Friday, February 24, 2012

Kisah Praktikal 3 : Dari Kuala Lumpur ke Bangkok


Aku rasa sedih gila sebab pekerja dari Thailand dah balik Bangkok. Ada 10 orang datang kerja kat tempat praktikal aku ni. Diaorang kerja sementara kat sini sebab Thai banjir besar hari tu. Adalah dalam dua bulan setengah kerja kat sini. 9 orang masuk production dan sorang masuk department aku. Kebanyakan mereka boleh cakap Melayu Kelantan. Tapi aku kadang-kadang tak berapa paham juga apa mereka cakap.

Brother thai yang masuk department aku ni serius baik gila. Kira banyak la tolong aku ajar macam mana nak buat kerja. Dia dah 5 tahun pengalaman kerja. Serius power skill. Tapi ada jugak dia tak datang kerja. Pagi ni ada tapi petang takde . Esok ada tulat takde pulat. Sudah macam biskut Marrie. Aku pon tak boleh predict bila dia nak datang atau tak datang. Sungguh misteri. Dia selalu lah sembang pasal negara Thai. Kat sana ada 70 negeri. Dia kata lah, aku pun tak tahu. Aku selalu lah jugak belajar bahasa Thailand. 
My nick name mean "AYAM"  in thai


Dem = Minum                                                       Pain mai = nak ikut ?
Kin =  Makan                                                         Pai cek = lighter
Medai = Tak boleh                                               Pek pui mina kueh = Habis
Pai nai = Pergi mana                                            Can rak ther = I love u

Dia tu selalu lah jugak belanja aku dengan budak praktikal dari UniKL minum air. Aku rase adalah dalam 3-4 kali. Dia pon ada bagi seluar jeans. Badan dia dah gemuk so dia sedekahlah dekat aku. Siap datang depan pintu rumah aku nak bagi seluar. Seluar size 30. Serius aku touching gila. Selama ni aku tahu dia ada PS 2 tapi tak tahulah pulak dia layan game bola. Dalam 2 minggu dia nak balik Bangkok baru aku tahu. So, aku dengan member praktikal sorang lagi ni pergi lah rumah brother thai tu. Kita orang dok rumah flat. Kira satu bloklah. Masa kitaorang main ps2 dekat rumah dia. Member-member Thailand siap masak nugget bagi kitaorang makan. Kunjugan kali kedua untuk berlawan bola ps2 pon sama jugak. Masak nugget siap dengan kentang lagi beserta air oren. Member aku kata “ Kalau kat sini dia layan kita baik macam ni. Tak tahulah macam mana kalau kita pergi Thailand nanti “.

aktiviti bermain ps2

Masa dia kerja pun dia rajin. Kat sini aku memang malas gila nak potong getah guna pisau. Serius shit. Dialah yang rajin potong-potong getah.” Kalau dia nak balik nanti, suruh dia potong banyak-banyak” kawan aku kata. Dia siap design tempat potong getah. Guna tayar letak pisang welding-welding siap. Tak payahlah terkial-kial nak potong pakai pisau. Cuma tolak jer. Serius power. Dia ada jugak ajar aku cara nak usha awek. “ kena cakaplah kat perempuan tu, kita suka dia. Kalau dia tak nak, kita tak rugi apa-apa”. Nampak hebat dalam bidang mengusha awek.

Ada sorang member dia bagi aku special sikit. Dia ni sepatah haram tak reti cakap bahasa Melayu dan BI. Department aku kat luar kilang, so ramai la orang lepak-lepak  kat situ. Umur dia dh 35 tapi belum kawin. “Wai ni pai sawadikap bala bala bla… “. Dia cakap Thai so mana lah aku paham. Aku pun hentam jer lah kata “ Kap kap Medai medai “. Lama-lama sikit paham lah. Dia selalu gila lepak kat luar. Curi tulang jer banyak. Tapi aku dapat tahu dia pernah dapat offer kerja kat Jepun. Nampak macam biasa jer tapi fuh power.

