Saturday, December 8, 2012

Nak Tunggu Bila Lagi ?


Masa pasti akan sentiasa bergerak hari demi hari. Setiap pagi, tengah hari, petang dan malam, mereka ada di sana. Yang pasti, mereka semua bakal meninggalkan tempat ini. Normal hidup di universiti. Habis belajar bertahun-tahun, akan  bergraduasi dan bakal pergi.

Aku harap akan muncul sebanyak mungkin pemuda untuk menyambung dan meneruskan kerja dan misi gembira ini setelah mereka pergi kelak.

Aku harus beruntung sebenarnya, sebab dekat sini "bulatan gembira" agak kuat dan erat. Mereka tidak jemu tidak bosan mengajak mahasiswa dan aku untuk turut serta dalam bulatan gembira.

Bulatan gembira bisa buat hati ini rasa seronok.

Aku mesti belajar sebanyak mungkin dari "bulatan gembira" ini untuk bekalan masa hadapan.

Dan,

Sebenarnya aku takut apabila suatu hari nanti orang-orang akan mengharapkan aku, tatkala jasad ini tampak bersedia, namun hakikatnya masih kosong  dan belum bersedia. 

Alasan apa yang aku nak bagi pada orang-orang itu nanti ?

Cuma boleh menggaru-garu kepala yang tidak gatal dan melihat ke lantai berpura-pura mencari kuman ?

Ah ! Ini tidak boleh jadi. Ini sungguh mengecewakan. Oh please !

Mohon segera bangkit.

kredit sini

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

                                                                                                                    - Lagu Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam

Friday, October 26, 2012

Pandang Dan Hilang


Masa pulang ke kampung semalam, aku dengan seorang kawan menaiki kereta api. Dari suatu tempat menuju ke KL Central. Pertama kali naik kereta api, rasa semacam "awkward". Lebih-lebih lagi beli tiket berkatil.

Jam pukul 11.00 malam. Kami pergi ke kafe terletak di gerabak tengah. Pelanggan masa itu kurang. Perjalanan yang panjang menambah lagi kebosanan. Tiba- tiba, muncul dua gadis  memesan pesanan dan lantas duduk di meja sebelah. Keadaan yang muram bertambah menarik. Gadis pertama bertudung hitam manakala yang kedua bertudung merah berseluar hijau dan barangkali pembaca setia majalah hijablista mungkin.


pic credit here


Kami pandang antara satu sama lain dan mengalihkan pandangan. Kami tidak bercakap walau sepatah. Sunyi. Lebih dalam kira-kira 10 minit keadaan seperti itu, cuma diam dan pandang ke arah lain. Aku pandang ke cermin tingkap seolah-olah melihat permandangan luar, padahal tengok bayang-bayang gadis tersebut melalui  impikasi pantulan cermin. Serius cantik.

Aku mahu sahaja bertanya, dari mana, belajar dekat mana. Tapi berasa "awkward". Dalam situasi sunyi dan sepi, tiba-tiba kereta api bergegar dalam frekuasi kecil. Sudu yang diletakkan di atas pinggan bergegar lantas mengeluarkan bunyi " ting, ting,ting". Suasana berubah menjadi ceria dan  kami semua fokus memandang sudu yang bergetar, tersenyum dan ketawa kecil. Sudu itu dialihkan. Masa yang tepat untuk berkenal-kenalan. Namun keadaan kembali sunyi dalam 5 minit. Lalu, gadis-gadis itu berangkat pergi ke gerabak masing-masing. Perlahan-lahan kelibat mereka hilang dari pandangan.

Wednesday, October 17, 2012

Bajet Malaysia 2013 : Sungai Klang - "River of Life"

Mari kita bercerita cerita menarik dalam bajet Malaysia 2013

Di Korea, projek Cheonggyecheon bernilai RM 470 juta.

Sebelum (contoh keadaan sebelum projek) :



Selepas :








Sementara itu di Malaysia, projek "River of Live" yang bernilai RM 500 juta. Dijangka siap Oktober 2013.

Sungai Klang sekarang 18 Oktober 2012 mungkin :


                          

Layari : http://www.riveroflife.com.my/


Apa akan jadi dengan Sungai Klang ini nanti ? Menarik untuk disaksikan pada Oktober 2013.

