Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010


Setelah 16 tahun menanti akhirnya, Malaysia berjaya muncul johan kejohan dwi tahunan Piala AFF Suzuki tahun 2010.

Selama aku menjadi penyokong Malaysia ni..ni la kemenangan paling berharga dalam hidup aku...dan yg kedua pingat emas sukan sea Laos tu. Dah lame aku nak piala dan akhirya dapat juga..puas hati syial..haha..agak berbaloi ak buat thread pasal piala ni http://wwwsyoksendiri.blogspot.com/2010/11/aff-suzuki-cup-2010.html , http://wwwsyoksendiri.blogspot.com/2010/12/bagai-telur-dihujung-tanduk.html dan http://wwwsyoksendiri.blogspot.com/2010/12/road-to-bukit-jalil-stadium-15-disember.html ..

Kemenangan ini paling significant sebab buat kali pertama ak pergi tgk kat Stadium Bukit Jalil mase separuh akhir..15 Disember 2010..Malaysia 2-0 Vietnam...tq kepada member yg memahami aku yg sudi pergi kuala lumpur bersama-sama.

mase dlm stadium..cuture shock ak dibuatnyer.(kat stadium Kuantan x ramai camni) ...fan malaysia dlm 50ribu dan Vietnam 3 ribu

                                
Alang-alang dah masuk final.. memang aku dan member2 yg kepale bola ni..akan turun juga bukit jalil.. nak tengok final ni bukan senang,,maka kami pon pergi la semula ke stadium bukit jalil..

KRONOLOGI KEJADIAN

6.00petang
- Kami tiba di perkarangan stadium bukit jalil dengan menaiki kereta dari Jerantut.3 jam tu..jam jgn ckp la..parking port pon susah nak cari. So, aku dgn member aku yg bernama Aizat (bukan name sebenar) pon pergi la mencari member aku yg bernama Nuex kerana beliau amat diperlukan pada masa tersebut kerana tiket 2 keping kitaorg berada dekat dia yang ditemani oleh Hadi,Ardham dan Tauhid (mereka amat memahami aku kerana sanggup ke KL bersama2)


                                Antara fan Malaysia yg berada di sekitar stadium


Lepas jumpa,aku ambik la tiket RM 30 tu...dari riak wajah mereka sudah nampak tanda2 sangap nak masuk stadium. So, aku dgn Aizat pergi beli jersey Malaysia warna kuning dulu. Handet aku x habis2 dihujani sms. Time kalut2 camnie aku rembat jer baju size S dan bayar dan bergegas ke pintu masuk berwana merah. Nak cari diaorg tadi memang problem giler..handset x de kredit. Dah la sesak. Last2 jumpe gak setelah dan kitaorg lepak kat tingkat 3..ade seat kosong terus duduk..ade yg berdiri sebab x dpt duduk.


                                 fan indonesia..rugi x bergambar bersama


             ultras malaya..."untill the last rebel" aku tabik sama lu orang..terbaikk




Maka game pon start, lagu Negaraku dan Indonesia Raya dinyanyikan...fan Indo boleh tahan la ramai dengan geng Jack,Viking dan lain2 turun dari Indonesia termasuk banner Persik. Fanatik giler. Kami duduk agak berhampiran dengan geng2 Indo ni.Yang aku bengang nyer ada mamat2 belakang aku ni kutuk player sendiri bila buat mistake.Mase tu game 0-0 lagi...mood kitaorang datang dari jauh ni masih risau takut kena lagi 5-1..memenang aku bengang. Kitaorang memang saiko habis2 la player lawan dan aku dengan automatiknya  menunjuk isyarat tangan dengan maki hamun. Dengan match tangguh 10minit pasal laser la,,,itu la...Nasib baik menang mlm tu, memang berbaloi giker la pergi stadium..mercun bunga api jangan nak cakap la..meletop2. Yang best nyer fan Malaysia ramai2 bersorak "Balik..Balik" kepada fan lawan yang meninggalkan stadium lebih awal.Yang aku agak disappointed ade 2 botol terbang dari angkasa masuk ke tempat penonton lawan dan ni memang nggak supportif.




 x sangka boleh makan 3-0...


                                3x celebrate gol..puas giler !!!


            tiket bola..akan ku liminate buat penanda buku..baru semangat belajar.


Puas hati pergi stadium..berbaloi-baloi tiket RM30.. dan lebih manis apabila Malaysia muncul juara..



