Wednesday, June 27, 2012

Lambat-laun 1


Aku takut lambat-laun rindu ini akan hilang. Biasanya sebelum ini, rindu macam ini memang tidak akan lama bertahan sebab terlalu rapuh. Macam titi kayu usang kalau dicuba pijak pasti patah, jatuh dan hancur. Aku sayang betul rindu ini dan tidak mahu ia rapuh dan hancur macam yang lepas-lepas.


Ramai kawan-kawan kata aku ini beruntung. " Muda-muda lagi dah dapat ". Aku tidak rancang semua ini sebab benda sudah nak jadi. Jadi aku hanya mengangguk senyum.


link


Bercakap balik soal rindu, pabila melihat jam di dinding pukul 12.40 tengahari dan jam tangan yang baru dibeli pukul 7.40 pagi. Rasa semacam. Aku cuma pejam mata dan cuba berimiginasi berjalan pergi ke sana dan ulang perkara yang sama serta melihat gadis itu sekali lagi. Rindu ini mahal walaupun cincin itu sudah patah gara-gara sering bertukar-tukar jari.


Kadang-kala keseronokan dunia buat aku lupa dan tanpa sedar rindu ini akan hilang perlahan-lahan. Yang aku mampu cuma bangkit melawan. Hari demi hari dugaan makin kuat dan aku takut rindu ini dikhianati oleh kebodohan diri sendiri. Mujur saat ini rindu ini masih ada. Lega untuk seketika.





5 comments:

the typewritor said...

aku pon manusia jenis ini.,rindu senang beralih arah

Arai Lekir said...

typewritor : samalah kita tp rindu aku kali ini bukan pada manusia tapi pada suasana dan keadaan

Asyiqin Haulisah said...

kejap kenapa masa itu lain. aku tak fhm di situ.

ஜ miss klanika ஜ said...

memang inginkan rindu itu slalu ada ?

Arai Lekir said...

asyiqin : zon waktu

miss klanika : ya

Post a Comment