Wednesday, October 10, 2012

Mudah Merancang



nak beli kat sini


Setelah aku kira-kira menggunakan kalkulator. Perancangan ini masih logik dan masuk akal. Perancangan yang dirancang menggunakan pen, kertas dan kalkulator. Perancangan untuk masa hadapan.

Sem 1 : 3.8
Sem 2 : 3.9
Sem 3 : 3.5
Sem 4 : 3.6
Sem 5 : 3.7
Sem 6 : 3.7
Sem 7 : 3.6
Sem 8 : 3.6 

PNGK : 3.68

Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Mudah bukan merancang ?

Selamat tinggal hutang PTPTN bernilai RM 18 000. Silap hari bulan dapat biasiswa buat master dekat overseas.

Ini cuma perancangan. Bukan ini hanya harapan. Bukan ini hanya cita-cita. Bukan ini hanya sembang kosong. Bukan ini cuma angan - angan. Bukan ini cuma mimpi. Bukan ini cuma mainan tidur ?

Cakap memang senang. Hutang PTPTN sudah RM 18 000. Belum kira kos kahwin lagi nanti.

Ini masih logik dan releven sebab ada manusia yang pernah dapat result macam ini.

Tapi bila fikir semula, ini cuma ibarat angan-angan mat jenin. Tapi, masih ada peluang untuk menentukan perancangan ini adalah kenyataan atau cuma mimpi indah angan kosong.


Saturday, October 6, 2012

Lihat dan Ikut


Beberapa semester yang lepas, di dalam kelas subjek Manufacturing Process kalau tidak silap. Lecture aku ni memang suka menyembang dan bercerita. Beliau pernah bercerita pasal kehidupan semasa belajar kat Germany. Aku pun dah lupa macam mana ceritanya. Lupakan.

Beliau pernah bercerita suatu hari, pergi makan di kedai makanan segera. Dia cakap masa itu ada pelancong dari Germany, lepas siap makan pelancong itu akan bersihkan sisa makanan dan lap meja jadi bersih sikit. Kebiasaanya, aku dengan kawan-kawan makan dekat kedai makan lepas itu pinggan berterabur atas meja dan kalau dekat rumah basuh pinggan pun malas.

Selepas mendengar nasihat daripada lecturer, aku dengan kawan-kawan bila habis makan dekat kedai makan. Ada yang sebut "Germany Style" lepas itu secara automatik kami akan menyusun pinggan kosong dan gelas elok-elok atas meja. Sekarang aku dah jadi macam kebiasaan susun pinggan dan gelas bila lepas makan kat kedai makan. Macam lepas makan mesti nak hisap rokok dan macam itulah contoh mudahnya. Germany style lah nak dikatakan.

Aku pun dah lupa menu apa ini


Kalau orang Germany itu tidak buat apa yang dibuat itu, aku rasa sampai sekarang aku dan kawan-kawan akan membiarkan sisa makanan atas pinggan yang berselerakan atas meja makan.

ps : Dah lama tak pergi gym, 6 pacs pon dah hilang (padahal tak pernah ada pun)

Friday, September 14, 2012

Masa Depan II


Tawar hati dengan yang jauh. Mengharap yang dekat. Umur pun makin meningkat, tidak larat pergi jauh-jauh.

Tidak bahagia dengan yang jauh. Mahu yang dekat.

Jika yang dekat menolak, mungkin buat jalan baru.

Bila fikir masak-masak, jalan yang baru ini risikonya tinggi.


Mahu kembali kepada yang jauh tapi tidak bahagia atau jalan baru yang berisiko tinggi tapi bahagia ?


pic from here


Sejak beberapa menjak ni, aku selalu kira-kira dengan umur berangka 21 yang makin meningkat.

Wednesday, September 5, 2012

Live Streaming bersama Artis Penyanyi Perempuan


Selepas masak nasi goreng yang tak berapa nak sedap. Nasi hangus. Aku online dan tiba-tiba teringat ada star chat dengan artis malam ni. So, aku pun buat muka tak malu dan tanya soalan. Dulu aku selalu jumpa gadis ni kat universiti. Tapi kalau nak bertegur berkenalan tu memang takkan buat punya lah. Nak sahaja cakap face to face dengan dia macam ini : " Hai, saya suka la awak menyanyi ". Jangan haraplah. Aku ni pemalu sikit. Haha.

Dalam 4 soalan aku hantar satu soalan sahaja dia jawab.

 Aku : Awak suka masak lauk apa ?

