Friday, June 24, 2011

Aku tidak mahu berkrompomi...


 Tak habis-habis. Dari purnama dahulu sampai purnama sekarang,

Benda ini tiada kesudahan,

Makin menjadi- jadi....

Aku tidak mahu terbabit dengan perkara ini semua...

Biarlah aku hidup dalam dimensi aku sendiri...

Daripada  terus hanyut menanam benih-benih kebencian....

Ibarat berada di pentas politik yang penuh dengan kebencian ,

Apakah ini semua ini ?



Adalah satu penindasan ?
Adakah ini satu balasan ?
Adakah ini satu jenaka ?

Bila mahu selesai ?
Bila mahu tamat ?

Hati aku ni lembut sikit,
Tengok citer korea pun menitiskan air mata..

Aku tidak sanggup berkrompomi, biar aku lari....

Thursday, June 16, 2011

Nekad Lihat Gerhana Bulan

Oh bulan,

Malam ini menjadi perbualan manusia seantero dunia,
Banyak mata-mata ini melihat cahayamu,
Malam ini gerhana bulan akan berlaku,
Sinaran cahaya yang istimewa akan berlaku.

Ku bergegas turun dan melompat,
Dari katil yang berdua tingkat,
Sambil kaki kiri terhencot-hencot menuju ke koridor,
Aku nekad ingin lihat bulan.

Oh bulan,

Hajatku punah dek kerana pohon besi yang menjalar tinggi,
Yang menghalang penglihatan,
Ku hanya lihat bangunan besi,
Sambil kaki kiriku berdenyut-denyut kesakitan.

Aku hampa..


dari Gunung Kinabalu ..pic dari sini



Hari : khamis
Tarikh : 16 jun 2011
Jam : 2.58 pagi

Monday, June 6, 2011

Panggilan Telefon Selepas 7 Tahun

Malam itu handsetku menyanyi seperti biasa,
Satu panggilan dari suaranya yang ku tidakpasti,
Dia bersuara seperti sudah berkali-kali bersuara,
Tapi aku belum dapat mengenalpasti siapakah dia,
Siapakah dia ?

“ Dah lupa ke ? “ katanya.
Lantas membuatku serba salah,
Hendak menjawab serba tidak kena,
“Aku ni ….. “ katanya.

“Oh, “ lantas segala memori sekolah rendah segar kembali,
Walaupun sudah hampir 7 tahun jarang bersua,
Namun dia masih mengingatiku dan mencariku,
Ku rasakan seperti di sekolah rendah kembali,
Satu persatu bayangan datang seperti menonton televisyen.

Suaranya begitu bersemangat sekali,
Kini kami jalani jalan yang berbeza-beza,
Ada ke timur dan selatan,
Nescaya kemana jua kapal belajar pastikan akan bertemua jua,

Kini dia sudah dewasa,
Usia kami sama masih awal 20 tahun,
Tanpa belasan tahun lagi,
Sudah boleh bernikah dan mendirikan masjid.

Kedengaran dia bakal sambung belajar lagi,
Maahad Tahfiz Sungai Salai menjadi saksi perjuangnya,
Anak muda yang berjiwa muda,
Jika telingaku tidak salah dengar,
Jordan atau Bangladesh bakal menjadi perhentian seterusnya,
Membawa 15 juzuk Al-Quran di dalam dada.




Tuesday, May 24, 2011

Satu Malam di Kafe


lampu kuning menyinari ruang kafe,
ulat lampu merayap-rayap di atas meja makan,
tin minuman coke dan 100 plus tersadai di atas meja,


--------- wireless is not connected-----------


Tokey kedai dah tutup wi-fi rupanyer. Aku baru nak berkarya tengah malam ni. Dah pukul 12.15 malam, patutlah sambil kafe sudah mulai lenggang serta hujan turun mendayu - dayu di luar sana. Ni pun 1st time lepak online kat kafe ni bersama Shahril , Afiq dan Pdot. Maka kami pon cepat-cepat berambos dan pulang ke rumah.




Sampai kat rumah, tengok pulak citer TRADER kat channel 401.





          Tengok jer info dah dapat agak filem ni best. Cerita mengenai sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran di Amerika serta usaha seorang abang berumur 18 tahun cuba menyelamatkan adik perempuanya yang berusia 13 tahun yang telah diculik dan dibawa lari dari Mexixo ke Amerika. Citer banyak bermain dengan emosi... bangsat..bangsat..bangsat.( sorry mencarut) .dan sungguh tragis geram betul tengok citer ni. Ini realiti, sindikett jual orang ni memang wujud." We not find them because we not searching them " ayat penguatkuasa di sana.


       Lepas habis citer ni, aku tekan remote beberapa kali dah tengok pulak cerita Hindustan lama yang di buat pada tahun 1972.




