Friday, July 20, 2012

Bangkit


Dalam masa enam tahun, malam semalam malam yang paling menakjubkan.

Tidak sangka ramai lagi yang mempunyai ideologi dan minat yang sama dengan aku.

Benar-benar mantap.

Tatkala aku sudah cuak serta menggigil membatu berfikir soal kekalahan yang mungkin tiba,

Mereka terus semangat meniup semangat pemain dan penonton.

Jiwa mereka kental.

Tatkala aku tidak sanggup mahu menonton lagi.

Setelah melalui tekanan mental sewaktu sepakan penalti,

Akhirnya kami menang dalam perlawanan yang penuh emosi bersaksikan air hujan mencurah - curah dari langit.

Syukur

Kami kembali ke Liga Super 2013

Tuesday, July 17, 2012

Setapak lagi


Aku tidak berharap sangat. Takut nanti menangis kecewa. Hendak memaki apabila gagal ibarat meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Marah - marah tapi apabila berjaya disayang dan dipuji jua.

Lega dan kini tinggal setapak sahaja lagi. Seksa penantian selama setahun memeritkan. Jika gagal kali ini mungkin ada rezeki pada tahun 2014. Itu pun jika berjaya jika tidak mungkin 3 atau 4 tahun lagi dan lagi.

Aku tengok sebuah kelab pasukan bola sepak di German iaitu Fortuna Düsseldorf mereka tunggu selama 15 tahun. Patutlah berpesta sakan berlari masuk berpuluh ribu ke dalam padang untuk meraikan kemenangan.

Mereka bukan menang piala tapi naik pangkat dalam liga


Menjadi peminat sebuah pasukan bola sepak ini banyak bermain dengan perasaan dan lebih-lebih lagi jika pasukan tersebut bukanlah sehebat pasukan Barcelona dan sekaya Manchester City. Tapi aku lahir di sini dan
menyokong pasukan ini boleh buat aku gembira. Tidak kisah apa warna kulit dan ideologi politik yang penting apabila bersama di stadium, menjadikan kami lebih kuat untuk menyokong biarpun saban tahun dipalit kekecewaan. We share in pain.



Friday, July 13, 2012

Masa Depan


Malam itu, aku mendongak ke langit dan melihat bintang mahupun bulan. Serta merta datang pula kawan aku sorang ni.

Kau tengok benda tu ?

 - Merenung masa depan

Mesti kau nampak gelap je kan ?

 - ........... (bisu tiada jawapan)

Wednesday, July 11, 2012

Memasak


Dalam banyak-banyak kawan aku, boleh rasa berapa kerat jer yang pandai memasak. Mungkin tinggal di kolej kediaman yang peraturan menyatakan tidak boleh bawa dapur serta dekat dengan kedai makan. Tapi ada juga yang masak sendiri tapi yang simple mimple celah gigi seperti nasi goreng , nasi goreng dan nasi goreng. Kalau masak maggie tu dalam hot cup tu tak payahlah cerita dekat sini.


Ini aku jumpa kat facebook. Ada gadis yang post.


Sebulan yang lepas, aku ada buat perancangan nak memasak dekat rumah. Masak nasi sudah expert. Tapi kalau keras atau lembik, tidak kisah sangat pun, makan jer janji nasi dah masak. Sampai sekarang perancangan memasak di rumah masih belum terlaksana. Sejak kebelakangan ni, mak aku selalu tengok rancangan Master Chef dan aku turut terpengaruh sama. Bila tengok lelaki masak rasa cool super power.




Ada satu lagi rancangan memasak kat Astro 702 Diva Universal iaitu "Hot Guys Who Cook" setiap hari Isnin jam 10.30 malam. Ini macam interesting sikit daripada rancangan memasak biasa. " Who doesn't love a man who cook ?" - tajuk majalah Cosmopolitan Singapore. Aku tidak pernah beli langsung buku orang perempuan macam ini dan hanya terjumpa masa tengah online ini. Harap jangan salah faham.haha. Guys yang masak tu boleh tahan la muka macam model tapi lebih kurang macam aku jugak lah.haha. Maklumat lanjut klik sini dan sini jugak salah sorang daripada mereka.


Ini iklan rancangan tu. Rasa nak belajar memasaklah baru hot sikit, baru bakal mak mertua terpikat,haha. Puasa pun sudah nanti dekat, bolehlah rajin-rajin tolong emak buat kebajikan sikit memasak dekat dapur untuk bersahur dan berbuka. Nanti kalau aku dah pandai masak aku post kat sini. Habis.

Monday, July 9, 2012

Lautan Darah


Jika merentasi lautan ini barangkali akan sampai di Mesir



Ini merupakan Laut Merah dan juga digelar lautan darah orang kebanyakan orang tempatan disini. Apa yang kita tahu dimana kisah Nabi Musa a.s membelah laut dengan tongkatnya apabila dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya.


 وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
“Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.” [Al-Baqarah:50]

Tafsir : Kaum Yahudi diperingatkan lagi agar mengenang nikmat Allah terhadap nenek moyang mereka: ‘Dan (ingatlah) tatkala Kami (Allah) belahkan lautan untuk kamu, lalu Kami (Allah) selamatkan kamu dan Kami (Allah) tenggelamkan pengikut Fir’awn, padahal kamu sendiri menyaksikannya.’ Allah berkuasa melakukan yang di luar tabii, membelahkan lautan demi menyelamatkan kamu. Kamu sendiri melihat kehancuran kaum yang derhaka. Apakah kamu tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran? 
  
Nabi Musa bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga mereka sampai di Laut Merah. Dengan kuasa Allah, laut itu terbelah dan mereka dapat melintasinya. Namun, Firaun dan tenteranya yang sudah mengamuk mengejar mereka dari belakang, tetapi mereka semua mati ditenggelamkan laut.


 Nak tahu lebih lanjut tekan sini , sini atau google sendiri.

Monday, July 2, 2012

Pisang goreng dan facebook


Aku ambik dua pisang goreng sambil berfacebook

Ngap...ngap ( bunyi kerapuhan pisang goreng )

Menengok status manusia - manusia di facebook

Tangan mencari pisang goreng sebutir lagi

Hilang

Kemungkinan besar sudah berada di dalam perut

Habis


 ps : Baca doa sebelum makan



اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.

DOA  (Sekiranya terlupa baca bismillah)
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلِهِ وآخِرِهِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang memulai segalanya dan mengakhiri segalanya

 


Doa selepas makan :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

sumber : sini