 Gadis tersebut : Ayam Merah


Gadis yang tak reti masak sila masuk blog ini 


Ok, aku puas hati dia menjawab pertanyaan yang diberikan. Ok,habis cerita pasal artis. Beberapa hari lepas, aku ada masak lauk ayam merah. Tapi tak sedap, tawar dan pedas. Buat penat jer berketuk lesung batu bagi nak hancur cili kering. Fail.


 Beberapa hari ni aku selalu fikir pasal hala tuju hidup untuk 3-4 tahun akan datang yang masih misteri sehingga kini.

Saturday, August 25, 2012

Langit


Beberapa bulan lepas, aku pergi ke luar negara.

Aku tengok dan lihat budaya dan cara hidup mereka.



Kadang - kadang berharap bila bangun tidur masa solat subuh terasa digigit sejuk salji turun dari langit.

Membaca surat khabar bertulis bahasa asing

Hari - hari mungkin makan daging, ikan dan sayur

Berkejar ke pejabat menaiki kereta api laju bawah tanah.

Petang - petang bawa anak-anak berambut perang bermata biru pergi bersiar dekat Rose Garden.

Hujung minggu pergi stadium menonton bola sepak bersama ultras.

Bersama-sama menyanyi berserta puluhan flare berkepul -kepul asap ke udara.

Friday, August 17, 2012

Pergi Memburu


Hari tu ada kawan aku ajak aku pergi memburu. Aku malas nak berjanji sebab takut tak bangun nanti. Kasihan pula dekat dia pergi seorang diri. Tapi tiada apa sebab dia dah besar dan tiada apa yang nak ditakutkan.

Ada kertas hari itu tulis pasal aktiviti memburu ni. Sebelum raya dibuat lima kali. Aku tak pernah lagi pergi. Mata aku ini susah nak tutup.



Pakcik tu ada cakap dan lebih kurang macam inilah " Peluru mesti ada. Tembak kena tepat ". Berkata dengan penuh bersemangat.

Malam ini last memburu. Aku berharap dapat berturut serta mengangkat senjata untuk memburu. Harap-harap malam ini court futsal penuh. Sekurang-kurangnya pernah juga sekali dalam hidup memburu. Esok lusa dah nak raya.

Saturday, August 11, 2012

Perempuan Yang Aku Tak Faham

Tulisan  kali ini pelik sikit dan agak emosional sikit.

Ini bukan cerita tapi realiti tapi jangan percaya sangat. Siapa pernah tengok rancangan Take Me Out versi China. Sila google sendiri.

Dalam banyak-banyak perempuan, dia yang paling jual mahal. Aku tidak faham citarasa dia macam mana. Kalau tidak salah sudah berpuluh lelaki datang mencuba nasib tapi dia menolak. Ada lelaki yang boleh tahan kacak, kaya dan berwawasan.

Perempuan itu cantik dan nampak bijak. Pandai berfesyen dan pernah tinggal serta belajar di luar negara selama tujuh tahun. Dia ada keyakinan diri yang tinggi. Dari matanya dia nampak jujur dan seorang perempuan yang baik. Aku selalu bertanya " Dia ni minat lelaki macam mana ? ". Perempuan ini kadang-kadang nampak macam kerek dan sombong. Bilalah lelaki yang bertuah itu akan muncul ?

Petang tadi, aku tengok rancangan Take Me Out. Ada seorang lelaki datang mencuba nasib. Lelaki itu tidaklah kaya macam peserta sebelum ini. Mukanya boleh tahan. Dia bekerja sebagai petani dan penjual sayur di pasar untuk menyara keluarga. Tidaklah kaya mana pun. Dalam 24 perempuan cantik dalam rancangan itu, satu persatu menutup lampu masing-masing sebagai simbol menolak lelaki tersebut. Makin lama makin sikit. Last sekali tinggal dua perempuan cantik bernombor 21 dan perempuan yang aku maksudkan tu.

Lelaki tadi hanya boleh memilih seorang perempuan sahaja. Tiba aku perasan, " Aik, ini aku rasa kali pertama perempuan itu (merujuk kepada perempuan yang aku maksudkan dalam perenggan satu dan dua diatas ini ) promote dan rela hati nak jadi isteri lelaki tersebut. Ini menarik.

