Friday, March 25, 2011

Krisis Air Di Kolej Kediaman

Setakat pukul 9.42 malam hari jumaat, 25 march 2011... sumber bekalan air masih belum ada.. satu rekod baru telah tercipta. Hampir 48 jam sudah tiada bekalan air di kolej kediaman.. keadaan ini amat merunsing para penghuni di sini. Tindak tanduk dan tingkah laku yang pelik telah mula kelihatan. Amat menakutkan jika anda sakit perut dan apabila masuk tandas, didapati paip air tiada air, lebih-lebih lagi jika rumah berada di tingkat 4.




Fenomena ini tiada kena mengena dengan kejadian UFO. Masalah ini berpunca daripada apa sebab ape pon aku tak tahu. Mungkin sistem saliran bekalan air mengalami kerosakan teknikal kot.Dengar cerita kat Kangar pon tiada air. Nak pergi pantai dekat jer..tapi malas dan tak dibuat orang. Kalau sapa2 yg pergi kelas pagi-pagi nampak berserabut tu maybe dia tak mandi la tu agaknyer. Baru 48jam takde air, kalau seminggu , entah apa yg akan berlaku kepada penghuni disini..



Sungguh seronok bila setiap hari turun ke tingkat bawah dan mengambil air di pili yang terdapatnya bekalan air. Lebih lagi sape yang dok tingkat 4. Nasib baik aku dok tingkat 2.. tapi agak best jugak la mengangkat benda ini..sungguh nikmat rasanya. Nak cube, test la.. Kalau sebulan lagi camni body boleh jadi macam kat bawah nie..



Semoga isu air ni akan selesai dalam beberapa jam lagi.... btw..ranking mrsm spm 2010 adalah spt berikut :
 1.Pengkala CHEPA 

2.Tun ghafar baba
3.TAIPING 
4.Langkawi 
5.Kuala kubu baru
6.Kubang pasu
7.Kuala berang 
8.Alor gajah
9.Kuala terengganu
10.SERTING 
11.pengkalan hulu
12.Tawau
13.Kuching
14.Kepala batas 
15.Muadzam shah 
16.merbok
17.Kota putra
18.Pasir salak
19.Pontian
20.Kuala lipis
21.Terendak 
22.Kota kinabalu 
23.PDRM 
24.Kuantan
25.Lenggong 
26.Batu pahat 
27.Besu
28.Gemencheh 
29.Jeli
30.Beseri 
31.Bentong
32. B. pulau 
33.pendang 
34. Mersing 
35.Muar
36. Kuala krai
37. Betong
38. Transkrian


..boleh tahan la batch tahun 2010 ni.. yg penting aku berharap krisis air segera berakhir dalam beberapa jam lagi..

Saturday, March 12, 2011

HATIKU BERBUNGA-BUNGA SELAMA 48 JAM

Senyum..senyum...senyum... adakah aku sudah tidak waras kerana tersenyum selama 48 jam bersamaan 2 hari ?



Aku sering tersenyum dan suka seorang diri.. Dah lame aku tak rase perasaan berbunga-bunga seperti ini...sungguh indah perasaan ini dan priceless ckp omputih... lebih indah daripada time aku angau dilamun cinta mase time pkln beberapa tahun lalu...perasaan berbunga-bunga dalam masa seminggu..namun akhirnya pahit dan memeritkan.. eh, dah lari topik ni ... aku amat gembira dan happy..sampai member aku dapat detect kelakuan kurang normal yang aku alami.

member (saje x nak bgtau name sebenar)...

member A : ko ni happy semacam jer
aku : (tersenyum kambing)

member B : suka la tu..
aku : (tersenyum kambing x2)

member C : pasal hang ni tersenyum sorang-sorang ?
aku : (tersenyum kambing x3)

kalau aku kat rumah la ni...dah lame aku bakor mercun das dan melompat-lompat 20x tanpa henti selama 10 minit. Tapi aku di tempat orang dan di negeri orang.. enjoy sikit-sikit suda.. last time aku happy mcm ni mase 4 tahun lepas...lebih terperinci tahun 2006..