So, cuti sem dah nak abis.maka kembalilah ke dunia asal dimana menjadi seorang mahasiswa bertemankan assignment dan bersedia utk berangkat ke UniMAP..misi untuk dapat pointer tinggi sem 4 ni...Malaysia menang bertambah semangat nak belajar..semangat Harimau kian membara..hhaha

Wednesday, December 22, 2010

SUATU PETANG DI BANDAR KUANTAN

Ni cerita lama tapi sape yg kisah kan... pada hari Rabu minggu2 yang lepas aku pergi jalan2 dgn member di bandar Kuantan yg luas. Member ak ni nak sangat tengok wayang..ak pon layan jer la. Kami pon beli tiket cinema di Komplek Teruntum belakang Kuantan Parade. Aku ni tengok wayang jarang sekali. Setahun ade la dlm 4-5 kali. Dekat Kangar dan Jerantut mane ade wayang gambar macam tu. Minggu sebelum tu aku tgk citer ni kat East Cost Mall...

Cerita ni ok la.. ade la insaf skit tapi x lame pon.. yang tengok ramai awek2 dan couple2 jer. Golongan warga tua aku x nampak pon maybe filem ni agak HOT !!  "Takde citer lain ke nak tengok?" herdik ibuku semasa di pulang ke rumah. Lupakan pasal ni..kitaorang tgk citer ni...



Ghost Kak Limah Return Home dalam bahase omputih. Showing pukul 3.45pm so kami mengonlinekan diri di cc dalam KP dulu.Bukak fb tengok2 ade friendly match petang ni pukol 5.00pm antara Pahang vs Pos Malaysia. Shitt!! Aku ingat main mlm rupe2 main petang..nasib baik on9 kalau x tengok la hantu main bola dalam stadium mlm tu. Aku pon tengok la movie tu dengan rase agak tertekan pikir pasal bola sambil tangan tgk jam. Seriyes kelakor citer ni...walaupon agak lawak  merapu tp best.Berbaloi RM6 .

Adegan dimana cuba menumpangkan hantu...nak tahu kesudahanya.. lu tengok la sendiri..


Kira-kira jam 6 ptg sampai jua di Stadium Darul Makmur, game pon dah start..1st hlf dah abis.



Ade la dalam 100 orang yang berada dalam stadium tersebut termasuk budak2 sekolah berlatih olahraga..berlari ke sana-sini...orang gila pon ade merayau dalam stadium tu.Kami duduk tempat vip kalau ikutkan dah kena bayar RM 14 tp ni match friendly jer, of course free.


Dapat la tengok bintang2 Pahang depan mata termasuk Dolah Salleh dan semua player. Puas hati sial dah la dekat. Nak je aku pergi ambik gambar tp nanti ape org kata pulak. Padang agak basah dan permainan macam budak sekolah menegah dan membosankan. Maybe padang licin serta coach nak guna semua 22 player.. ape2 pon aku tetap puas hati... habis sudah sesi merapu kali ni.

Saturday, December 11, 2010

Road to Bukit Jalil Stadium -15 Disember 2010

Selepas , Malaysia masuk separuh akhir kejohan Piala AFF 2010..maka jom ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 disember 2010 hari rabu...untuk tengok match antara Malaysia vs Vietnam

Maka pelbagai planning telah diaturkan untuk menjayakan misi terbesar 2010 iaitu pergi ke Bukit Jalil menyaksikan Malaysia beraksi buat kali pertama di depan mata dalam sejarah. Berikut adalah planning yg telah dirancang. Masa yang diperuntukkan untuk membuat plan ini memakan masa selama 5 hari.

Plan A : menaniki bas
Plan B : menaiki kereta
Plan C : menaiki kereta api
Plan D : x payah pergi tgk je dlm tv kat rumah (kata emak kesayanganku)

Setelah ditelti dan diselidik,analisis adalah seperti berikut :

 Plan A : paling effektive dan mudah.
 Plan B : banyak modal yg dikeluarkan spt minyak,tol dll.
 Plan C : ini agak berisiko memandangkan aku ni x pernak naik ketapi,takut terlajak ke selatan Thailand.
        Plan D : ini mcm best dan mungkin akan digunakan sekiranya aku mengalami sakit perut pada hari tersebut.



Maybe, aku akan ke Stadium Nasinal Bukit Jalil.. planning terbesar 2010...aka projek giler + bangang.. dari Jerantut ke Bukit Jalil... 

Sunday, November 28, 2010

Menitis Air Mata

CERITA DARI SEORANG SAHABAT..

Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.
Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini. Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…
Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~

Wednesday, November 17, 2010



Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Coretan di malam raya (  yg ni x payah bace pon x pe)

Raye haji kali ni special skit sebab ak x pulang ke jerantut sebab alasan yg agak munasabah. Dah 18 tahun berayer kat kampung tibe2 otak aku ni menyatakan supaya stay kat u ni nak belajar la konon. Satu revolusi baru telah berlaku dlm hidupku. Inilah kehidupan bagaikan air sungai yang mengalir dari atas bukit yakni berpunca dari air mata air dan menjadi saluaran air yang membawa kepada pembentukan air terjun dn seterusnya menuju ke sungai Pahang dan terus mengalir ke lautan Selat Melaka.

