Monday, August 22, 2011

Dari Chenor ke Osaka

 Terlihat aksinya,
Aku tersenyum dan tersenyum,
Dia nampaknya begitu semangat sekali,

Ini mungkin cerita dongeng,
Aku cuma tersenyum dan menyahut..

Realitinya ini memang menyakitkan,
Tapi tuah ayam siapa yang tahu,

Dia terus dengan dongengnya...
Aku mahu lihat dia berdiri bersama dongengnya,
Semoga  berjaya sahabat...

 " dReAmInG Of ThE oSaKa SuN............. "


Friday, August 19, 2011

Bangun dan bangkit



Sudah hampir separuh lebih ,
Biasa - biasa dan terus biasa,
Emas bergolek depan mata,
Kenapa aku tak ambik ?
Adakah aku rabun atau buta ?



Saturday, August 6, 2011

Masih ada masa untuk mengejar mimpi ?

 Sebentar tadi baru sahaja aku menonton filem Sang Pemimpi. Ini semua gara sewaktu aku dan dua orang memberku melepak dihadapan rumahku sementara untuk menunggu waktu berbuka puasa. Azizi dan Helfi memang bersemngat pada petang itu. Azizi memang bersemangat sungguh bila berbicara mengenai game Team Fortress 2. Mungkin hobinya main game ni semasa belajar di Moscow kot. Aku dan Helfi hanya menganguk-ngangguk tanda blurr. Helfi pula berbicara citer Sang Pemimpi ini best dan sesuai untuk loser, katanyalah. Aku pun tak tahu. Dari situ aku tengok filem tersebut. Filem itu sangat hebat dimataku, sebab ia bisa mumbuatkan kita terus semangat untuk meneruskan hidup mengejar mimpi. Filem ini sangat bagus buat anak muda seperti ku untuk terus mencari mimpi yang dimimpi.




Dulu semasa kecil, aku pernah bermimpi untuk menjadi seorang pilot. Gajinya juga cukup lumayan. Memang boleh buat aku hidup senang. Selain itu, aku juga bermimpi untuk menjadi seorang arkitek. Nama yang cukup gah. Membuat bangunan-bangunan tersegam indah. Aku juga bermimpi untuk menjadi seorang doktor, yang bisa menyembuhkan pesakit-pesakit. Tidak dinafikan mimpi-mimpi itu indah sekali.


Mimpi juga datang dengan harapan. Semasa aku bersekolah ditingkatan 3 Ibnu Sinar pada tahun 2009. Aku punyai seorang guru lelaki mengajar subjek Bahasa Melayu yang tegas dan agak garang. Beliau pernah berpesan, " Apabila kalian besar nanti, saya nakkamu semua mendapat pekerjaan yang bagus-bagus. Kalau saya jumpa anak murid saya bekerja di kedai kasut buat kerja leceh-leceh. Saya tak nak mengaku dia itu bekas murid saya. Saya mahu bekas pelajar saya berjaya! ". Aku masih ingat kata-kata itu. Guru juga tidak mengharapkan apa-apa daripada anak muridnya kecuali kejayaan di masa hadapan.

“Kita akan sekolah ke Perancis, menjelajahi Eropa sampai ke Afrika! Apapun yang terjadi!”

 Kini bukan senang untuk menjadi senang. Mimpiku juga sering berubah-ubah dari satu detik ke detik yang lain. Bermimpi itu memang indah dan bisa buat aku gila.


  Hatiku kencang selepas selesai menonton filem ini,
  Mimpi-mimpi ku sewaktu anak kecik datang kembali,
  Mimpi-mimpi itu sungguh lumayan,
  Kini waktu terus berjalan seiring dengan kedut-kedut timbul di muka,
  Masih bolehkan untuk aku terus bermimipi ?
  Benak fikirku menyatakan sudah pasti boleh,
  Namun bagaimana pula untuk mengejar mimpi-mimpi indah itu ?
  Atau cuma mampu bermimpi dan terus bermimpi ?


 Mimpi datang dengan harapan,
 Harapan datang dengan impian,
 Impian datang dengan angan-angan,
 Angan-angan datang dari kotak fikiran. 


 Peluh mulai gugur mengejar mimpi yang entah ke mana,
 Aku mimpi dan terus bermimpi,
 Hanya mengharapkan tuah seperti menang loteri berjuta ringgit,
 Apabila mimpi dikejar,
 Ia semakin sukar dan menyakitkan.


 Akan ku gapai mimpi,
 Mimpi yang mana satu pun tidak pasti,
 Keperitan dan kesengsaraan pasti akan dilalui,
 Mengapa begitu lambat untuk aku sedar dari mimpi,
 Jika tidak mungkin kini lebih mudah untuk ku gapai mimpi.


 Selama ini aku bermimpi dalam halusinasi,
 Seperti pemabuk todi yang hanya pandai bermimpi,
 Bila sudah sedar kembali menyesal dan mengulangi kembali.


Adakah masa untuk aku terus mengejar mimpi ?



jejaka ini sedang mengejar mimpinya untuk memikat hati anak gadis ketua kampung