Monday, October 10, 2011

Australia 5 - 0 Malaysia : Kasihan Sungguh


Perlawanan persahabatan ini sudah beberapa hari berlaku dan keputusanya semua orang sudah tahu. Petang jumaat lalu, hujan hendak turun rintik-rintik. Siap aku dapat mesej daripada Denan dan panggilan daripada Nuex yang merupakan teman-teman seperjuangan.


Mesej : Ko kat mana ?


Telefon : Bola petang ni ada live x kat tv1 ?


Aku nampak mereka sungguh teruja menantikan perlawanan ini. Australia ni bukan pasukan cikai sayur. Ranking FIFA nombor 19 berbanding Malaysia di tempat 146. Betul ke 146 ? Entahlah. Semestinya aku merindui permainan Malaysia ini serta tidak sabar melihat aksi penyerang yang sedang menjalani ujian cuba bersama pasukan Liga Inggeris, Cardiff City iaitu Safee Sali. Bergandingan bersama penyerang Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha pasti menarik. Tapi kali ini pemain regular seperti Safiq Rahim, Amirul Hadi, Arshari tidak dipanggil dan digantikan dengan muka baru seperti pemain tengah Terengganu, Joseph Kallang ,dan beberapa muka baru. Ini semua tidak penting sangat.





Perlawanan bermula dan baru tiga minat sudah bolos 1-0. Aku sudah mula nampak petanda. Ya, petanda hujan akan turun. Selapas 45 minit separuh masa pertama, Australia 4 - 0 Malaysia. Permainan sungguh membosankan. Bosan dan bosan. Pintu gol Malaysia makin banyak dibolosi.


Separuh masa ke-2 bermula. Orang dekat kedai sudah semakin berkurangan. Member aku  yang mesej aku tadi sudah tidak sanggup nak tengok. Barangkali sudah terlalu sedih. Mungkin disebabkan dia sedang memakai jersi Malaysia. Emosi lebih rasanya. Dia ni merupakan peminat pasukan Terengganu yang baru sahaja menjulang Piala FA. Ada sorang lagi, member aku yang merupakan penyokong Singa Utara, Perlis juga tidak sanggup nak meneruskan tontonan. Mungkin dia sudah banyak kali kecewa. Pasukan Liverpool sudah lama tidak menang piala dan semestinya rindu zaman kegemilan Perlis bersama Philimon Chipeta.


Perlawanan tamat 5 - 0. Kasihan sungguh. Bengang dan mood memang boleh bergaduh. Kalaulah aku ada kat stadium masa tu dan diprovokasi oleh penyokong lawan. Memang aku baling dengan botol plastik.. haha.. okey ini cuma ilusi kerana aku masih lagi mempunyai rekod disiplin yang bersih di stadium. Tapi kalau kutuk-kutuk jerit-jerit tak tentu hala dan memaki hamun sikit-sikit biasa la.


Kadang-kadang menonton perlawanan Malaysia ini boleh membuat hati ini menangis. Kini aku sedar untuk ke Piala Dunia bagaikan mimpi dan sebuah harapan yang menyakitkan. Tapi sakit hati kalah itu belakang cerita kerana kalau jiwa sudah kesurupan.


kesurupan,

kesurupan,

ya memang aku sedang kesurupan.

pic dari sini sini

Tuesday, October 4, 2011

Gadis Cantik I



Gadis itu cantik. Tidak boleh hendak tipu sebab dia memang cantik. Matanya cantik. Serius cantik. Wajah yang indah. Aku hanya boleh lihat wajah statik tersebut. Tetap cantik dilihat berkali-kali. Sejak dua tiga hari ni, aku sering perhatikannya.  Hendak ditegur tapi tidak kenal. Hendak ditegur tapi segan. Aku memang segan sikit. Perasaan ini perlu dibuang jauh-jauh takut hati terpikat. Mudah sahaja, cuma tekan butang remove friend. Perasaan ini akan terus hilang. Habis… 

Monday, October 3, 2011

Pekan Puaka dan Rombongan Meminang


Dia melihat sekeliling, matanya sudah sedar dari tidur. Bas sudah berhenti bergerak. Satu persatu penumpang turun dari bas tersebut. Morales masih mamai itupun turun keluar dari bas. Morales terus duduk diatas kerusi rehat di stesen bas tersebut. 




Tiketnya tertera destinasi “ Pulau Juju”. Morales bingung dan tidak tahu dimana dia sekarang. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki membendung beg yang dipenuhi surat khabar.

 Bang, mahu beli surat khabar ?

Mahu Majlis atau Warta Malaya ?

Lupa nak bagitau, Morales merupakan kacukan Inggeris-Belanda. Dia merupakan anak saudagar bijih timur yang terkenal di Bukit Tinggi. Disebabkan ayahnya fasih berbahasa Melayu serba sedikit dia juga faham bahasa tersebut.

Oh, tidak mengapa. Er,, apakah nama tempat ini ?

“Ini pekan Niyang Rapik” jawab pemuda Melayu tersebut. Setelah beberapa soal jawab berlaku, Morales segera menaiki sampan yang terletak dihapan stesen bas tersebut.

…………………………………………………………………………………………………….


