Wednesday, June 27, 2012

Lambat-laun 1


Aku takut lambat-laun rindu ini akan hilang. Biasanya sebelum ini, rindu macam ini memang tidak akan lama bertahan sebab terlalu rapuh. Macam titi kayu usang kalau dicuba pijak pasti patah, jatuh dan hancur. Aku sayang betul rindu ini dan tidak mahu ia rapuh dan hancur macam yang lepas-lepas.


Ramai kawan-kawan kata aku ini beruntung. " Muda-muda lagi dah dapat ". Aku tidak rancang semua ini sebab benda sudah nak jadi. Jadi aku hanya mengangguk senyum.


link


Bercakap balik soal rindu, pabila melihat jam di dinding pukul 12.40 tengahari dan jam tangan yang baru dibeli pukul 7.40 pagi. Rasa semacam. Aku cuma pejam mata dan cuba berimiginasi berjalan pergi ke sana dan ulang perkara yang sama serta melihat gadis itu sekali lagi. Rindu ini mahal walaupun cincin itu sudah patah gara-gara sering bertukar-tukar jari.


Kadang-kala keseronokan dunia buat aku lupa dan tanpa sedar rindu ini akan hilang perlahan-lahan. Yang aku mampu cuma bangkit melawan. Hari demi hari dugaan makin kuat dan aku takut rindu ini dikhianati oleh kebodohan diri sendiri. Mujur saat ini rindu ini masih ada. Lega untuk seketika.





Tuesday, June 12, 2012

Bahasa


Lepas selesai solat Isyak, tiba-tiba ada seorang pemuda (mungkin umur muda sikit daripada aku) duduk bersandar di tiang masjid. Dan berlaku dialog seperti berikut :

 " Assalamualaikum "

 - " Waalaikummussalam "

   Bangladesh ?

   - Malaysia. Anta ( sambil menunjuk jari ke arahnya, nak cakap Arab tak reti ) ?

    Gaza, Palestin

  - Oh, Palestin ( angguk-angguk kepala )

Tiba - tiba datang seorang kawanya yang berumur mungkin dalam 30an.

   Are you speak Arab ?

  - No

  In Malaysia they speak English ?

  - Yes

Tiba - tiba, pakcik aku panggil dan aku bersalam dengan mereka. Lantas berlalu pergi. Kini aku menyesal, tidak ambik mata pelajaran Bahasa Arab masa PMR dan SPM. Jika tidak mungkin  boleh berbual dengan lebih mesra bersama orang dari Palestin dan macam-macam soalan aku nak tanya. English pon tunggang langgang. Rasa nak belajar Bahasa Arab lepas ini. Gadis Arab pun boleh tahan jugak cantik-cantik.Haha.