Wednesday, September 28, 2011

Bukan Salah Bakul Sampah


Mata ini sakit,
hati ini bengang,
Hidung ini terus-menerus menyedut gas yang terkumpul,
Makin lama-lama makin harum baunya,
Ianya bak bunga yang harum segar bagi makhluk kecil tersebut,
Tertariklah segala lipas dan ulat-ulat.



Aku benci,
Mahu sahaja aku lupuskan,
Sebuah bakul yang menjadi tempat perbuangan,
Makin hari makin banyak,
Jarang sekali ia kelihatan kosong,
Kosong itu bersih,



Sekarang bakul yang bergelar tong sampah itu,
Sudah lupus dari pandangan mata,
Tiada lagi sampah, sampah dan sampah
Selamat tinggal sampah :)


p/s : bakul sampah sudah diletakan diluar rumah, automatiknya tiada sampah lagi dalam rumah dan aku harap housemates aku tak bace prosa sampah ni..

Wednesday, September 21, 2011

Final Exam Datang Lagi

Hari itu semakin hampir. Hampir dan semakin dekat. Pejam-pejam mata dan buka. Aku akan duduk diatas kerusi beserta dengan meja. Kepingan kertas soalan akan menjadi bukti kebijakasanaan dan kebodohan. Mahu dilabel sebagai pandai dan bodoh atau bahasa sopan iatu kurang pandai. Sebatang pen yang berdakwat itu boleh mencorak masa depan. Segalanya bergantung kepada si pemegang pen. Si pemegang pen juga memegang beribu-ribu harapan dibahunya.



Waktu yang paling aku benci ialah apabila sebaik sahaja keluar daripada dewan peperiksaan. Telinga berdesing dengar orang-orang berbincang soalan. Lebih-lebih lagi jika soalan tersebut tidak dapat jawab. Biasanya aku akan cuba melarikan diri daripada terdengar perbincangan soalan yang bakal membuatkan hatiku sakit. Lebih senang pakai sahaja earphone sambil mendengar lagu dalam handset.

Hendak meniru rasa tidak sedap hati. Pastu mula rasa gelisah semacam. Nak jawab soalan pun rasa semacam seperti ade cctv terus menghala ke arah meja tulis. Ini seperti menipu diri sendiri. Kalau kantoi pasti merana, aku tidak sanggup mahu repeat paper. Itu adalah satu penyeksaan.

Hai gadis cantik, mahu duduk meja di sebelah abang ? haha


Aku harap ada gadis-gadis cantik bakal duduk di meja sebelah nanti. Lebih cepat otak ni akan bertindak balas untuk mencari jawapan. 

Friday, September 16, 2011

16 September, Hari Malaysia





 Baru-baru ni kat UniMAP ada buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Nampak bendera panjang- panjang tu ? Panjang kot, memang jenuh nak warna-warna. Aktivitu buat kat kolej keadiaman Tun Ghafar Baba. Nampak budak - budak kecik tu ? Hah, tu budak sekolah rendah kat Kuala Perlis kot. Aku pun bukan tahu sangat sebab aku ni tak terlibat pun, maklumlah budak 3rd year kan busy sikit memikirkan masa hari mendatang. Sambutan merdeka tahun ni biasa jer tapi tahun lepas memang syok habis ( Merdeka 2010 )  Ok, itu sahaja. Selamat Hari Malaysia dan selamat menerima bercuti umum.

Wednesday, September 7, 2011

Pandang - berpandang




Pabila kau renung tajam-tajam mata aku,
Ku rasa sesuatu,
Rasa yang ku tak tahu.....


dari : Cinta Muka Buku - Najwa Latif