Saturday, December 30, 2017



Aku bukan pangeran yang duduk di istana. Bukan juga anak pembesar dan bangsawan. Aku cuma rakyat biasa.
.
Tetapi aku tetap mahu jadi pengeran seperti dalam sajak dibawah. Dan aku mahu kau jadi puterinya. Biarpun kita bukan anak raja yang lahir di istana.


25 Ogos 2016, 00:41 pagi, Jerantut 



Kenapa rumah you ni banyak sangat buku ?

- Buku-buku ni i kumpul dari sekolah rendah sampai habis universiti

Siapa nak baca ?

- Kitalah baca. After we married. We choose one book. You read first page. i dengar. Then, i read second page. You pulak dengar.

Sampai bila ?

- Sampai lah kita ada anak, ada cucu.


23 feb 2016, 01:32 pagi, Perlis



Saturday, December 31, 2016

Selamat malam




Kota ini menarik. Trip 5 hari 4 malam. Dapat jugak sampai kaki ke kawasan Viking. Kota pasukan sepak bola, Persib Bandung. 


Selamat tahun baru kawan. Semoga esok lebih baik.

Kota Bandung 

Wednesday, October 7, 2015

Gadis Bugis


Aku namakan dia sebagai Laila
Gadis muda yang tinggal di kota padang pasir
Kota yang kaya dengan tamadun
Dipinggir sungai Nil
Sungai Nil yang pernah terbelah

Bermula perkenalan dengan sebuah bicara
Lama-kelamaan, hari demi hari
Daripada biji kecil menjadi pohon rendang
Yang manis buahnya

Aku datang ketuk pintu hatinya
Aku serah hati ini kepada Laila
Tidak dengar khabar sehari boleh mati rasanya

Aku rasa bersalah
Memetik bunga larangan sesuka hati
Lepas itu aku lenyap
Meninggalkan Laila tanpa berita
Aku memang kejam



Setelah berpurnama tak bersua
Rindu ini belum mati
Aku tanya khabarnya Laila
Laila diamkan diri
Sunyi tanpa berita

Mungkin Laila patah hati
Dia sudah karamkan aku dalam sungai Nil
Mungkin juga selama ini Laila tidak pernah pun ada hati
Hanya aku buat drama cinta sendiri

Jika takdir menemukan kembali
Dan kau setuju
Aku siap sedia bertemu walimu

Apa pun
Moga kamu bahagia
Selamat malam Laila


.27/9/15,  2:10 pagi.  Kangar

Sunday, January 25, 2015

Perjalanan Backpacker




Lelaki itu putus harapan. Hancur berkecai.





 Dia terus berlari tanpa henti. Sembilan negara dia jelajahi seorang diri.

Bermacam budaya, ragam yang ditempuhi. Dia hanya seorang diri melihat manusia dikanan dan kiri.

Jiwanya kosong




Dia berjalan, berhenti dan berjalan. Tiada hala tuju. Apa yang dia cari ?

Di Yunnan, China. Seorang imam masjid menghadiahkanya sebuah kitab.

Sebuah kitab tasauf berjudul "Al-Hikam" karangan Syeikh Ibnu Athoillah.






Lama-kelamaan dia jumpa apa yang dia cari.





Filem Indonesia 2014, "Haji Backpacker" 

link full filem : youtube

link full filem : pencuri movie 

Aku bagi 5 Bintang

Sunday, November 2, 2014

Final Piala Malaysia 2014

Kredit kepada owner punya picture

kredit: Mohd Shah


              " Suatu ketika kita akan berada di atas. Di puncak langit. Tinggi-tinggi. "

              " Dan pasti kita akan jatuh tersungkur. Jatuh terduduk. Bukan sehari tapi mungkin bertahun-tahun"

              " Dan kita harus kuat. Orang kata, menang tak megah, kalah tak rebah"

"Saat paling sukar bila kau akan berjuang sorang-sorang"



Sudah 10 tahun 

Sunday, June 1, 2014

Drakula



 Boleh terserempak dengannya tanpa disangka-sangka, 

Anatibodi badan aku lemah.

Bila aku terserempak,

Cuba buat-buat tak nampak,

Lari jauh-jauh,

Kalau tak boleh elak,

Alih pandangan ke tanah.

Aku takut menjadi mangsa.

Seram gila !




            Aik, apasal jiwang pulak ni ? Cerita seram ke cerita cinta ?