Monday, June 6, 2011

Panggilan Telefon Selepas 7 Tahun

Malam itu handsetku menyanyi seperti biasa,
Satu panggilan dari suaranya yang ku tidakpasti,
Dia bersuara seperti sudah berkali-kali bersuara,
Tapi aku belum dapat mengenalpasti siapakah dia,
Siapakah dia ?

“ Dah lupa ke ? “ katanya.
Lantas membuatku serba salah,
Hendak menjawab serba tidak kena,
“Aku ni ….. “ katanya.

“Oh, “ lantas segala memori sekolah rendah segar kembali,
Walaupun sudah hampir 7 tahun jarang bersua,
Namun dia masih mengingatiku dan mencariku,
Ku rasakan seperti di sekolah rendah kembali,
Satu persatu bayangan datang seperti menonton televisyen.

Suaranya begitu bersemangat sekali,
Kini kami jalani jalan yang berbeza-beza,
Ada ke timur dan selatan,
Nescaya kemana jua kapal belajar pastikan akan bertemua jua,

Kini dia sudah dewasa,
Usia kami sama masih awal 20 tahun,
Tanpa belasan tahun lagi,
Sudah boleh bernikah dan mendirikan masjid.

Kedengaran dia bakal sambung belajar lagi,
Maahad Tahfiz Sungai Salai menjadi saksi perjuangnya,
Anak muda yang berjiwa muda,
Jika telingaku tidak salah dengar,
Jordan atau Bangladesh bakal menjadi perhentian seterusnya,
Membawa 15 juzuk Al-Quran di dalam dada.




No comments:

Post a Comment