Mula-mula aku masuk syarikat ni, aku dan tiga orang member-memberku berasa gembira kerana terdapat tiga student perempuan yang turut sama berpraktikal di sini. Cantik cantik cantik. Aku dapat rasakan plot dan jalan jalan cerita selama 4 bulan berpraktikal semakin menarik. Ha ha ha.
So, 2nd day kami dipecahkan mengikut department masing-masing. Dan bagai langkah kanan apabila bos aku punya meja bersebelahan dengan dua orang gadis praktikal tersebut. Antara tiga orang member aku, meja aku lah yang paling dekat. Ha ha ha. Sebelah jer kot, kalau kentut pon boleh bau..
Bos aku cakap duduk la sebelahnya dan boleh guna komputer kat meja tu. Aku sungguh gembira dan gembira. Kami ade lah berkenalan sikit-sikit klaau lama-lama segan pulak nanti. Kawan-kawan aku yang lain semua jelous. Ha ha ha. Tapi tiba-tiba, bos aku suruh pergi department dia kat belakang kilang, jarak kira-kira 500 meter. " Mulai hari ini, ni tempat awak bekerja" . Maka terputus lah segala agenda untuk mengusha gadis-gadis tersebut dan hanya aku yang ditempatkan di cerok belakang kilang sementara tiga orang memberku selesa duduk di office yang ada penghawa dingin.
3 comments:
comel betul lukisan...yea la kn...kalau citer,xde gambar pun org xphm
sabar.
setiap yg berlaku ada hikmahnya.
hehe.
anisa : saya memang pandai melukis haha
tupaimerah : betul betul betul
Post a Comment