Ini telah  membuatkan aku semakin setia dan cinta semakin mekar bak bunga yang ditanam di taman permainan. Semakin lama semakin setia seperti diode dan micrometer yang sentiasa bersama. Biar apa diaorang kata aku x kisah...kerana aku bukan lalang.. tapi aku memang lalang Manchester United..

sampai sekarang aku masih tersenyum lebih-lebih lagi membaca artikel ini..nah click kalau tak nak click , pergi main jauh..haha


fakta yg korang akan tahu :


PAHANG 2-0 KELANTAN

tahukah anda semua???

pahang meleburkan rekod 6 perlawanan tanpa kalah kelantan dalam liga super 2011.

pahang meleburkan rekod 42 perlawanan tanpa kalah kelantan dalam “away game”.





dah lame mengidam entah bila akan dapat


Monday, March 7, 2011

Berakhirnya N27 dan N28...

 Firstly, tahniah kepada parti yang menang pada pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau baru-baru. Memang banyak la isu sensasi yang telah timbul tapi malas aku nak terangkan di sini kerana di sini bukan blog politik.


Just nak share perkembangan isu semasa...because ade member aku yang  tak tahu menahu ade pilihan raya baru-baru ni....


Monday, February 21, 2011

Musim Pilihan Raya Kampus



" Marilah mari,
 Pergi mengundi,
Tunaikan kewajipan pada universiti "


               Minggu ni musim politik kampus, kat fb pon masing tengah memancing undi dan promote diri. First time, aku mengundi masa kat Mrsm dulu dengan poster dan manifiesto yang macam-macam di jual kepada pengundi. Dulu aku boikot pilihan raya kat Mrsm dulu gara-gara outing pada hari sabtu tersebut dibatalkan. Aku nak beli kueh teow kat pasar malam kat bandar Muadzam Shah pon tak boleh. Maka aku pon pergi membuat undi rosak dengan menyatakan ke tidak puasan hati tidak dapat outing pada kertas undi tersebut.



           Tapi itu citer time sekolah, sekarang kat universiti. Senario politik makin ekstrim dan lebih matang. Kumpulan pro-M dan Aspirasi sememamangnya sudah lama bertapak senario politik kampus di Malaysia. Tidak tahu la pulak,sama ada kumpulan ini berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.Yang paling menjadi tumpuan adalah di universiti yang lama-lama  sebab korang boleh lihat sendiri kerancakan politik kampus yang berlangsung.

        

          Sebagai mahasiswa yang prihatin mengenai hala tuju kepimpinan di universiti aku ni, maka pada 24 February ini aku akan pergi mengundi di tempat pembuangan undi. Entah mengapa aku rase tiada mood nak pergi mengundi nanti. Maybe mood pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau belum sampai ataupon atas sebab yang lebih penting seperti perlawan bola sepak kelayakan Olimpik diantara Malaysia dan Pakistan pada 23 Feb ini.
  
.


          Test pon banyak minggu ni dan lebih mengerikan apabila test Elektronik dan design  akan berlangsung pada hari yang sama. Nasib baik tak buat malam rabu kalau tak clash dengan date aku dengan pasukan Malaysia nanti. Dah masuk minggu ke-7 rupanya... assignment2 masih menunggu untuk di siapkan...


time test thermo-fluid...



Saturday, February 12, 2011

DUNIA FATAMORGANA : 7305 HARI


  Selagi aku terus bernafas,
  Selagi  itu rambut terus melebat,
  Selagi itu aku terus berblogging,
  Selagi itu aku terus berjalan di atas muka bumi ini,
  Selagi itu aku terus membuat dosa dan pahala,
  Sehingga satu detik nanti akan terhenti jua  nafas ini.

 Dari bayi menjadi budak,
 Dari budak menjadi remaja,
 Dari remaja menjadi suami orang,
 Dari suami orang menjadi seorang ayah,
 Dari ayah menjadi seorang datuk,
 Dari datuk menjadi moyang,
 Dan dari tanah kepada tanah.

