Perlawanan persahabatan ini sudah beberapa hari berlaku dan keputusanya semua orang sudah tahu. Petang jumaat lalu, hujan hendak turun rintik-rintik. Siap aku dapat mesej daripada Denan dan panggilan daripada Nuex yang merupakan teman-teman seperjuangan.
Mesej : Ko kat mana ?
Telefon : Bola petang ni ada live x kat tv1 ?
Aku nampak mereka sungguh teruja menantikan perlawanan ini. Australia ni bukan pasukan cikai sayur. Ranking FIFA nombor 19 berbanding Malaysia di tempat 146. Betul ke 146 ? Entahlah. Semestinya aku merindui permainan Malaysia ini serta tidak sabar melihat aksi penyerang yang sedang menjalani ujian cuba bersama pasukan Liga Inggeris, Cardiff City iaitu Safee Sali. Bergandingan bersama penyerang Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha pasti menarik. Tapi kali ini pemain regular seperti Safiq Rahim, Amirul Hadi, Arshari tidak dipanggil dan digantikan dengan muka baru seperti pemain tengah Terengganu, Joseph Kallang ,dan beberapa muka baru. Ini semua tidak penting sangat.
Perlawanan bermula dan baru tiga minat sudah bolos 1-0. Aku sudah mula nampak petanda. Ya, petanda hujan akan turun. Selapas 45 minit separuh masa pertama, Australia 4 - 0 Malaysia. Permainan sungguh membosankan. Bosan dan bosan. Pintu gol Malaysia makin banyak dibolosi.
Separuh masa ke-2 bermula. Orang dekat kedai sudah semakin berkurangan. Member aku yang mesej aku tadi sudah tidak sanggup nak tengok. Barangkali sudah terlalu sedih. Mungkin disebabkan dia sedang memakai jersi Malaysia. Emosi lebih rasanya. Dia ni merupakan peminat pasukan Terengganu yang baru sahaja menjulang Piala FA. Ada sorang lagi, member aku yang merupakan penyokong Singa Utara, Perlis juga tidak sanggup nak meneruskan tontonan. Mungkin dia sudah banyak kali kecewa. Pasukan Liverpool sudah lama tidak menang piala dan semestinya rindu zaman kegemilan Perlis bersama Philimon Chipeta.
Perlawanan tamat 5 - 0. Kasihan sungguh. Bengang dan mood memang boleh bergaduh. Kalaulah aku ada kat stadium masa tu dan diprovokasi oleh penyokong lawan. Memang aku baling dengan botol plastik.. haha.. okey ini cuma ilusi kerana aku masih lagi mempunyai rekod disiplin yang bersih di stadium. Tapi kalau kutuk-kutuk jerit-jerit tak tentu hala dan memaki hamun sikit-sikit biasa la.
Kadang-kadang menonton perlawanan Malaysia ini boleh membuat hati ini menangis. Kini aku sedar untuk ke Piala Dunia bagaikan mimpi dan sebuah harapan yang menyakitkan. Tapi sakit hati kalah itu belakang cerita kerana kalau jiwa sudah kesurupan.
kesurupan,
kesurupan,
ya memang aku sedang kesurupan.
pic dari sini sini |
8 comments:
tak sempat tengok games ni...terkepung dalam hutan.
pelan pelan.....
cettt! selalu kalah, bila malaysia nak menang ni? haha, harapan tinggal harapan:(
kalo kalah bola
ada peluang lagi
boleh cuba lagi sampai berjaya
tapi kalo gagal di akhirat
x ada peluang lagi dah
akan gagal selama lamanya
hana ahmad : nasib baik x tengok kalau tengok pasti sakit hati
delarocha : pelan-pelan tapi jangan sampai x bergerak langsung
fifiey : entah lah, bola sepak malaysia ni susah nak diramal
musafir diperjalanan : semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat :)
Post a Comment