Friday, March 25, 2011

Krisis Air Di Kolej Kediaman

Setakat pukul 9.42 malam hari jumaat, 25 march 2011... sumber bekalan air masih belum ada.. satu rekod baru telah tercipta. Hampir 48 jam sudah tiada bekalan air di kolej kediaman.. keadaan ini amat merunsing para penghuni di sini. Tindak tanduk dan tingkah laku yang pelik telah mula kelihatan. Amat menakutkan jika anda sakit perut dan apabila masuk tandas, didapati paip air tiada air, lebih-lebih lagi jika rumah berada di tingkat 4.




Fenomena ini tiada kena mengena dengan kejadian UFO. Masalah ini berpunca daripada apa sebab ape pon aku tak tahu. Mungkin sistem saliran bekalan air mengalami kerosakan teknikal kot.Dengar cerita kat Kangar pon tiada air. Nak pergi pantai dekat jer..tapi malas dan tak dibuat orang. Kalau sapa2 yg pergi kelas pagi-pagi nampak berserabut tu maybe dia tak mandi la tu agaknyer. Baru 48jam takde air, kalau seminggu , entah apa yg akan berlaku kepada penghuni disini..



Sungguh seronok bila setiap hari turun ke tingkat bawah dan mengambil air di pili yang terdapatnya bekalan air. Lebih lagi sape yang dok tingkat 4. Nasib baik aku dok tingkat 2.. tapi agak best jugak la mengangkat benda ini..sungguh nikmat rasanya. Nak cube, test la.. Kalau sebulan lagi camni body boleh jadi macam kat bawah nie..



Semoga isu air ni akan selesai dalam beberapa jam lagi.... btw..ranking mrsm spm 2010 adalah spt berikut :
 1.Pengkala CHEPA 

2.Tun ghafar baba
3.TAIPING 
4.Langkawi 
5.Kuala kubu baru
6.Kubang pasu
7.Kuala berang 
8.Alor gajah
9.Kuala terengganu
10.SERTING 
11.pengkalan hulu
12.Tawau
13.Kuching
14.Kepala batas 
15.Muadzam shah 
16.merbok
17.Kota putra
18.Pasir salak
19.Pontian
20.Kuala lipis
21.Terendak 
22.Kota kinabalu 
23.PDRM 
24.Kuantan
25.Lenggong 
26.Batu pahat 
27.Besu
28.Gemencheh 
29.Jeli
30.Beseri 
31.Bentong
32. B. pulau 
33.pendang 
34. Mersing 
35.Muar
36. Kuala krai
37. Betong
38. Transkrian


..boleh tahan la batch tahun 2010 ni.. yg penting aku berharap krisis air segera berakhir dalam beberapa jam lagi..

Saturday, March 12, 2011

HATIKU BERBUNGA-BUNGA SELAMA 48 JAM

Senyum..senyum...senyum... adakah aku sudah tidak waras kerana tersenyum selama 48 jam bersamaan 2 hari ?



Aku sering tersenyum dan suka seorang diri.. Dah lame aku tak rase perasaan berbunga-bunga seperti ini...sungguh indah perasaan ini dan priceless ckp omputih... lebih indah daripada time aku angau dilamun cinta mase time pkln beberapa tahun lalu...perasaan berbunga-bunga dalam masa seminggu..namun akhirnya pahit dan memeritkan.. eh, dah lari topik ni ... aku amat gembira dan happy..sampai member aku dapat detect kelakuan kurang normal yang aku alami.

member (saje x nak bgtau name sebenar)...

member A : ko ni happy semacam jer
aku : (tersenyum kambing)

member B : suka la tu..
aku : (tersenyum kambing x2)

member C : pasal hang ni tersenyum sorang-sorang ?
aku : (tersenyum kambing x3)

kalau aku kat rumah la ni...dah lame aku bakor mercun das dan melompat-lompat 20x tanpa henti selama 10 minit. Tapi aku di tempat orang dan di negeri orang.. enjoy sikit-sikit suda.. last time aku happy mcm ni mase 4 tahun lepas...lebih terperinci tahun 2006..

Ini telah  membuatkan aku semakin setia dan cinta semakin mekar bak bunga yang ditanam di taman permainan. Semakin lama semakin setia seperti diode dan micrometer yang sentiasa bersama. Biar apa diaorang kata aku x kisah...kerana aku bukan lalang.. tapi aku memang lalang Manchester United..

sampai sekarang aku masih tersenyum lebih-lebih lagi membaca artikel ini..nah click kalau tak nak click , pergi main jauh..haha


fakta yg korang akan tahu :


PAHANG 2-0 KELANTAN

tahukah anda semua???

pahang meleburkan rekod 6 perlawanan tanpa kalah kelantan dalam liga super 2011.

pahang meleburkan rekod 42 perlawanan tanpa kalah kelantan dalam “away game”.





dah lame mengidam entah bila akan dapat


Monday, March 7, 2011

Berakhirnya N27 dan N28...

 Firstly, tahniah kepada parti yang menang pada pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau baru-baru. Memang banyak la isu sensasi yang telah timbul tapi malas aku nak terangkan di sini kerana di sini bukan blog politik.


Just nak share perkembangan isu semasa...because ade member aku yang  tak tahu menahu ade pilihan raya baru-baru ni....