Saat ini sudah 631,152,000 saat aku telah bernafas,
Umur terus meningkat,
Apa yang telah aku buat selama hidup di dunia ini ??



Friday, February 11, 2011

HARI VALENTINE DAY ADA MAGIK ?

              


                 Hari Valentine ni ada magik ???  tapi tak surelah betul ke tidak atau hanya sandawara politik semata-mata. So, macam biasa la hari kekasih, ( fokus kepada pasangan yg belum bernikah ) mesti nak berkasih-kasih dan tak pernah pulak aku dengar hari kekasih ni couple pergi mencari hantu dalam hutan simpan mintak nombor ekor. Magik Valentina days ni akan muncul dalam masa 9 bulan akan datang ???
              
               Bagi yang dah berakal panjang tu yang dah boleh berkahwin tu mesti dah boleh tangkap apa yg aku maksudkan ni kan..kan. kalau tak faham juga mesti belum ambik SPM or subjek Biologi fail..ahaha ..  Ape yang aku bace dalam berita la kan, di negeri pakatan rakyat  mereka akan membuat rondaan pada malam tersebut untuk mengelakan maksiat terus bermaharajalela.

                            

              Nak dating pon pandai2 cari tempat jangan sampai kena tangkap dengan jabatan agama, kang tak pasal-pasal naik masuk mahkamah. So, aku cadangkan korang pergi rumah family awek korang tu jumpe dengan keluarga mereka. Kalau boleh berkenalanlah dengan ibu bapa dia dulu. Orang tua pesan kalau nak dapatkan anak dara orangmest dapatkan hati bakal keluarga mertua dahulu dan pastu terus la masuk meminang. Nak couple lama2 pastu manja melebihi had limit nanti dah kahwin x ke bosan? ahaha..

             Aku rase pelik la negara dah maju tapi setiap hari ada je bayi dijumpai di merata-rata tempat. Statik sejak 2000 - julai 2008, jumlah bayi yang tidak dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran adalah seramai 257,000. Secara purata , seorang bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit di negara ini.


             Dalam kalender 14 feb ade jer lambang love tapi ade dalam kalender tabung haji memang tentu takde. Adik sedare perempuan aku darjah 5 ni sengih2 tengok kalender tarikh tersebut. So, berkalu dialog ringkas :

adik : Ada makwe tak ?
 aku : Aaaaa... ( sambil berfikir ayat nak dikelentong ) . Ada2 nak tengok gambar?
adik : Mane2 ?? ( cepat jer ambik handset aku)
aku : ha,,yang pakai tudung tu ( entah gambar perempuan mane aku tunjuk ). Lawakan kan?
adik : Boleh tahan la...cantik la juga..nama dia ni apa?
aku : aaaaa..Eh!!dah start la dah citer geng bas sekolah tu...bla bla bla

                 Bila cerita pasal awek ni, dulu aku naik bas dari Temerloh ke Kangar. Aku awek dok depan aku ingatkan sorang nak test2 la usha tapi ada laki duduk. Mesra semacam. Dah la bas memakan masa 12 jam. Memang seronok wei..lebih2 lagi sekiranya bertuah ade awek free hair duduk kat seat sebelah. wow!!

          
               Best jugak ada awek dalam bas ni.. tak la bosan nak mampos..sampai panas jubo duduk lama-lama... so aku ingat nak cari awek bas ekspress la. Mula 2postkan fb : Sape ada kawan perempuan yg belajar di xxx dan bersal dari termerloh?? Dah jumpa add pastu chatting2 ajak couple la apa lagi..hhaha .  Maka situasi ada seperti berikut :

Aku : Hello, sayang jom balik bas sama dengan I nak ? Tiket I no 19
Awek : Jom2.. kalau macam tu I beli seat no20 ,,ok ?
Aku : Ok..jumpe dalam bas nanti ye..sayang..miss sayang muah2
Awek : Muah2 jugak..hihi