Citer ni memang best sambil genggam tangan pukul lantai bila hero lawan orang jahat. Sedar tak sedar sudah 3 jam sudah berlalu. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 4 pagi tapi telinga aku masih gagal berfungsi seperti biasa disebabkan masuk air time mandi swimming pool petang tadi. FLOAT, FLOAT , FLOAT .. perkataan yang diulang-ulang oleh memberku, Helfi yang ambik jurusan marin di uitm Arau semasa di swimming pool tadi. Kalau nak belajar berenang boleh la belajar dengan dia sebab dia memang power berenang, 1 minit putaran tangan sebanyak 72 kali. So dah habis merapu sambil berdebar-debar nak tunggu result exam keluar. Nervous sial.. 


ps : dengar cerita sebuah kedai makan di jerantut ade hantu perempuan di tingkat 2 bangunan tersebut. Menarik!! pergi try makan kat sane malam-malam best gak ..syokkk..

Friday, May 6, 2011

REGRET


  Today, my exam is over. No more note and formula. By the way, just a few hour ago, while i'm on facebook. I read a post that made me think about life and really want to give a comment like the other user. 




What is the most thing that you regret not do long time ago that give a big effect on your life now ?


It was really funny to read all the comment based on what they regret... some of the comments :

menyesal couple waktu sekolah dulu...pelajaran tah kemana , dier pun tah kemana..sayang2 lama2 melayang...haisshhhh               


aku menyesal x tengok DORAEMON sabtu lepas...adoi!! ruginya!!!
smpi skang x tahu episod aper!!


lupe nak pakai safety...da mengandung anak owg..


menyesal berak taik keras ... pedih wooo ...


tgk blue, jerawat byk tumbuh, pastu tinggal parut


Tak study betol2 mase SPM... n if tak dapat pergi study abroad.. n skg maybe dah kahwin hhaha


x beli digimon..kalo x bleh main lwn2


menyesal...x gi solat raya tahun lepas...!!!!


jadi otromen pastu fire org yg x berdosa


aku menyesal baca thread ni...byk sgt yg mengarut...


 Macam jenis sebab diaorang menyesal dan aku pon turut rase menyesal . Tapi sejarah tidak boleh diubah melainkan guna mesin masa doreamon. Tapi " for those that not learn something from history they will do the same mistake in future", ni kata sapa pon aku dah lupe. 




Setiap yang berlaku ade hikmahnya. Kalaulah aku bernikah lepas spm mesti  bahagia hidup aku sekarang. Baju aku yang berlonggok-longgok atas katil macam kedai bundle pasar malam akan dilipat dengan kemas serta disimpan rapi dalam locker. 

Wednesday, April 27, 2011

PERLIS VS PAHANG , STADIUM UTAMA KANGAR






 Ni pertama aku tengok dengan live depan mata pahang main season ni. Selepas 7 game tanpa kemenangan akhirnya, pahang menang. Berharap terus kekal dalam saingan liga super.. pahang terbaik, walaupon tak sehebat barcelona dan manchester united..tapi aku tetap sokong selagi terus berdaya utntuk menyokong.

Thursday, April 21, 2011

Cerita Study Week : HURU-HARA

Posting yang akan membuang masa anda membacanya...


Dulu-dulu kat u niversity aku ni study week dalam 2 minggu tp almost university sekarang just 1 week jer. Ape benda boleh buat dengan 1 week tu ?? siang, petang,malam.. dah pastu final. Malam exam baru nak menggelabah study sampai 2-3 pagi.. ini berdasarkan kajian yang telah aku buat.. Dah hampir seminggu study week dah start tapi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.Aku hairan dan pelik la tengok budak roomate aku sorang ni yang bernama Apis (  lupe nk bagitau dalam 1 bilik ade 3 orang pemuda kacak ).. tak habis-habis dengan test..test..test.. dan sorang lagi bernama Blank dan amat gemar berkunjung ke perpustakaan tak kira siang atau malam.

lukisan atas ni entah ape-ape..x lawa angsung.. pedulikan gambar ni

Hiraukan lukisan yang benilai RM 2 juta diatas....


Tadi aku baru berjaya menyiapkan group assignment CAD/CAM report dan ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan yg selama ini bertungkus-lumus menyiapkan assignment ini. Sunggu huru-hara study week kali ni...( bagi yg x pandai manage mase ) dan semoga final exam next week lebih cemerlang, terbilang dan gemilang. Semangat tok gajah semakin merasap dalam diri dan memang special sikit final exam kali ni sebab ake mendapat sumber inspirasi dan semangat gara Pahang berjaya masuk separuh akhir piala FA dan minggu depan juga Pahang akan datang ke Perlis untuk perlawan liga super minggu depan. Lagi semangat weh!! Daripada ku terus merapu-rapu kat sini..lebih baik aku study.. ok habis