Saturday, December 30, 2017

Kereta Api





Nanti bila dah kahwin, nak ajak isteri jalan-jalan naik kereta api. Dari Kota Bharu ke Johor Bahru. Dari Johor Bahru ke Padang Besar.

Kita sama-sama boleh tengok permandangan cantik. Singgah satu tempat ke satu tempat melawat tempat menarik. Tidur di hotel bajet. Makan di gerai sedap-sedap sambil berpegang tangan berlari-lari kejar kereta api seterusnya.

Aku tak mampu bawa kamu ke Italy. Menaiki sampan mengelilingi Kota Venice seperti dalam filem romantik.

Kita buat filem romantik versi kita sendiri pusing Malaysia naik kereta api. Harap-harap kamu sudi membuang masa naik kereta api.


24 September 2017,03:45 pagi,  Atas kereta api sedang bergerak Jerantut - Kluang


No comments:

Post a Comment