(dialog diatas agak geli dan macam sial )..  dalam 12 jam dalam bas duduk sebelah-sebelah.. nak buat aktiviti aper ? Main batu seremban ? Main suduko ? Antara yang boleh dilakukan adalah seperti :

a- berbual2
b- menonton 2-3 movie
c - menolong pasangan buat assignmnet
d- suka hati kau la



Klau nak diikitkan, aku study dalam 5 sem..pastu setiap sem cuti 2 kali. So, selepas dicongak dan dikira menggunakan serompah jumlah naik bas adalah seperti berikut :

  2b x 4 = 8b
 8b x 5 = 40b
- macam add math la pulak.. so jawapan ialah : 40 kali naik bas..

Kira okey la kan, daripada hari jumpe nak2  u sama. Menghadap muka sama setiap hari x ke bosan?? Nak pasang 2 pon susah nanti..kan..ahaha

Aik..syok pulak aku tulis ni.. Dan yang bestnyer ada musim-musim tertentu seperti :

Musim Raya Puasa :

Aku : Sayang, waktu berbuka dah masuk ni.
Awek : Nah, I dah belikan Crapy Paty utk sayang.
Aku : Tq .. Sayang..nanti kita sahur sama-sama kat RnR yerk..
Awek : Ok..


Musim Cuti Pertengahan Semester :


Awek : Sayang,, I tension la assignment belom siap?
Aku : La, biarlah I yang buat
Awek : Really..ni I sayang u lebih ni, nah broadband..tolong cari jawapan yerk
Aku : Demi sayang, I sanggup..
Awek : I ngantuk la.. sampai Alor Setar nanti kejut yerk.
Aku : Ok..sayang


Musim cuti habis semester :


Aku : Wah, sayang dah makin cantik la, serius.
Awek : Ada-ada jer la... so fianl exam hari tu camner?
Aku : Okey jer confirm 4.0 pointer, so kita nak buat aper ni ?
Awek : Jom sayang tengok movie Jepun, 1 Litre Tears  nak?
Aku : Orait, tapi jangan menangis sudah la..susah nanti i nak pujuk...
bla..bla..bla...

            Maka mungkin situasi akan berlaku seperti ini tapi sekiranya balik ke kampung menaiki kereta api, kapal terbang dan basikal, Situasi dan dialog mungkin berbeza. Tapi ini mungkin hanya mimpi kerana Uitm, mungkin ada 3 sem dalam setahun. Pastu ijazah dengan diploma nanti cuti tak sama. Maka probability naik bas bersama semakin berkurang.

Okey cukup merapu...STOP..STOP!!!  kembali ke tajuk asal tadi.. sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi aku terbaca artikel ( ini dah click pastu click sini pulak . )ketika menyiapkan cerita ni.. dah2 aku dah x mood nak citer2 ni. Pergi mampos dengan hari valentine tu.... emosi aku terganggu..ahaha
                



Wednesday, January 26, 2011

One Night In Kuala Lumpur (18SX)

Memandangkan aku akan ambik exam Muet, so post ni i"m wrote in English...




                  .This story already happened a month ago, although it seemed  like it already expired but this story is interesting and bring a new chapter in my life. One night in  Kuala Lumpur without place to stay such as kutu rayau merayau-rayau di tengah malam dibandar metro politan. Tujuan utama adalah untuk tengok final bola sepak di Stadium Bukit Jalil, memang susah nak pujuk my family ask for permission go to KL. Setelah pot pet pot pet..dapat jua permission ke KL dan cakap nak tidur rumah kawan la itu la ini la, tapi itu cuma drama sahaja, actually tak tempat nak tido malam tu.



