Sunday, February 17, 2013

Semester Baru


Esok dah balik universiti. Benci rasa macam ini.
Masa sekolah rendah, tidak suka hari Isnin.
Masa sekolah asrama, tidak suka balik asrama
Masa nak buka sem baru, malas nak balik sebab tidak puas tidur dekat rumah.

Result pun ke laut.

Lepas ini aku nak belajar guna hati dan otak.

Aku nak dapat dekan sem ni ! Fighting ! Cewah.

Di ambil dari sini

Tuesday, February 12, 2013

Suatu Pagi, 4 Tahun Lepas


Cerita ini empat tahun lepas. Latar belakang tempat di sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara. Aku pergi PLKN selama tiga bulan sementara mahu tungggu result SPM. Ada benda yang masih ingat. Kadang-kadang buat aku menyesal sampai sekarang. Arrrghh.

Ok. Cerita ini jiwang sikit. Anda mungkin nak muntah.

Subuh itu dan seperti biasa semua pelatih berkumpul di padang kawad. Tepat pukul 6.30 pagi sudah siap berkumpul berkawad disitu. Lepas bangun tidur terus pergi tandas, ambik wudhuk lepas itu solat subuh, pakai baju seragam dan berlari-lari ke padang kawad. Tidak mandi pun. Ramai yang tidak mandi sebab biasanya lepas kawad pagi dan sarapan dulu lepas itu baru mandi. Siapa terhegeh-hegeh lambat memang kenalah dendanya. Padanlah muka.

Jadi seperti biasa, aku berbaris mengikut kumpulan. Aku memang biasa berbaris dekat tengah-tengah. Kalau depan sangat silap hari bulan kena suruh naikkan bendara dan baca ikrar dekat depan bersaksi kira-kira lebih kurang empat ratus pelatih yang lain. Ah,seganlah gila. Jadi hendak selamat berbarislah dekat tengah-tengah. Senang dan tidak perlu hendak kontrol handsome.

Tapi pagi itu, aku rasa something. Ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba teringat hari ini hari lahir aku ke-18. Aku tidak pernah bagi tahu sesiapa pun. Masa itu, aku ada minat gadis sorang ini. Cukup minat. Angau bukan main lagi. Lawak bila fikir balik. Aku siap ada tulis puisi khas untuk gadis tu, tapi tak bagi pun dia baca.Takut dia jatuh cinta pulak lebih-lebih. Okey muntah lagi,haha. Dan yang paling awesome, tarikh lahir kami sama. Adakah ini jodoh atau cuma konspirasi terancang ? Masa itu aku ada tiga atau empat perempuan yang aku berkenan dihati. Tapi sorang pon tak dapat.Wakaka.

Jadi semasa tengah berhimpunan di padang kawad. Ada jurulatih lelaki ini yang sedang berada di atas pentas berkata. Entah ayat sebenar aku sudah lupa, tapi  bolehlah lebih kurang. " Hari ini kita ada something special sikit. Ada kawan kita yang akan sambut birthday hari ini" . Ah sudah, aku dah cuak. Tadi mengantuk terus celik. Menggigil kaki.


Selama ini tidak pernah orang celebrate birthday sampai naik atas pentas. Biar betul.


" Di jemput kawan kita untuk naik ke pentas. Okey sama-sama kita tepuk tangan". Aku rasa nafas berhenti buat beberapa saat. Nervous gila kau tahu.



Tiba-tiba, naiklah dua orang pelatih. Seorang lelaki dan seorang perempuan ke atas pentas. Orang ramai pun bersorak dan menyanyi lagu hari jadi. Aku masih kaget.

Aku rasa sedikit lega. Nasib baik tidak kena panggil atas pentas. Perempuan yang aku minat itu juga sama tidak dipanggil namanya. Tapi aku selagi perbarisan itu belum keluar baris, aku tetap risau sekiranya ada suara yang menjerit-jerit nama aku supaya naik ke pentas.

Sementara di atas pentas. "Ini hari bersejarah dalam hidup kamu. Beratus orang ucap hari jadi kepada kamu berdua". Merujuk kepada pelatih lelaki dan perempuan itu.

"Ada sebarang ucapan ?". Pelatih lelaki dan perempuan itu malu-malu dan segan-segan berkata. "Terima kasih".

Lepas itu, habis baris pagi dan bersurai.

Selepas itu, aku rasa menyesal sungguh kenapa aku tidak naik atas pentas. Bila teringat balik, nak sahaja bagi tahu kawan aku." Weh, hari ini hari jadi aku jugak. Jerit nama aku kuat-kuat. Biar jurulatih tahu dan panggil aku naik atas pentas".

Lepas itu bolehlah, aku nak jumpa gadis yang aku minat dan syok sendiri selama ini, dekat atas pentas sama-sama menyambut hari lahir di hadapan ratusan orang. Serta buat ucapan. " Terima kasih kepada semua dan mungkin kami berdua ada jodoh". Haha.

Tapi ini cuma ilusi. Kami tidak pernah berhubung dan berhenti hanya cukup di situ tanpa bermula apa-apa.

Dan kepada gadis itu,

selamat hari lahir 

Tuesday, February 5, 2013

Love Story I


Hari ini rasa nak jiwang-jiwang sikitlah.

Haha


I never had said "I love you",
In front of a girl,
Face to face,
Eye to eye,
And my mouth say this three words:
I
love
you

I have meet many girls that i like,
But i will try to keep this three words in my heart,
And say it to her,
I want you to know that i will say it to you only,
After you are officially mine.

I will try although it really hard.


Grammar english berterabur. Haha





Marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes


( Love Story - Taylor Swift)