Masa pulang ke kampung semalam, aku dengan seorang kawan menaiki kereta api. Dari suatu tempat menuju ke KL Central. Pertama kali naik kereta api, rasa semacam "awkward". Lebih-lebih lagi beli tiket berkatil.
Jam pukul 11.00 malam. Kami pergi ke kafe terletak di gerabak tengah. Pelanggan masa itu kurang. Perjalanan yang panjang menambah lagi kebosanan. Tiba- tiba, muncul dua gadis memesan pesanan dan lantas duduk di meja sebelah. Keadaan yang muram bertambah menarik. Gadis pertama bertudung hitam manakala yang kedua bertudung merah berseluar hijau dan barangkali pembaca setia majalah hijablista mungkin.
pic credit here |
Kami pandang antara satu sama lain dan mengalihkan pandangan. Kami tidak bercakap walau sepatah. Sunyi. Lebih dalam kira-kira 10 minit keadaan seperti itu, cuma diam dan pandang ke arah lain. Aku pandang ke cermin tingkap seolah-olah melihat permandangan luar, padahal tengok bayang-bayang gadis tersebut melalui impikasi pantulan cermin. Serius cantik.
Aku mahu sahaja bertanya, dari mana, belajar dekat mana. Tapi berasa "awkward". Dalam situasi sunyi dan sepi, tiba-tiba kereta api bergegar dalam frekuasi kecil. Sudu yang diletakkan di atas pinggan bergegar lantas mengeluarkan bunyi " ting, ting,ting". Suasana berubah menjadi ceria dan kami semua fokus memandang sudu yang bergetar, tersenyum dan ketawa kecil. Sudu itu dialihkan. Masa yang tepat untuk berkenal-kenalan. Namun keadaan kembali sunyi dalam 5 minit. Lalu, gadis-gadis itu berangkat pergi ke gerabak masing-masing. Perlahan-lahan kelibat mereka hilang dari pandangan.