Wednesday, July 11, 2012

Memasak


Dalam banyak-banyak kawan aku, boleh rasa berapa kerat jer yang pandai memasak. Mungkin tinggal di kolej kediaman yang peraturan menyatakan tidak boleh bawa dapur serta dekat dengan kedai makan. Tapi ada juga yang masak sendiri tapi yang simple mimple celah gigi seperti nasi goreng , nasi goreng dan nasi goreng. Kalau masak maggie tu dalam hot cup tu tak payahlah cerita dekat sini.


Ini aku jumpa kat facebook. Ada gadis yang post.


Sebulan yang lepas, aku ada buat perancangan nak memasak dekat rumah. Masak nasi sudah expert. Tapi kalau keras atau lembik, tidak kisah sangat pun, makan jer janji nasi dah masak. Sampai sekarang perancangan memasak di rumah masih belum terlaksana. Sejak kebelakangan ni, mak aku selalu tengok rancangan Master Chef dan aku turut terpengaruh sama. Bila tengok lelaki masak rasa cool super power.




Ada satu lagi rancangan memasak kat Astro 702 Diva Universal iaitu "Hot Guys Who Cook" setiap hari Isnin jam 10.30 malam. Ini macam interesting sikit daripada rancangan memasak biasa. " Who doesn't love a man who cook ?" - tajuk majalah Cosmopolitan Singapore. Aku tidak pernah beli langsung buku orang perempuan macam ini dan hanya terjumpa masa tengah online ini. Harap jangan salah faham.haha. Guys yang masak tu boleh tahan la muka macam model tapi lebih kurang macam aku jugak lah.haha. Maklumat lanjut klik sini dan sini jugak salah sorang daripada mereka.


Ini iklan rancangan tu. Rasa nak belajar memasaklah baru hot sikit, baru bakal mak mertua terpikat,haha. Puasa pun sudah nanti dekat, bolehlah rajin-rajin tolong emak buat kebajikan sikit memasak dekat dapur untuk bersahur dan berbuka. Nanti kalau aku dah pandai masak aku post kat sini. Habis.

3 comments:

Unknown said...

ohyeah! go for it redza minhat! soo hensum!

n u r e e c h a said...

tahu tahu beberapa tahun akan datang
tauke belog ni muncul dalam tv (masakan) .

#Eh

Arai Lekir said...

nur : amboi2

nureecha : moga-moga..haha

Post a Comment