Dulu sebelum raya haji gua memang dah plan nak balik. Dah la 2 week cuti kalau nak balik boleh sgt..tapi dsebabkan atas masalah cuaca yg tidak menentu contohnya seperti hujan dan lu pikir la sendiri serta kad bank gua yang tidak boleh berfungsi ditmbah lagi aku ni memang malas nak pergi ke Kangar utk membuat kad bank yang baru. Ditambah pulak dgn adanya Sukan Asia 2010 yg sedang berlangsung.

Esok, gua plan mahu pergi beraya ke rumah keluarga angkat gua di Kampung Padang Jamil . Dah lama x menjenguk menelefon apatah lagi, so ini adalah masa yg telah untuk mengukuhkan pertalian antara kami ( aku, joe ,wan dan naqet ) dgn keluarga angkat kami.

tu je la kot sesi merapu kali ni .....wassalam



Monday, November 15, 2010

PAHANG 2011

Setelah tamat season 2010 dgn jayanya (boleh la kot ade skit peningktan team pahang ni) maka, macam biaselah perpindahan pemain akan berlaku dalam liga malaysia ni utk season 2011.Setiap pasukan akan cuba utk memancing player yg dikehendaki, tu pon kalo duit ade duit byk la.. selama sebulan ni macam2 gossip liar berkumandang di telingaku ini mengenai kemasukan player baru dalam team pahang ni. Antaranya adalah seperti berikut,

  Fauzi Shaari

- Ini dia, Ahmad Fauzi Shaari playmaker kedah, sapa tak kenal orang ni..cuba tanye orang kedah, depa semua kenal pemain ni yg telah byk berjasa. Aku terkejut beruk bila ada berita player ni nak ke Pahang. Dah mcm nak confirm dah 70%.. dalam otak dah pikir mesti mantap midfield Pahang tahun depan, last2 x jadi pindah. Aku frust giler !!!




                             Razali Umar Kandasamy

- Ni pulak penyerang berprofail tinggi Perak, Razali Umar Kandasamy. Top striker Perak ni. Kalau dapat bergandingan dengan penyerang Pahang, Alex memang cun. Aku mati2 ingat RUK ni dah confirm keluar dari Perak. Si A kata confirm keluar, tapi si B kata itu cuma gossip. Maka kepala ku pening selama lebih kurang 2 hari sebelum Perak mennyatakan bahawa RUK akan stay di Perak. Aku ditipu lagi !!!




                                                 Akmal  Rizal

-Ni dia tidak lain tidak bukan, Akmal Rizal selaku penyerang Kelantan musim ini. Pahang ade offer dia main dgn Pahang dan ade berita menyatakan bahawa Akmal bakal keluar dari Kelantan. Ade pulak mulut2 yang menyatakan dia ni bakal ke Pahang. Tapi ku dah 2x kecewa ni, tidak terlalu berharap sangat. Kalau dapat meloncat-loncat dan kalau tak dapat just okey jer. Lastly, player ni masuk Perak musim depan dan Pahang melepas lagi.



- Dalam kegagalan mendapat pemain diatas, tiba2 ade player super sub Selangor yang akan masuk Pahang musim 2011. WOW !!!

                                               R. Surendren

- haha.. yes akhirnya dapat jugak player bintang. Dia ni selalu main penyerang simpanan jer kat Selangor tapi kalau masuk memang sokmo gol . Aku amat gembira pemain ini bakal ke Pahang tahun depan.



Barisan Pemain Pahang 2011

Kekal 


2. MF Jallaluddin Jaafar
4. DF Fadzirul Zakaria
7. FW R. Surendren
9. FW S. Karthigesu
12. FW Azamuddin Akil
13. MF Mohd Fazli Baharuddin
20. MF Mohd Shahrizan Salleh
22. GK Wan Mohd Azraie Wan Teh
1. GK Mohd Rosfaizul Azuar Ali
3. DF Mohd Saiful Nizam Miswan
6. DF Mohd Hazri Rozali
8. DF Amirullah Abd Razak
10. MF Famirul Asyraf Sayuti
18. DF Mohd Syawal Norsam


Out

5. DF Nik Zul Aziz Nawawi @ Omar (Terengganu)
15. DF Yosri a/l Derma Raju (Selangor)
17. FW Abdul Rahman Kadir (retired)
21. DF Hasmizan Kamoridin (Terengganu)

19. FW Mohd. Fauzi Roslan (Shahzan Muda)
In

R. Surendren (Selangor)
Zaiza Zainal Abidin (Selangor)
Nazrolerwan Makmor (Felda United)
Munir Amran (Felda United)
Mohd Faizol Hussain (Johor)

Muhd Suffian Abd Rahman (Sarawak)
Mohd Alafi Mahmud (Selangor PNS)



- okey sampai di sini sahaya sesi merapu aku pada kali ini...sekian terima kasih.

