Tuesday, May 24, 2011

Satu Malam di Kafe


lampu kuning menyinari ruang kafe,
ulat lampu merayap-rayap di atas meja makan,
tin minuman coke dan 100 plus tersadai di atas meja,


--------- wireless is not connected-----------


Tokey kedai dah tutup wi-fi rupanyer. Aku baru nak berkarya tengah malam ni. Dah pukul 12.15 malam, patutlah sambil kafe sudah mulai lenggang serta hujan turun mendayu - dayu di luar sana. Ni pun 1st time lepak online kat kafe ni bersama Shahril , Afiq dan Pdot. Maka kami pon cepat-cepat berambos dan pulang ke rumah.




Sampai kat rumah, tengok pulak citer TRADER kat channel 401.





          Tengok jer info dah dapat agak filem ni best. Cerita mengenai sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran di Amerika serta usaha seorang abang berumur 18 tahun cuba menyelamatkan adik perempuanya yang berusia 13 tahun yang telah diculik dan dibawa lari dari Mexixo ke Amerika. Citer banyak bermain dengan emosi... bangsat..bangsat..bangsat.( sorry mencarut) .dan sungguh tragis geram betul tengok citer ni. Ini realiti, sindikett jual orang ni memang wujud." We not find them because we not searching them " ayat penguatkuasa di sana.


       Lepas habis citer ni, aku tekan remote beberapa kali dah tengok pulak cerita Hindustan lama yang di buat pada tahun 1972.




Citer ni memang best sambil genggam tangan pukul lantai bila hero lawan orang jahat. Sedar tak sedar sudah 3 jam sudah berlalu. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 4 pagi tapi telinga aku masih gagal berfungsi seperti biasa disebabkan masuk air time mandi swimming pool petang tadi. FLOAT, FLOAT , FLOAT .. perkataan yang diulang-ulang oleh memberku, Helfi yang ambik jurusan marin di uitm Arau semasa di swimming pool tadi. Kalau nak belajar berenang boleh la belajar dengan dia sebab dia memang power berenang, 1 minit putaran tangan sebanyak 72 kali. So dah habis merapu sambil berdebar-debar nak tunggu result exam keluar. Nervous sial.. 


ps : dengar cerita sebuah kedai makan di jerantut ade hantu perempuan di tingkat 2 bangunan tersebut. Menarik!! pergi try makan kat sane malam-malam best gak ..syokkk..

No comments:

Post a Comment