                      My friends and I were overnight in KL after watched football final between Malaysia vs Indonesia at Bukit Jalil Stadium on 26 Disember ago.I'm don’t want to talk about football again and focus on how we managed to live for one night in KL. It is crazy and stupid if we stay at hotel or motel because we don’t have enough money. The football ticket RM 30 plus jersey RM 30 and all the budget RM100. Around 11pm we walked out from stadium and just walked without direction and plan like "anak kucing terbiar di tepi jalan". I forget to tell, with me are  Nuex Chicarito, Arsene Arshavin ,Hadi Torres , Toyeb Berbatov and Aizat Kampung Paya Rajin. . Firsty, Aizat Kampung Paya Rajin (AKPR) beria-ria  want me to go to KL watchs football. I'm okey sleep under the tree or bus stop because I have experience slept at Terminal Bas Kuantan with my friends after watched football game between Pahang and Negeri Sembilan when form 5 . I planned want to go to Bukit Bintang for cuci-cuci mata or walked around KL until the sun keluar or clubbing at disco with the hot ladies.. Absolutely, the bitches beside the road with sexy strips.



                          
                           But it just a wild imagination and it will not happen because i'm still waras and masih ada iman di dada. Ish..ish..ish.. We just hangout at stall and ate some food and drink some water.  Lately, Nuex Chicarito and Ardham Arshavin took  a bus that night on 1.30am went back to Kuantan. Ardham Arshavin have a program tomorrow morning at UMP. He totally a good student and heard a gossip that he wanted to take a part in UMP Majlis Perwakilan pelajar. We waste our time until the owner of the stall switch off the lights. That have a meaning that we must berambus secepat mungkin.




        Later, Hadi Torres said" Hey, dude where u all want to go? (loghat orang kl) Let's go to cyber cafe online facebook”. We just agree." Oh, mari sahabatku kita beristikarah di masjid Sri Petaling" he said again with different intones.  With  RM 8 divided by four so each RM2 , we took a cab and directly arrived to Sri Petaling Mosque. I thought it just a simple mosque, but OMG !!! About 100 hundred people already slept at the mosque corridor. Some of them, brought bantal.tilam and beg pakaian, kelambu pon ada. I felt so strange like alien. Then, we slept like the other


                                                               pic ni ak copy dari sini

              At,  6.10a.m, we all including the other people prayed subuh jamaah. There was 8 lines @ saf, I never see this before except jumaat prayer. All of them, wore jubah white colour and we wore t-shirt and AKPY wore Malaysia yellow jersey. So, weirdo!! After there was, a tazkirah from ustaz. “Matlamat kita di muka bumi ini, adalah untuk beribadat dan menyebarkan agama ALLAH” said the ustaz in Malay language. Takkan dalam bi kot..tapi jemaah tabligh luar negara pon ada jugak seperti jepun, Pakistan and others. Siapa yang nak keluar? 4 bulan ? 40 hari? And a few man hand up their hand and said he agree to keluar tabligh.

            
                      macam ni la lebih kurang -ambil dari sini 
                                     
                Later, we went to canteen outside the mosque. With RM6 we berempat ate nasi goreng and air tea. We used dulang , ate together. For the other have this,it like weird but it normall here. Oh, there was shocking when we meet a blonde hair Malay boy looked like gangster. He said that he just a few days here and ago he changed his religion and come back to Islam. Ah, biar betul budak ni.. I hope he will be a good muslim after this.

              
              ni.Sri Petaling mosque so unique in my eyes and that is the biggest place for tabligh in Malaysia. I hope will join them  in future. Moreover, Hadi Toress that studied in Uitm Shah Alam always going there and he want me to join me keluar tabligh when semester break. Kepada girl2 yang nak cari calon suami yang mempunyai latar belakang  agama boleh lah berkenalan dengan Hadi Torres ni.


                  After that, we go to Hospital Kajang visited my friend that had a motorcycle accident. I'm felt sad to him and hopefully the surgery will be ok and cepat pulih. After taht, we went to Law Yatt and bought a hard disc 500gb with RM170. Then, berambuslah kami dari Kuala Lumpur and TB and HT back to Maran and Kampung Sungai Koyan. So, I and AKPR took a bus at 5.30pm and arrived in Jerantut 9pm. The end.