Kalau itu geografi dekat Jerantut ni tiada pantai yang berdekatan. Chop..chop.. Jerantut tu nama daerah di negeri Pahang bersempadan dengan Temerloh dan Kuala Lipis. Walaupun kemajuan belum mencapai status bandaraya ( tak perlu nak bandaraya sangat, nanti jalan jam) namum cukup dengan adanya kfc, Pizza Hut, Kentucy Fried Chicken, dan Pasaraya seperti TF, Aktif dan Tunas Manja. Sebenarnya benda ini semua tak penting pon, tajuk utamanya berenang.
Memandangkan saya tengah cuti almost 5 month maybe. Baru habis diploma nak sambung ijazah sarjana muda kemungkinan di Utem, Uthm ,Ump dan UniMap. Saya banyak masa terluang untuk berehat-rehat di rumah.Suatu petang saya mendapat mesej. (mesej sms sudah ditranslate menjadi bahasa Malaysia normal)
Isnin, pukul : 5.00 petang
Mesej diterima : Siap-siap. Mandi swimming pool.
Mesej dibalas : Okey-okey
Jam pukul 8.00 malam
Mesej dibalas : Penat betul berenang tadi
Mesej di terima : hahaha
(misi untuk pergi berenang gagal.. sembang bukan main lagi )
Selasa petang esok pulak, jam : 4.55 petang
Mesej diterima : Jom mandi swimming pool
Mesej dibalas : Bila ? Aku tunggu 5 minit
Mesej diterima : Semuanya bergantung kepada kereta
Jam pukul 7.45 malam
Mesej diterima : Hebat kau berenang tadi.
Mesej dibalas : Ade awek hot tadi.Tu yang hebat sikit tu.
( misi nak pergi berenang gagal lagi)
Rabu,jam 5.12 petang
Mesej diterima : Jom pergi berenang
Mesej dibalas : (mesej kosong)
Aktiviti berenang di swimming pool masih belum terlaksana.
( misi nak pergi berenang seperti telah diduga, gagal )
jam 11.30 malam
Mesej dibalas : Jom pagi esok kfc. Aku belanja.
Mesej diterima : Pukul berapa ?
Mesej dibalas : Secepat yang mungkin.
Mesej diterima : Okey.
Khamis, jam 12.25 tengahari.
Mesej diterima : Sedapnya kfc tu.
Mesej dibalas : Memang pun. Awek pun ramai gak tadi kan ?
Mesej diterima : ( mesej tidak dibalas. Mungkin merajuk atau bengang)
Aktiviti untuk makan kfc pada pagi ini turut gagal seperti aktiviti untuk pergi berenang swimming pool.
Tiba-tiba ada mesej di Skype daripada A seorang playboy. haha
A : http: facebook.dgaeyeguufwg (heart)
Tak syak lagi, ni mesti fb awek cun. Lepas di klik.
UiTM Samarahan, Sarawak
Faculty of Art and Design · Diploma in Fine Art ..... awek cantik mana pulak ni ?
Eh, ade friend request la. Mest awek cun ni. Selepas diklik :
La budak perempuan universiti aku rupanya. Ingatkan Wawa Zainal tak pun Tasha Shila yang add tadi.
Tamat. Dah pukul 1 dah ni, kena masak nasi.
6 comments:
saya tak fahammmmmm T_T
Kecut lar macam nie kalau 5 bulan punya activity..
maya lisa : aktiviti berenang tu tak jadi pun.. 3 hari merancang.. sembang jer lebih..sms tu saje nak menganjing jer...
lizziee : lepas ni nak buat kertas kerja aktiviti untuk 5 bulan
Hehehe sama, sy pun tak faham.
Padu ni.
aku faham..sms tu lebih kepada unsur sarkastik..konon2 dah pegi, padahal x jadi..
Post a Comment