Oh bulan,
Malam ini menjadi perbualan manusia seantero dunia,
Banyak mata-mata ini melihat cahayamu,
Malam ini gerhana bulan akan berlaku,
Sinaran cahaya yang istimewa akan berlaku.
Ku bergegas turun dan melompat,
Dari katil yang berdua tingkat,
Sambil kaki kiri terhencot-hencot menuju ke koridor,
Aku nekad ingin lihat bulan.
Oh bulan,
Hajatku punah dek kerana pohon besi yang menjalar tinggi,
Yang menghalang penglihatan,
Ku hanya lihat bangunan besi,
Sambil kaki kiriku berdenyut-denyut kesakitan.
Aku hampa..
dari Gunung Kinabalu ..pic dari sini |
Hari : khamis
Tarikh : 16 jun 2011
Jam : 2.58 pagi
2 comments:
Khairi....
Lama x dengar cerita...
"Moga dicintai Allah"
a'ah dah lame dah x dengar berita.. rakan sekelas time sekolah rendah dulu..
" Semoga Hidup diberkati Allah :) "
Post a Comment