Saturday, October 22, 2011

Ombak Kuning Hitam dan Hitam Putih Yang Mengghairahkan



gambar diambil dari N9 Futbol dan Harimau Malaya



Rindu, rindu dan rindu. Tadi rindu makin menjadi-jadi. Tapi tidak sesuai pada tempat dan masanya. Seketika tadi, aku dan teman menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen. Negeri Sembilan menentang T-Team dan Terengganu menentang Selangor. Ku lihat melalui kaca televisyen, lautan manusia memenuhi segenap lapis permukaan di stadium itu. Suasana itu cukup mengghairahkan. Bunyi bising serta pekikan penonton bisa membuat bulu roma ini menggigil.


gambar diambil dari Terengganu FC


           Kadang-kadang aku terbayang bahawa pasukan yang bermain itu merupakan pasukan Pahang.Tapi itu cuma bayangan serta lamunan yang tiada henti. Cuma sedih melanda diri. Sebuah hakikat mesti aku terima bahawa pasukan Pahang tidak kuat. Tidak kuat dan tidak kuat.

10 comments:

Izyan Masri said...

OKAY FINE.TERENGGANU MAKIN TERELJELES GILA T_T

hanaahmad said...

asalkan ada orang kuat di belakang Pahang seperti kamu, ia sudah memadai buat mereka. :)

Asyila Zainuddin said...

oh, tak minat! lol :p

Arai Lekir said...

izyan : Terengganu memang kuat..serius..main short pass mcm barca..

Arai Lekir said...

hana : saya tetap akan setia bersama buah hati ini buat selamaya :)

Arai Lekir said...

asyila : rugi la camtu, baru nk ajak tengok bola kat stdium same2 :p

teha said...

kesian phg.. hehe

ADEEYA said...

Peteh Terenganu Peteh. Hobin jang hobin. Hihi *tktau nak sokong mana.

semutsengal said...

oh,

yang diatas, pasti akan merasa dibawah. Dan, yang dibawah insyaAllah naik keatas. Cuma masanya belum pasti.

Anonymous said...

suke ashari jadi suke tganu. hoho

Post a Comment