Friday, November 12, 2010

Menjadi Landskap Designer

Aku merepek lagi kali ni... Pada 6 - 1O Oktober 2010 bertempat di IKBN Chembong,n9.. aku dgn budak2 kelanasiswa telah mengikuti perkhemahan hinex camp 10.. panjang post ni..malas ak nk tulis panjang2.. so mcm xtvt lah yg kami buat..antaranya ialah membuat landskap..

Aktiviti bermula pada pkol 9 pagi kot.. kmi dipecahkan mengikut kumpulan dan setiap group ade tugasan masing2.. so group aku dpt tugasan buat landskap.. landskap ape la sangat..tanam2 pokok jer..taruk2 baja..siap!! Tapi ternyata andaian ak meleset sama sekali.. modal projek landskap ni RM3000 or 3 ribu ringgit.. modal pon byk camtu.. bermaksud projek yg bakal kitaorg buat ni bukan projek cikai2.. bla bla bla

                                             kerja2 mencabut rumbut dijalankan

                                           cangkul jangan x cangkul
                                                
                                          kerja-kerja memangkas pokok

                                                proses menclearkan tanah

                                           okey siap ! Lepas ni kita tanam pokok

                                          antara senjata yang digunakan

                                              pokok dah sampai satu pasu RM800 kot

                                            cabut pasu pastu tanam

                                           nak cabut pokok dari pasu ni satu masalah besar

                                             pastu tanam rumput kertas

siap juga akhirnya

                                                   proses pembersihan sedang dilakukan

                                                       baju percuma yg aku tunggu-tunggu

                                                     siap sudah projek landskap ini


Tepat pukul 5.00 petang, semua kerja sudah siap dilakukan terima kasih kepada Encik yang telah memberi tunjuk ajar dan ahli kumpulan ku yang lain dari IKBN,UNISZA,UniMAP dan UTHM. Memang puas hati giler setelah siap buat kerja yang penat giler ni. Lebih2 lagi bagi aku ni yang jarang sekali memegang cangkul. Tapi untill disaat ini aku sungguh menyesal kerana segan + malu  tidak sempat mengambil no telefon biodata budak pompuan group aku. Seriyes ak menyesal gilerrrr

Friday, October 1, 2010

Sambutan Ambang Merdeka ke-53 di UKM dan Sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil


On,30 August 2010..my friends and i join an evant sponser by our university to celebrate Merdeka Day's in Kuala Lumpur. At the time, my first mission is want to ponteng class elektrik bcuz my lecturer want to make a test and finally the test have been postpone. Susoh btol tulis bi nie.. sape yg pergi dapat elaun RM30 and baju + makan minim+cuci mata tgk awek kat saner sbb byk u join benda ni. sape x nak pergi.. brtolak pkol 7.00pagi kalo ikut jadual dlm paper la..last2 gerak 9.oopg naik bas , ade la dlm 3 bijik bas. Program tu start mlm tu kat UKM pastu pagi kesokan hr pergi bukit jalil.



time nak bertolak ke UKM.. 9.05a.m bas baru sampai





6.00ptg.. arrived kat ukm..




pastu..pergi jalan2..masjid ni luas n besar...time ni bulan pose..so solat terawih dulu..before masuk dewan ukm




patriotik la konon..haha





depan pintu masuk ukm.. thank kpd 2 bdk girl upsi yg tolong ambik pic ni




masuk dewan... besor weh dewan ni





tunggu majlis nk start...





tetamu kehormat dan vip2





persembahn nasyid...





nasyid pompuan la pulak...



budak2 pelapes ukm...



menyanyi...




terus menyanyi.....





menyanyi sambil melompat2..haha





event abis dlm pkol 1... time ni diaorg tgh pasang citer lefternan Adnan.. almost semua tidooo..





3.30 pagi... bersahur... sebelum berangkat ke Bukit jalil pkol 4.30 pagi.






sampai BJ pkol 6.00pagi... event start pkol 7.00 pagi






tgk live dpn mata.. teruje gilerrr





perbarisan kawad daripada ATM...





ramai giler org.. event abis dlm pkol 11 pagi






time nak balik perlis... pantang jumpe pompuan cantik mesti nak ajak bergambar..haha..




ni bas uitm segamat kot..






haha..jumpe lagi perempuan ..tangkap gambar lagi...


ambik lagi gambar.. terima kasih kerana sudi bergambar bersama kami :)



....balik pkol 12 kot..sampai perlis pukul 5.30 waktu malaysia...

----- abis sudah perngembaraan ke kuala lumpur selama ..2 days 1 night... abissssss

siap masuk u-tube lagi..haha

video