Mata ini sakit,
hati ini bengang,
Hidung ini terus-menerus menyedut gas yang terkumpul,
Makin lama-lama makin harum baunya,
Ianya bak bunga yang harum segar bagi makhluk kecil tersebut,
Tertariklah segala lipas dan ulat-ulat.
Aku benci,
Mahu sahaja aku lupuskan,
Sebuah bakul yang menjadi tempat perbuangan,
Makin hari makin banyak,
Jarang sekali ia kelihatan kosong,
Kosong itu bersih,
Sekarang bakul yang bergelar tong sampah itu,
Sudah lupus dari pandangan mata,
Tiada lagi sampah, sampah dan sampah
Selamat tinggal sampah :)
p/s : bakul sampah sudah diletakan diluar rumah, automatiknya tiada sampah lagi dalam rumah dan aku harap housemates aku tak bace prosa sampah ni..