Dia tersenyum. Petang ini rombongan keluarga lelaki tersebut akan datang ke rumahnya. Jam menunjuk pukul 9.00 pagi. Qistina bingkas bersiap-siap membantu ibunya yang sedang memasak di dapur. Maklumlah rombongan meminang yang datang, mesti si emak mahukan juadah yang terbaik untuk tetamu yang bakal tiba.

 “Angah, baju-baju dah siap ? Sudah mak, Qistina senyum lebar-lebar. Pak Samad pula sibuk menguruskan kelengkapan lain.

Sepanjang hari dia tersenyum memanjang. Pemuda itu sudah berjaya menambat hatinya. Tidak lama lagi dua jiwa akan bakal bersatu.

3 bulan sebelumnya :

“Sarah, jom singgah makan kat restoran tu. Qistina dan Sarah terus turun dari kereta dan duduk di meja di restoran tersebut. Meja hampir penuh dan mereka terus duduk. Meja tersebut adalah gabungan dua meja. Sarah terus menuju ke tandas.

“ Abang duduk sini ada kosong” kelihatan kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan 5 tahun.

“ Hai, akak “

“Hai, adik “

Qistina dan kanak-kanak perempuan itu berbalas senyuman. Pemuda yang berusia hampir sebayanya turut melemparkan senyuman. Mereka berdua turut berbalas senyuman.
















…………………………………………………………………………………………………………..


Hujan turun dan televisyen mulai kabur. Astro memang macam ni.  Tak boleh kena hujan. Eh,report final projek aku belum siap lagi. 

Wednesday, September 28, 2011

Bukan Salah Bakul Sampah


Mata ini sakit,
hati ini bengang,
Hidung ini terus-menerus menyedut gas yang terkumpul,
Makin lama-lama makin harum baunya,
Ianya bak bunga yang harum segar bagi makhluk kecil tersebut,
Tertariklah segala lipas dan ulat-ulat.



Aku benci,
Mahu sahaja aku lupuskan,
Sebuah bakul yang menjadi tempat perbuangan,
Makin hari makin banyak,
Jarang sekali ia kelihatan kosong,
Kosong itu bersih,



Sekarang bakul yang bergelar tong sampah itu,
Sudah lupus dari pandangan mata,
Tiada lagi sampah, sampah dan sampah
Selamat tinggal sampah :)


p/s : bakul sampah sudah diletakan diluar rumah, automatiknya tiada sampah lagi dalam rumah dan aku harap housemates aku tak bace prosa sampah ni..

Wednesday, September 21, 2011

Final Exam Datang Lagi

Hari itu semakin hampir. Hampir dan semakin dekat. Pejam-pejam mata dan buka. Aku akan duduk diatas kerusi beserta dengan meja. Kepingan kertas soalan akan menjadi bukti kebijakasanaan dan kebodohan. Mahu dilabel sebagai pandai dan bodoh atau bahasa sopan iatu kurang pandai. Sebatang pen yang berdakwat itu boleh mencorak masa depan. Segalanya bergantung kepada si pemegang pen. Si pemegang pen juga memegang beribu-ribu harapan dibahunya.



Waktu yang paling aku benci ialah apabila sebaik sahaja keluar daripada dewan peperiksaan. Telinga berdesing dengar orang-orang berbincang soalan. Lebih-lebih lagi jika soalan tersebut tidak dapat jawab. Biasanya aku akan cuba melarikan diri daripada terdengar perbincangan soalan yang bakal membuatkan hatiku sakit. Lebih senang pakai sahaja earphone sambil mendengar lagu dalam handset.

Hendak meniru rasa tidak sedap hati. Pastu mula rasa gelisah semacam. Nak jawab soalan pun rasa semacam seperti ade cctv terus menghala ke arah meja tulis. Ini seperti menipu diri sendiri. Kalau kantoi pasti merana, aku tidak sanggup mahu repeat paper. Itu adalah satu penyeksaan.

Hai gadis cantik, mahu duduk meja di sebelah abang ? haha


Aku harap ada gadis-gadis cantik bakal duduk di meja sebelah nanti. Lebih cepat otak ni akan bertindak balas untuk mencari jawapan. 

Friday, September 16, 2011

16 September, Hari Malaysia





 Baru-baru ni kat UniMAP ada buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Nampak bendera panjang- panjang tu ? Panjang kot, memang jenuh nak warna-warna. Aktivitu buat kat kolej keadiaman Tun Ghafar Baba. Nampak budak - budak kecik tu ? Hah, tu budak sekolah rendah kat Kuala Perlis kot. Aku pun bukan tahu sangat sebab aku ni tak terlibat pun, maklumlah budak 3rd year kan busy sikit memikirkan masa hari mendatang. Sambutan merdeka tahun ni biasa jer tapi tahun lepas memang syok habis ( Merdeka 2010 )  Ok, itu sahaja. Selamat Hari Malaysia dan selamat menerima bercuti umum.

Wednesday, September 7, 2011

Pandang - berpandang




Pabila kau renung tajam-tajam mata aku,
Ku rasa sesuatu,
Rasa yang ku tak tahu.....


dari : Cinta Muka Buku - Najwa Latif