Monday, February 21, 2011

Musim Pilihan Raya Kampus



" Marilah mari,
 Pergi mengundi,
Tunaikan kewajipan pada universiti "


               Minggu ni musim politik kampus, kat fb pon masing tengah memancing undi dan promote diri. First time, aku mengundi masa kat Mrsm dulu dengan poster dan manifiesto yang macam-macam di jual kepada pengundi. Dulu aku boikot pilihan raya kat Mrsm dulu gara-gara outing pada hari sabtu tersebut dibatalkan. Aku nak beli kueh teow kat pasar malam kat bandar Muadzam Shah pon tak boleh. Maka aku pon pergi membuat undi rosak dengan menyatakan ke tidak puasan hati tidak dapat outing pada kertas undi tersebut.



           Tapi itu citer time sekolah, sekarang kat universiti. Senario politik makin ekstrim dan lebih matang. Kumpulan pro-M dan Aspirasi sememamangnya sudah lama bertapak senario politik kampus di Malaysia. Tidak tahu la pulak,sama ada kumpulan ini berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.Yang paling menjadi tumpuan adalah di universiti yang lama-lama  sebab korang boleh lihat sendiri kerancakan politik kampus yang berlangsung.

        

          Sebagai mahasiswa yang prihatin mengenai hala tuju kepimpinan di universiti aku ni, maka pada 24 February ini aku akan pergi mengundi di tempat pembuangan undi. Entah mengapa aku rase tiada mood nak pergi mengundi nanti. Maybe mood pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau belum sampai ataupon atas sebab yang lebih penting seperti perlawan bola sepak kelayakan Olimpik diantara Malaysia dan Pakistan pada 23 Feb ini.
  
.


          Test pon banyak minggu ni dan lebih mengerikan apabila test Elektronik dan design  akan berlangsung pada hari yang sama. Nasib baik tak buat malam rabu kalau tak clash dengan date aku dengan pasukan Malaysia nanti. Dah masuk minggu ke-7 rupanya... assignment2 masih menunggu untuk di siapkan...


time test thermo-fluid...



Saturday, February 12, 2011

DUNIA FATAMORGANA : 7305 HARI


  Selagi aku terus bernafas,
  Selagi  itu rambut terus melebat,
  Selagi itu aku terus berblogging,
  Selagi itu aku terus berjalan di atas muka bumi ini,
  Selagi itu aku terus membuat dosa dan pahala,
  Sehingga satu detik nanti akan terhenti jua  nafas ini.

 Dari bayi menjadi budak,
 Dari budak menjadi remaja,
 Dari remaja menjadi suami orang,
 Dari suami orang menjadi seorang ayah,
 Dari ayah menjadi seorang datuk,
 Dari datuk menjadi moyang,
 Dan dari tanah kepada tanah.

Saat ini sudah 631,152,000 saat aku telah bernafas,
Umur terus meningkat,
Apa yang telah aku buat selama hidup di dunia ini ??



Friday, February 11, 2011

HARI VALENTINE DAY ADA MAGIK ?

              


                 Hari Valentine ni ada magik ???  tapi tak surelah betul ke tidak atau hanya sandawara politik semata-mata. So, macam biasa la hari kekasih, ( fokus kepada pasangan yg belum bernikah ) mesti nak berkasih-kasih dan tak pernah pulak aku dengar hari kekasih ni couple pergi mencari hantu dalam hutan simpan mintak nombor ekor. Magik Valentina days ni akan muncul dalam masa 9 bulan akan datang ???
              
               Bagi yang dah berakal panjang tu yang dah boleh berkahwin tu mesti dah boleh tangkap apa yg aku maksudkan ni kan..kan. kalau tak faham juga mesti belum ambik SPM or subjek Biologi fail..ahaha ..  Ape yang aku bace dalam berita la kan, di negeri pakatan rakyat  mereka akan membuat rondaan pada malam tersebut untuk mengelakan maksiat terus bermaharajalela.

                            

              Nak dating pon pandai2 cari tempat jangan sampai kena tangkap dengan jabatan agama, kang tak pasal-pasal naik masuk mahkamah. So, aku cadangkan korang pergi rumah family awek korang tu jumpe dengan keluarga mereka. Kalau boleh berkenalanlah dengan ibu bapa dia dulu. Orang tua pesan kalau nak dapatkan anak dara orangmest dapatkan hati bakal keluarga mertua dahulu dan pastu terus la masuk meminang. Nak couple lama2 pastu manja melebihi had limit nanti dah kahwin x ke bosan? ahaha..

             Aku rase pelik la negara dah maju tapi setiap hari ada je bayi dijumpai di merata-rata tempat. Statik sejak 2000 - julai 2008, jumlah bayi yang tidak dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran adalah seramai 257,000. Secara purata , seorang bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit di negara ini.


