Masa itu telah tiba akhirnya,
Seluruh jiwa-jiwa yang hidup di sekitar kepulauan ini akan merasa,
Memori luka zaman berzaman pasti akan terbit semula,
Bangkit seluruh jiwa dengan niat dihati untuk membalas dendam.
Mulut mungkin bisa tersenyum,
Tapi dalam hati siapa yang tahu,
Depan-depan kita diam tersimpul malu,
Pusing belakang hati menyumpah dendam.
Ini lumrah bagi setiap jiwa-jiwa sepertiku. Tidak usah terasa jika diperkecilkan kerana kita juga mengecilkan pihak lain. Simpan sahaja dendam itu di hati kerana sekarang waktu itu telah tiba. Jeritlah sekuat-kuatnya didepan kaca televisyen kerana pihak lain tidak akan mendengar dek beribu-ribu juta batu jauhnya. Dan aku harap kali ini tiada episod dendam bakal tercipta.
4 comments:
kecil dan mengecilkan itu lumrah. terima jadi ubat kuat tempuh hidup!
semangat doh.
err takut jugak diam simpul malu tapi rupanya dendam
enjoy dan nikmati seindahnya tanpa ada sedikit rasa dendam kan lebih bagus. :)
dayya : semangat! semangat!
macy : biasa la tu
hana : semoga dendam di hati ini akan terhapus
Post a Comment