Thursday, July 28, 2011

Mimpi indah terhapus jua..

 Sejak dulu menjak ni, aku sering bermimpi pasal bola sepak. Fikiran melayang ingat bola, bola dan bola. Dan baru sebentar tadi aku tersentak dari lamunan setelah Malaysia tewas 6-4 kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia Brazil 2004.

Aku memang bercita-cita mahu melihat Malaysia masuk pusingan ke tiga, sambil bertemu pasukan jaguh Asia seperti Jepun, Australia, Arab Saudi dan sebagainya. Tahniah juga kepada Indonesia, Singapura dan Thailand yang berjaya melangkah masuk ke pusingan ke tiga.

Teringat masa kelayakan Piala Dunia 2010, masa tu tahun 2008 dan aku belajar di mrsm. Aku dan kawanku Hadi beria-ria mahu membaca surat khabar di perpustakaan untuk mengetahui keputusan bola sepak Bahrain vs Malaysia, malam itu perpustaan tutup. Kami merayu dengan abang librarian untuk nak baca paper kejap. Tap..tap.. tiada sebarang keputusan di akhbar. Jahanam betul...

Beberapa minggu kemudian, malam tu match Malaysia vs Bahrin di Kuala Lumpur. Time tu aggregat 0-4. Dah la tiada tv. Aku semangat panjat meja dalam bilik untuk dapatkan frekuensi radio yang jelas. Masa tu jam dalam pukul 12.30malam dan juru hebah menyatakan seri 0-0. Musnah...

Malam ini, perasaan 4 tahun lepas berulang kembali. Kecewa..... dan bertambah sadis apabila post comment aku kat facebook Nora Danish status...tiba-tiba hilang..celaka punya facebook.... kalau ade comment aku tadi mungkin Nora Danish dah balas comment aku tadi...mungkin aku tidur lena malam ni.. tapi hanya dapat kekecewaan berganda-ganda.

kredit pic to CHIQAHphotography
Cuba lagi di kelayakan Piala Dunia 2018 Russia.....Harimau Muda A prospek cerah masa depan bola sepak negara..

Friday, July 22, 2011

Apabila hatiku sakit..


 Entry ni agak beremosi sedikit dan banyak bermain dengan emosi...


Orang-orang  tua ada mengatakan usah ditangisi perkara yang sudah lepas.. biarkan ia hilang dalam kenangan.Nak menangis pon aku dah penat. Nak bersedih pon aku dah malas. Nak tension-tension pon aku dah tiada nafsu. Aku sudah malas nak ambik tahu hal-hal yang complicated macam ni. Aku ingat lagi tahun lepas time aku berdiskusi dengan cousin aku yang menuntut di Maktab Perguruan Lipis..

..ayat lebih-lebih kurang macam ni la..

aku : wei..jom ikut aku pergi stadium darul makmur ?
dia : malas aku.. buat apa lah kau semangat sangat sokong team kalah ni ?
aku : ..............



kalau perhati betul-betul aku ade dalam pic ni.. saat yang manis

 Bila bercakap pasal team Pahang, maka dengan automatiknya telingaku akan berasa panas dengan pujian- pujian melambung dari penyokong negeri lain. Ini adalah hakikat yang harus diterima oleh penyokong pahang. Aku malas nak mengulas lebih lanjut.

Apa sebab aku tidak puas hati ?

- Pahang tersingkir ke Liga Perdana musim 2012
- Pahang gagal menjulang sebarang piala dalam masa 5 tahun
- Pahang gagal layak ke Piala Malaysia tahun ini


Aku tidak dapat terima betul la.. pahang kalah dengan Sime Derby. Kalah sikit-sikit tu boleh terima lagi.. tapi kalau sudah..  PAHANG 0 -6 SIME DERBY .. apa nak kata ?

bila ini akan berlaku lagi ?



Maka dengan automatiknya, tugas aku sebagai fan pahang sudah tamat tahun 2011 ini. Kita sambung balik tahun depan. Nasib baik, team Malaysia tengah perform sekarang ni.. kelayakan olimpik dan kelayakan piala dunia sedikit sebanyak berjaya mengubat rindu di hati..

Tiba-tiba teringat aku di kampung, bersama adik sedara perempuan. Darjah dua rasanya. Kita orang main teka-teki :

adik : Ni ada suami isteri, pastu diaorang dapat anak. Suami nak bagi nama tu nama Ali
aku : Dah tu ?
adik : Kenapa isteri dia tak bagi nama anak dia Ali ?
aku : Sebab nama tu x best
adik : Salah
aku : Sebab isteri dia nak letak nama Remy Ishak.
adik : Salah.. jawapanya .. anak diaorang tu perempuan..takkan nak letak nama Ali
adik :  hah..(aku terpinga-pinga)

Masalahnya apa kaitan teka-teki ini dengan bola sepak Pahang ? dan jawapanya sudah tentu tiada kaitan. Daripada aku terus hanyut melayan jiwa yang luka ni baik aku layan citer "Nur Kasih the Movie" di samping ditemani sinaran bulan..sweet sungguh..



Akhir kata, semoga aaa..aaaa..aaa... rasa nak menyanyi sikit :

 Tak peduli apa orang nak kata !
 Tak peduli walau tak jadi juara !
 Kami bangga ounya jiwa yang sama !
 Tok Gajah di hati selamanya ... oooo..oooo...


Semoga skrip kekecewaan ini akan berubah musim 2012.. aku berharap dan terus berharap. Ibarat memegang erat bunga berduri sambil menahan air mata daripada jatuh ke bumi..

geng2  TGC ,Ultras Pahang dan rakyat jelata yg sentisa menyokong..

kredit pic to : facebook tokgajah.com , Elephant Army Ultras , pakar cinta