             Dalam kalender 14 feb ade jer lambang love tapi ade dalam kalender tabung haji memang tentu takde. Adik sedare perempuan aku darjah 5 ni sengih2 tengok kalender tarikh tersebut. So, berkalu dialog ringkas :

adik : Ada makwe tak ?
 aku : Aaaaa... ( sambil berfikir ayat nak dikelentong ) . Ada2 nak tengok gambar?
adik : Mane2 ?? ( cepat jer ambik handset aku)
aku : ha,,yang pakai tudung tu ( entah gambar perempuan mane aku tunjuk ). Lawakan kan?
adik : Boleh tahan la...cantik la juga..nama dia ni apa?
aku : aaaaa..Eh!!dah start la dah citer geng bas sekolah tu...bla bla bla

                 Bila cerita pasal awek ni, dulu aku naik bas dari Temerloh ke Kangar. Aku awek dok depan aku ingatkan sorang nak test2 la usha tapi ada laki duduk. Mesra semacam. Dah la bas memakan masa 12 jam. Memang seronok wei..lebih2 lagi sekiranya bertuah ade awek free hair duduk kat seat sebelah. wow!!

          
               Best jugak ada awek dalam bas ni.. tak la bosan nak mampos..sampai panas jubo duduk lama-lama... so aku ingat nak cari awek bas ekspress la. Mula 2postkan fb : Sape ada kawan perempuan yg belajar di xxx dan bersal dari termerloh?? Dah jumpa add pastu chatting2 ajak couple la apa lagi..hhaha .  Maka situasi ada seperti berikut :

Aku : Hello, sayang jom balik bas sama dengan I nak ? Tiket I no 19
Awek : Jom2.. kalau macam tu I beli seat no20 ,,ok ?
Aku : Ok..jumpe dalam bas nanti ye..sayang..miss sayang muah2
Awek : Muah2 jugak..hihi

(dialog diatas agak geli dan macam sial )..  dalam 12 jam dalam bas duduk sebelah-sebelah.. nak buat aktiviti aper ? Main batu seremban ? Main suduko ? Antara yang boleh dilakukan adalah seperti :

a- berbual2
b- menonton 2-3 movie
c - menolong pasangan buat assignmnet
d- suka hati kau la



Klau nak diikitkan, aku study dalam 5 sem..pastu setiap sem cuti 2 kali. So, selepas dicongak dan dikira menggunakan serompah jumlah naik bas adalah seperti berikut :

  2b x 4 = 8b
 8b x 5 = 40b
- macam add math la pulak.. so jawapan ialah : 40 kali naik bas..

Kira okey la kan, daripada hari jumpe nak2  u sama. Menghadap muka sama setiap hari x ke bosan?? Nak pasang 2 pon susah nanti..kan..ahaha

Aik..syok pulak aku tulis ni.. Dan yang bestnyer ada musim-musim tertentu seperti :

Musim Raya Puasa :

Aku : Sayang, waktu berbuka dah masuk ni.
Awek : Nah, I dah belikan Crapy Paty utk sayang.
Aku : Tq .. Sayang..nanti kita sahur sama-sama kat RnR yerk..
Awek : Ok..


Musim Cuti Pertengahan Semester :


Awek : Sayang,, I tension la assignment belom siap?
Aku : La, biarlah I yang buat
Awek : Really..ni I sayang u lebih ni, nah broadband..tolong cari jawapan yerk
Aku : Demi sayang, I sanggup..
Awek : I ngantuk la.. sampai Alor Setar nanti kejut yerk.
Aku : Ok..sayang


Musim cuti habis semester :


Aku : Wah, sayang dah makin cantik la, serius.
Awek : Ada-ada jer la... so fianl exam hari tu camner?
Aku : Okey jer confirm 4.0 pointer, so kita nak buat aper ni ?
Awek : Jom sayang tengok movie Jepun, 1 Litre Tears  nak?
Aku : Orait, tapi jangan menangis sudah la..susah nanti i nak pujuk...
bla..bla..bla...

            Maka mungkin situasi akan berlaku seperti ini tapi sekiranya balik ke kampung menaiki kereta api, kapal terbang dan basikal, Situasi dan dialog mungkin berbeza. Tapi ini mungkin hanya mimpi kerana Uitm, mungkin ada 3 sem dalam setahun. Pastu ijazah dengan diploma nanti cuti tak sama. Maka probability naik bas bersama semakin berkurang.

Okey cukup merapu...STOP..STOP!!!  kembali ke tajuk asal tadi.. sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi aku terbaca artikel ( ini dah click pastu click sini pulak . )ketika menyiapkan cerita ni.. dah2 aku dah x mood nak citer2 ni. Pergi mampos dengan hari valentine tu.... emosi aku terganggu..ahaha