Bila dia tiada Cuma tinggal 4 orang. Sorang bos. Sorang pekerja dan 2 orang budak praktikal. Bila dia ada senang sikit kerja. Sekarang dah sunyi tempat tu. Tiada lagi orang cakap bahasa Thailand.  Tiada lagi brother thai lepak-lepak kat department aku. Serius aku rindu.

Bos, pai nai ?

Dia ada bagi kitaorang duit Thai. Saja nak simpan buat kenangan. Dia siap bagi gambar lagi pastu tulis alamat dan nombor telepon. Malam last sebelum diaorang nak balik Bangkok, siap belanja aku makan tom yam kat kedai. Serius aku susah nak jumpa orang baik macam ini. Kalau ada duit memang aku akan pergi melawat dia kat Bangkok nanti.


Sekarang kat department aku rasa sunyi. Dah 2 bulan buat kerja sama-sama tapi sekarang dah tiada. Nasib baik bos besar suruh aku tukar department. Buat kerja office. Dah 3 bulan aku buat kerja welding tengah panas dan untuk sebulan terakhir aku akan berada depan laptop dalam office. Serius rasa pelik. Kesian pulak aku tengok member praktikal UniKL tu sorang-sorang nanti. Baik aku tukar department lain daripada terus  teringatkan orang Thailand yang dah balik Bangkok. Sekarang misi aku nak bermesra dengan budak praktikal university lain kat office pulak.


Baru tadi aku nampak diaorang naik bas menuju ke KLIA.. Flight pukul 1 petang 25 feb dan sampai pukul 1 petang waktu Bangkok.

Monday, February 20, 2012

Kisah Praktikal 2 : Gadis dan Meja


Mula-mula aku masuk syarikat ni, aku dan tiga orang member-memberku berasa gembira kerana terdapat tiga student perempuan yang turut sama berpraktikal di sini.  Cantik cantik cantik. Aku dapat rasakan plot dan jalan jalan cerita selama 4 bulan  berpraktikal semakin menarik. Ha ha ha.

 So, 2nd day kami dipecahkan mengikut department masing-masing. Dan bagai langkah kanan apabila bos aku punya meja bersebelahan dengan  dua orang gadis praktikal tersebut. Antara tiga orang member aku, meja aku lah yang paling dekat. Ha ha ha. Sebelah jer kot, kalau kentut pon boleh bau..




Bos aku cakap duduk la sebelahnya dan boleh guna komputer kat meja tu. Aku sungguh gembira dan gembira. Kami ade lah berkenalan sikit-sikit klaau lama-lama segan pulak nanti. Kawan-kawan aku yang lain semua jelous. Ha ha ha. Tapi tiba-tiba, bos aku suruh pergi department dia kat belakang kilang, jarak kira-kira 500 meter. " Mulai hari ini, ni  tempat awak bekerja" . Maka terputus lah segala agenda untuk mengusha gadis-gadis tersebut dan hanya aku yang ditempatkan di cerok belakang kilang sementara tiga orang memberku selesa duduk di office yang ada penghawa dingin.




Tuesday, February 14, 2012

Kisah Praktikal : Mati Kutu Di Rumah Sewa

 Bila aku sudah bosan bila aku sudah berasa bosan. Tinggal percuma di flat asrama pekerja semasa tengah praktikal ini memang seronok. Sudah tinggal percuma memanglah seronok. Member aku kat tempat praktikal lain sewa rumah, rumah kedai dan apartment yang ade swimming pool. Tapi aku percuma dan percuma. Tapi hakikatnya adalah bosan kerana kurangnya sumber asas seperti televisyan, sofa, mesin basuh dan lain-lain. Tapi aku tetap bersyukur kerana ada tempat untuk tidur.







Kalau ade girlfriend bolehlah jugak ajak pergi zoo negara untuk tengok singa laut.