Selama ini sudah banyak cinta - cinta yang lalu depan mata,
Kadang- kadang cinta datang dekat sangat,
Cinta datang silih berganti,
Tapi aku yang tidak pergi menyahutnya
Cuma sekali - sekala
Kalau boleh aku mahu pergi keliling dunia cari cinta,
Dapat lihat dari jauh sahaja pun sudah cukup,
Bikin hati ini bergetar bahagia.
Aku mahu duduk di majlis cinta,
Majlis penuh dengan barokah,
Majlis taman-taman syurga,
Sambil tersenyum mendengar bait -bait cinta yang keluar dari mulut mereka.
Aku ingin bertemu mereka,
Lantas mencium tangan sebagai tanda hormat dan kasih,
Untuk mendengar nasihat-nasihat cinta.
Tapi,
Aku takut tidak sempat bertemu mereka,
Nangis
pic kredit : here |
Ini gambar Kota Tarim. Berhajat mahu ke sana biarpun cuma dalam mimpi
4 comments:
mcm lagu ungu.... sedap lagu tu
love is cinta bro..
Andai ada rezeki, pasti akan tercapai cita-cita. Tunggu sampai masa dan waktunya. Berdoalah sentiasa. :)
Biar cinta yang datang mencari, jangan kita mencari cinta. Hurmmm. Untuk sesetengah situasi la. :)
Post a Comment