Setelah 16 tahun menanti akhirnya, Malaysia berjaya muncul johan kejohan dwi tahunan Piala AFF Suzuki tahun 2010.
Selama aku menjadi penyokong Malaysia ni..ni la kemenangan paling berharga dalam hidup aku...dan yg kedua pingat emas sukan sea Laos tu. Dah lame aku nak piala dan akhirya dapat juga..puas hati syial..haha..agak berbaloi ak buat thread pasal piala ni http://wwwsyoksendiri.blogspot.com/2010/11/aff-suzuki-cup-2010.html , http://wwwsyoksendiri.blogspot.com/2010/12/bagai-telur-dihujung-tanduk.html dan http://wwwsyoksendiri.blogspot.com/2010/12/road-to-bukit-jalil-stadium-15-disember.html ..
Kemenangan ini paling significant sebab buat kali pertama ak pergi tgk kat Stadium Bukit Jalil mase separuh akhir..15 Disember 2010..Malaysia 2-0 Vietnam...tq kepada member yg memahami aku yg sudi pergi kuala lumpur bersama-sama.
mase dlm stadium..cuture shock ak dibuatnyer.(kat stadium Kuantan x ramai camni) ...fan malaysia dlm 50ribu dan Vietnam 3 ribu
|
Alang-alang dah masuk final.. memang aku dan member2 yg kepale bola ni..akan turun juga bukit jalil.. nak tengok final ni bukan senang,,maka kami pon pergi la semula ke stadium bukit jalil..
KRONOLOGI KEJADIAN
6.00petang
- Kami tiba di perkarangan stadium bukit jalil dengan menaiki kereta dari Jerantut.3 jam tu..jam jgn ckp la..parking port pon susah nak cari. So, aku dgn member aku yg bernama Aizat (bukan name sebenar) pon pergi la mencari member aku yg bernama Nuex kerana beliau amat diperlukan pada masa tersebut kerana tiket 2 keping kitaorg berada dekat dia yang ditemani oleh Hadi,Ardham dan Tauhid (mereka amat memahami aku kerana sanggup ke KL bersama2)
Antara fan Malaysia yg berada di sekitar stadium
Lepas jumpa,aku ambik la tiket RM 30 tu...dari riak wajah mereka sudah nampak tanda2 sangap nak masuk stadium. So, aku dgn Aizat pergi beli jersey Malaysia warna kuning dulu. Handet aku x habis2 dihujani sms. Time kalut2 camnie aku rembat jer baju size S dan bayar dan bergegas ke pintu masuk berwana merah. Nak cari diaorg tadi memang problem giler..handset x de kredit. Dah la sesak. Last2 jumpe gak setelah dan kitaorg lepak kat tingkat 3..ade seat kosong terus duduk..ade yg berdiri sebab x dpt duduk.
ultras malaya..."untill the last rebel" aku tabik sama lu orang..terbaikk
Maka game pon start, lagu Negaraku dan Indonesia Raya dinyanyikan...fan Indo boleh tahan la ramai dengan geng Jack,Viking dan lain2 turun dari Indonesia termasuk banner Persik. Fanatik giler. Kami duduk agak berhampiran dengan geng2 Indo ni.Yang aku bengang nyer ada mamat2 belakang aku ni kutuk player sendiri bila buat mistake.Mase tu game 0-0 lagi...mood kitaorang datang dari jauh ni masih risau takut kena lagi 5-1..memenang aku bengang. Kitaorang memang saiko habis2 la player lawan dan aku dengan automatiknya menunjuk isyarat tangan dengan maki hamun. Dengan match tangguh 10minit pasal laser la,,,itu la...Nasib baik menang mlm tu, memang berbaloi giker la pergi stadium..mercun bunga api jangan nak cakap la..meletop2. Yang best nyer fan Malaysia ramai2 bersorak "Balik..Balik" kepada fan lawan yang meninggalkan stadium lebih awal.Yang aku agak disappointed ade 2 botol terbang dari angkasa masuk ke tempat penonton lawan dan ni memang nggak supportif.
x sangka boleh makan 3-0...
tiket bola..akan ku liminate buat penanda buku..baru semangat belajar.
Puas hati pergi stadium..berbaloi-baloi tiket RM30.. dan lebih manis apabila Malaysia muncul juara..
So, cuti sem dah nak abis.maka kembalilah ke dunia asal dimana menjadi seorang mahasiswa bertemankan assignment dan bersedia utk berangkat ke UniMAP..misi untuk dapat pointer tinggi sem 4 ni...Malaysia menang bertambah semangat nak belajar..semangat Harimau kian membara..hhaha