Friday, January 17, 2014

Pusing Lari - Lari


Dapat berita gembira dari sebuah pulau,

Aku senyum.

Mungkin, 

Tidak lama lagi mereka akan mula berjalan.

Bukan seorang, 

Bukan berbelas,

Tapi mungkin beribu-ribu.

Aku tunggu kalian dan mahu berjalan bersama.


pic from here


Tadi dapat berita gembira dari belah-belah Cape Town,

Aku senyum lebar.

Moga tersebar jauh-jauh. 



Tapi,

Aku tidak pasti sama ada aku benar - benar sedia atau cuma pura-pura.

Tapi,

Jujur aku suka.

Sambil di langit putih masih banyak asap-asap hitam.



Mahu ikut ?

Tak nak ikut,sudah. 

Haha

Wednesday, October 16, 2013

Cinta Dalam Hati



Selama ini sudah banyak cinta - cinta yang lalu depan mata,

Kadang- kadang cinta datang dekat sangat,

Cinta datang silih berganti,

Tapi aku yang tidak pergi menyahutnya

Cuma sekali - sekala


Kalau boleh aku mahu pergi keliling dunia cari cinta,

 Dapat lihat dari jauh sahaja pun sudah cukup,

Bikin hati ini bergetar bahagia.


Aku mahu duduk di majlis cinta,

Majlis penuh dengan barokah,

Majlis taman-taman syurga,

Sambil tersenyum mendengar bait -bait cinta yang keluar dari mulut mereka.


Aku ingin bertemu mereka,

Lantas mencium tangan sebagai tanda hormat dan kasih,

Untuk mendengar nasihat-nasihat cinta.


Tapi,

Aku takut tidak sempat bertemu mereka,

Nangis


pic kredit : here
         Ini gambar Kota Tarim.  Berhajat mahu ke sana biarpun cuma dalam mimpi



Tuesday, September 3, 2013

Pergi


Dua atau tiga hari lagi cuti semester akan habis.

Aku akan jadi emotional dan sentimental.

Menghitung hari-hari terakhir di rumah.

Jujur,

Aku lebih suka pergi naik kereta api biar pun masa banyak terbuang.

Daripada naik bas yang tiada ruang privasi,

Hanya boleh duduk statik, pejam mata dan tidur.




Pergi naik kereta api tiket gerabak katil,

Lebih sentimental jika seorang diri.

Bak kata kawan aku " Biasanya kalau aku sorang-sorang naik kereta api dekat KL Sentral, aku pakai ear phone pasang lagu. Seolah-olah ada feel macam artis dalam filem ".

Ah, macam-macam.


Tapi aku lebih selesa lihat manusia sekeliling dan duduk diam-diam atas katil.

Handset aku tiada aplikasi internet.

Tiada facebook, twitter, dan histagram.

Buah hati untuk sayang-sayang dan manja-manja lagilah tidak pernah wujud.


Jadi aku ambik diari dan tulis harapan dan cita-cita untuk semester depan.

Boleh juga lihat permandangan malam di luar sambil mata merah-merah.


ps : kredit gambar dari filem pendek " Pasport Ekspress ".Ini link

Saturday, August 17, 2013

Iklan Piala Malaysia 2013



Eh, typo 2013 bukan 2014

Ini gambar tahun lepas.

Badan masih six pax. Lol

Mari ke stadium menonton bola sepak Piala Malaysia yang power, hebat dan awesome

Tuesday, July 16, 2013

Harapan di Kota Metropolitan


Ini cuma fiksyen

Bandaraya itu maju dan moden. Bangunan raksasa mencacak-cacak naik. Nyalaan berjuta mentol lampu menjadikan langit cerah. Cukup indah.

Lihat dari dua sisi. Hidup mewah dan hidup susah.

Seorang lelaki tua berbasikal bersiang malam mengayuh pergi ke kota itu. Hidupnya sukar, cuma mengumpul kotak-kotak buangan dari tong sampah. Mencari sesuap nasi untuk malam ini. Moga boleh tidur dibuai mimpi. Mimpi indah.

Dua pemuda bersahabat lama. Seorang kaya dan seorang sudah berkeluarga. Hidup tiada arah sambil memandu kereta Ferrari merah kepunyaan orang tua. Mewah. Malam-malam berpesta. Seorang pemalas dan seorang panas badan. Payah.

Seorang pemuda ini merantau dari Gujerat. Bermimpi mahu jadi bintang filem hindustan. Tidur didalam bilik sewanya yang sempit. Pagi, petang, malam, mencari penumpang teksinya. Duit perlu dikirim ke kampung halaman untuk ibu bapanya. Mukanya persis hero filem hindustan.

Mereka tinggal di kota raya yang sama tanpa saling mengenal. Masing-masing ada hidup sendiri.

Kemudian,

Pemandu teksi

Pemuda pemandu teksi itu diberhentikan kerja gara-gara penat bekerja di kelab malam sebagai penyanyi. Dia menari dan menyanyi. Namun duit gajinya tidak setimpal kerana bosnya yang tidak jujur dan menipu. Dia tidak berwang, tidak berumah. Tidur melihat langit berlapik kotak. Sukar.

Ini adalah sedutan dari filem "City of life".

Tiba-tiba aku teringin mahu bekerja di negara yang terletak di padang pasir. Rasa seronok lain macam.

Thursday, July 11, 2013

Semester Depan


Rumit. Semakin lama semakin menyeksa. Banyak cinta yang terlepas. Mahu habis cepat-cepat.

Bahasa mudah dan metaforanya macam ini.

" Semester depan, ayah dan mak bercadang mahu kahwinkan kamu. Senang sikit hidup tu ".

Jadi banyak benda hendak di fikir dan dijaga. Bukan lagi kasi kenyang perut sendiri-sendiri.

Semestinya bukan semester depan. Tapi mungkin selepas raya tahun depan.

Telinga sudah panas dengan kritikan masyarakat.

Sakit dan menyampah.

Sunday, May 26, 2013

Sedikit


Mereka bangun, aku bangun,
Mereka duduk, aku duduk,

Mustahil dapat duduk masa mereka bangun,
Aku cuma dapat perhati dan larikan diri.

Walaupun ada yang sehati, tapi jiwanya lain-lain,
Baik lupakan sahaja.

Minoriti tidak akan jadi majoriti,
Tidak mungkin.

Sebab kami tidak sehati sejiwa,
biarpun atas paksi perjuangan yang sama.

Di sini tiada jiwa-jiwa yang sama.

Aku penat berjuang dengan sepi di sini,
Meskipun tahu bahawa di sana,
masih hidup berpuluh ribu jiwa-jiwa yang sama.