di stesen bas tersebut. 




Tiketnya tertera destinasi “ Pulau Juju”. Morales bingung dan tidak tahu dimana dia sekarang. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki membendung beg yang dipenuhi surat khabar.

 Bang, mahu beli surat khabar ?

Mahu Majlis atau Warta Malaya ?

Lupa nak bagitau, Morales merupakan kacukan Inggeris-Belanda. Dia merupakan anak saudagar bijih timur yang terkenal di Bukit Tinggi. Disebabkan ayahnya fasih berbahasa Melayu serba sedikit dia juga faham bahasa tersebut.

Oh, tidak mengapa. Er,, apakah nama tempat ini ?

“Ini pekan Niyang Rapik” jawab pemuda Melayu tersebut. Setelah beberapa soal jawab berlaku, Morales segera menaiki sampan yang terletak dihapan stesen bas tersebut.

…………………………………………………………………………………………………….


Dia tersenyum. Petang ini rombongan keluarga lelaki tersebut akan datang ke rumahnya. Jam menunjuk pukul 9.00 pagi. Qistina bingkas bersiap-siap membantu ibunya yang sedang memasak di dapur. Maklumlah rombongan meminang yang datang, mesti si emak mahukan juadah yang terbaik untuk tetamu yang bakal tiba.

 “Angah, baju-baju dah siap ? Sudah mak, Qistina senyum lebar-lebar. Pak Samad pula sibuk menguruskan kelengkapan lain.

Sepanjang hari dia tersenyum memanjang. Pemuda itu sudah berjaya menambat hatinya. Tidak lama lagi dua jiwa akan bakal bersatu.

3 bulan sebelumnya :

“Sarah, jom singgah makan kat restoran tu. Qistina dan Sarah terus turun dari kereta dan duduk di meja di restoran tersebut. Meja hampir penuh dan mereka terus duduk. Meja tersebut adalah gabungan dua meja. Sarah terus menuju ke tandas.

“ Abang duduk sini ada kosong” kelihatan kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan 5 tahun.

“ Hai, akak “

“Hai, adik “

Qistina dan kanak-kanak perempuan itu berbalas senyuman. Pemuda yang berusia hampir sebayanya turut melemparkan senyuman. Mereka berdua turut berbalas senyuman.
















…………………………………………………………………………………………………………..


Hujan turun dan televisyen mulai kabur. Astro memang macam ni.  Tak boleh kena hujan. Eh,report final projek aku belum siap lagi. 

No comments:

Post a Comment