Beberapa semester yang lepas, di dalam kelas subjek Manufacturing Process kalau tidak silap. Lecture aku ni memang suka menyembang dan bercerita. Beliau pernah bercerita pasal kehidupan semasa belajar kat Germany. Aku pun dah lupa macam mana ceritanya. Lupakan.
Beliau pernah bercerita suatu hari, pergi makan di kedai makanan segera. Dia cakap masa itu ada pelancong dari Germany, lepas siap makan pelancong itu akan bersihkan sisa makanan dan lap meja jadi bersih sikit. Kebiasaanya, aku dengan kawan-kawan makan dekat kedai makan lepas itu pinggan berterabur atas meja dan kalau dekat rumah basuh pinggan pun malas.
Selepas mendengar nasihat daripada lecturer, aku dengan kawan-kawan bila habis makan dekat kedai makan. Ada yang sebut "Germany Style" lepas itu secara automatik kami akan menyusun pinggan kosong dan gelas elok-elok atas meja. Sekarang aku dah jadi macam kebiasaan susun pinggan dan gelas bila lepas makan kat kedai makan. Macam lepas makan mesti nak hisap rokok dan macam itulah contoh mudahnya. Germany style lah nak dikatakan.
Aku pun dah lupa menu apa ini |
Kalau orang Germany itu tidak buat apa yang dibuat itu, aku rasa sampai sekarang aku dan kawan-kawan akan membiarkan sisa makanan atas pinggan yang berselerakan atas meja makan.
ps : Dah lama tak pergi gym, 6 pacs pon dah hilang (padahal tak pernah ada pun)
No comments:
Post a Comment