" Marilah mari,
Pergi mengundi,
Tunaikan kewajipan pada universiti "
Minggu ni musim politik kampus, kat fb pon masing tengah memancing undi dan promote diri. First time, aku mengundi masa kat Mrsm dulu dengan poster dan manifiesto yang macam-macam di jual kepada pengundi. Dulu aku boikot pilihan raya kat Mrsm dulu gara-gara outing pada hari sabtu tersebut dibatalkan. Aku nak beli kueh teow kat pasar malam kat bandar Muadzam Shah pon tak boleh. Maka aku pon pergi membuat undi rosak dengan menyatakan ke tidak puasan hati tidak dapat outing pada kertas undi tersebut.
Tapi itu citer time sekolah, sekarang kat universiti. Senario politik makin ekstrim dan lebih matang. Kumpulan pro-M dan Aspirasi sememamangnya sudah lama bertapak senario politik kampus di Malaysia. Tidak tahu la pulak,sama ada kumpulan ini berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.Yang paling menjadi tumpuan adalah di universiti yang lama-lama sebab korang boleh lihat sendiri kerancakan politik kampus yang berlangsung.
Sebagai mahasiswa yang prihatin mengenai hala tuju kepimpinan di universiti aku ni, maka pada 24 February ini aku akan pergi mengundi di tempat pembuangan undi. Entah mengapa aku rase tiada mood nak pergi mengundi nanti. Maybe mood pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau belum sampai ataupon atas sebab yang lebih penting seperti perlawan bola sepak kelayakan Olimpik diantara Malaysia dan Pakistan pada 23 Feb ini.
.
Test pon banyak minggu ni dan lebih mengerikan apabila test Elektronik dan design akan berlangsung pada hari yang sama. Nasib baik tak buat malam rabu kalau tak clash dengan date aku dengan pasukan Malaysia nanti. Dah masuk minggu ke-7 rupanya... assignment2 masih menunggu untuk di siapkan...
time test thermo-fluid... |
1 comment:
hahahahaaa
mantap la khai!!
Post a Comment