Ini dah 48 jam berlalu, tapi takpe la, sebab tiada siapa pun yang kisah. Masa perlawanan final Indonesia vs Malaysia, aku tengok dekat rumah jer. Sudahlah main sampai 120 minit, pinggang aku sengal - sengal otot akibat berbaring terlalu lama. Mak aku pulak yang lebih-lebih dan memang mengganggu kosentrasi. Nak- nak bila sepakan penalti. Kecoh jadinya. Aku cuma diam seribu bahasa sambil jari - jari menutup mata. Aku tidak sanggup nak tengok. Semua penalti pemain Malaysia aku tutup mata kecuali penalti terakhir dan juga gol kemenangan Malaysia oleh Baddrol Bakhtiar. Lega...
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Gadis Cantik II
pic from here |
Semalam, aku dapat satu mesej daripada seorang gadis. Sebenarnya bukan semalam tapi adalah dalam minggu lepas. Si gadis cantik yang tidak tahu mana asalnya. Sudah lama memerhati dan terus memerhati. Mukanya putih dan ada gaya. Serius aku tertarik melihat gadis ini. Tidak kusangka gadis cantik ini akan memberikan mesej kepadaku. Apabila mendapat mesejnya, perlahan-lahan aku buka. Tapi sayang mesej tersebut telah tiada. Mesej tersebut telah dibuang olehnya. Rupa-rupa mesej yang ditunggu-tunggu itu adalah virus muka buku.
Lantas, aku teruskan kehidupan seperti biasa untuk terus hidup.
Tuesday, November 8, 2011
Hati Dendam-Berdendam
Masa itu telah tiba akhirnya,
Seluruh jiwa-jiwa yang hidup di sekitar kepulauan ini akan merasa,
Memori luka zaman berzaman pasti akan terbit semula,
Bangkit seluruh jiwa dengan niat dihati untuk membalas dendam.
Mulut mungkin bisa tersenyum,
Tapi dalam hati siapa yang tahu,
Depan-depan kita diam tersimpul malu,
Pusing belakang hati menyumpah dendam.
Ini lumrah bagi setiap jiwa-jiwa sepertiku. Tidak usah terasa jika diperkecilkan kerana kita juga mengecilkan pihak lain. Simpan sahaja dendam itu di hati kerana sekarang waktu itu telah tiba. Jeritlah sekuat-kuatnya didepan kaca televisyen kerana pihak lain tidak akan mendengar dek beribu-ribu juta batu jauhnya. Dan aku harap kali ini tiada episod dendam bakal tercipta.
Tuesday, November 1, 2011
Kita lihat aja nanti
Gadis :
Sebenarnya kita masih bisa terus bersama ya ?
Tapi pasti banyak hati yang terluka,
Buat apa kita bahagia jika banyak yang nangis ?
Kamu ingat nggak kamu pernah bilang :
" Jodoh itu tuhan yang atur. Kita tidak pernah tahu sampai kita hidup dengan seseorang itu "
Pemuda :
Kita lihat aja nanti....
Gadis :
Ya, kita lihat aja nanti...
dari : Filem 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)