Tuesday, July 16, 2013

Harapan di Kota Metropolitan


Ini cuma fiksyen

Bandaraya itu maju dan moden. Bangunan raksasa mencacak-cacak naik. Nyalaan berjuta mentol lampu menjadikan langit cerah. Cukup indah.

Lihat dari dua sisi. Hidup mewah dan hidup susah.

Seorang lelaki tua berbasikal bersiang malam mengayuh pergi ke kota itu. Hidupnya sukar, cuma mengumpul kotak-kotak buangan dari tong sampah. Mencari sesuap nasi untuk malam ini. Moga boleh tidur dibuai mimpi. Mimpi indah.

Dua pemuda bersahabat lama. Seorang kaya dan seorang sudah berkeluarga. Hidup tiada arah sambil memandu kereta Ferrari merah kepunyaan orang tua. Mewah. Malam-malam berpesta. Seorang pemalas dan seorang panas badan. Payah.

Seorang pemuda ini merantau dari Gujerat. Bermimpi mahu jadi bintang filem hindustan. Tidur didalam bilik sewanya yang sempit. Pagi, petang, malam, mencari penumpang teksinya. Duit perlu dikirim ke kampung halaman untuk ibu bapanya. Mukanya persis hero filem hindustan.

Mereka tinggal di kota raya yang sama tanpa saling mengenal. Masing-masing ada hidup sendiri.

Kemudian,

Pemandu teksi

Pemuda pemandu teksi itu diberhentikan kerja gara-gara penat bekerja di kelab malam sebagai penyanyi. Dia menari dan menyanyi. Namun duit gajinya tidak setimpal kerana bosnya yang tidak jujur dan menipu. Dia tidak berwang, tidak berumah. Tidur melihat langit berlapik kotak. Sukar.

Ini adalah sedutan dari filem "City of life".

Tiba-tiba aku teringin mahu bekerja di negara yang terletak di padang pasir. Rasa seronok lain macam.

Thursday, July 11, 2013

Semester Depan


Rumit. Semakin lama semakin menyeksa. Banyak cinta yang terlepas. Mahu habis cepat-cepat.

Bahasa mudah dan metaforanya macam ini.

" Semester depan, ayah dan mak bercadang mahu kahwinkan kamu. Senang sikit hidup tu ".

Jadi banyak benda hendak di fikir dan dijaga. Bukan lagi kasi kenyang perut sendiri-sendiri.

Semestinya bukan semester depan. Tapi mungkin selepas raya tahun depan.

Telinga sudah panas dengan kritikan masyarakat.

Sakit dan menyampah.