Saturday, December 30, 2017

Kereta Api





Nanti bila dah kahwin, nak ajak isteri jalan-jalan naik kereta api. Dari Kota Bharu ke Johor Bahru. Dari Johor Bahru ke Padang Besar.

Kita sama-sama boleh tengok permandangan cantik. Singgah satu tempat ke satu tempat melawat tempat menarik. Tidur di hotel bajet. Makan di gerai sedap-sedap sambil berpegang tangan berlari-lari kejar kereta api seterusnya.

Aku tak mampu bawa kamu ke Italy. Menaiki sampan mengelilingi Kota Venice seperti dalam filem romantik.

Kita buat filem romantik versi kita sendiri pusing Malaysia naik kereta api. Harap-harap kamu sudi membuang masa naik kereta api.


24 September 2017,03:45 pagi,  Atas kereta api sedang bergerak Jerantut - Kluang


Midnight Coffee


Waktu tengah malam. Waktu macam sekarang. Cuaca sejuk. Kafe yang tak sesak. Sunyi.

Kita duduk dekat satu meja. Duduk bertentangan. We share stories. Lagi best kalau kita still in time to know each other. Before married, I just know your name, family background, education level, hobby, attitude, principle, methodology, etc. I guess that enough.

We married. Then, we sit together and have a coffee like the couple in the picture below. When our love just start to bloom.


13 Julai 2016, 02:06pagi, Jerantut






Aku bukan pangeran yang duduk di istana. Bukan juga anak pembesar dan bangsawan. Aku cuma rakyat biasa.
.
Tetapi aku tetap mahu jadi pengeran seperti dalam sajak dibawah. Dan aku mahu kau jadi puterinya. Biarpun kita bukan anak raja yang lahir di istana.


25 Ogos 2016, 00:41 pagi, Jerantut 



Kenapa rumah you ni banyak sangat buku ?

- Buku-buku ni i kumpul dari sekolah rendah sampai habis universiti

Siapa nak baca ?

- Kitalah baca. After we married. We choose one book. You read first page. i dengar. Then, i read second page. You pulak dengar.

Sampai bila ?

- Sampai lah kita ada anak, ada cucu.


23 feb 2016, 01:32 pagi, Perlis