Lelaki penjual sayur itu, sebelum bermula rancangan telah memilih seorang perempuan yang dia minat iaitu perempuan nombor 21. Tidak sangka pulak perempuan nombor 21 itu juga minat juga dekat lelaki tu. Kini lelaki tersebut terpaksa memilih salah seorang diantara perempuan nombor 21 atau perempuan cantik yang aku ceritakan panjang-panjang kat atas tadi.

Lelaki tersebut bertanya satu soalan. "  Awak sudi ikut dan tinggal bersama saya di kampung serta jual sayur bersama ?

Perempuan 21 : Saya sudah ada kerja tetap di bandar dan sukar untuk berpindah. Tapi saya akan menolong dia menjual sayur selepas waktu kerja.

Perempuan yang aku cerita panjang-panjang dekat atas : Jarak diantara kampung dia tidak jauh. Lagipun, seorang isteri mesti menyokong suami.

Akhir sekali lelaki penjual sayur tadi memilih peserta nombor 21 dan meninggalkan perempuan yang aku cerita panjang lebar tadi.

Perempuan yang aku cerita panjang lebar itu ikhlas serta jujur dan tidak seperti perempuan lain. Aku harap suatu hari nanti, dia akan berkahwin bersama lelaki yang dia cintai dan mempunyai anak yang comel.

 Habis sudah cerita yang tidak berapa menarik ni.

Friday, July 20, 2012

Bangkit


Dalam masa enam tahun, malam semalam malam yang paling menakjubkan.

Tidak sangka ramai lagi yang mempunyai ideologi dan minat yang sama dengan aku.

Benar-benar mantap.

Tatkala aku sudah cuak serta menggigil membatu berfikir soal kekalahan yang mungkin tiba,

Mereka terus semangat meniup semangat pemain dan penonton.

Jiwa mereka kental.

Tatkala aku tidak sanggup mahu menonton lagi.

Setelah melalui tekanan mental sewaktu sepakan penalti,

Akhirnya kami menang dalam perlawanan yang penuh emosi bersaksikan air hujan mencurah - curah dari langit.

Syukur

Kami kembali ke Liga Super 2013

Tuesday, July 17, 2012

Setapak lagi


Aku tidak berharap sangat. Takut nanti menangis kecewa. Hendak memaki apabila gagal ibarat meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Marah - marah tapi apabila berjaya disayang dan dipuji jua.

Lega dan kini tinggal setapak sahaja lagi. Seksa penantian selama setahun memeritkan. Jika gagal kali ini mungkin ada rezeki pada tahun 2014. Itu pun jika berjaya jika tidak mungkin 3 atau 4 tahun lagi dan lagi.

Aku tengok sebuah kelab pasukan bola sepak di German iaitu Fortuna Düsseldorf mereka tunggu selama 15 tahun. Patutlah berpesta sakan berlari masuk berpuluh ribu ke dalam padang untuk meraikan kemenangan.

Mereka bukan menang piala tapi naik pangkat dalam liga


Menjadi peminat sebuah pasukan bola sepak ini banyak bermain dengan perasaan dan lebih-lebih lagi jika pasukan tersebut bukanlah sehebat pasukan Barcelona dan sekaya Manchester City. Tapi aku lahir di sini dan
menyokong pasukan ini boleh buat aku gembira. Tidak kisah apa warna kulit dan ideologi politik yang penting apabila bersama di stadium, menjadikan kami lebih kuat untuk menyokong biarpun saban tahun dipalit kekecewaan. We share in pain.



Friday, July 13, 2012

Masa Depan


Malam itu, aku mendongak ke langit dan melihat bintang mahupun bulan. Serta merta datang pula kawan aku sorang ni.

Kau tengok benda tu ?

 - Merenung masa depan

Mesti kau nampak gelap je kan ?

 - ........... (bisu tiada jawapan)

Wednesday, July 11, 2012

Memasak


Dalam banyak-banyak kawan aku, boleh rasa berapa kerat jer yang pandai memasak. Mungkin tinggal di kolej kediaman yang peraturan menyatakan tidak boleh bawa dapur serta dekat dengan kedai makan. Tapi ada juga yang masak sendiri tapi yang simple mimple celah gigi seperti nasi goreng , nasi goreng dan nasi goreng. Kalau masak maggie tu dalam hot cup tu tak payahlah cerita dekat sini.


Ini aku jumpa kat facebook. Ada gadis yang post.


Sebulan yang lepas, aku ada buat perancangan nak memasak dekat rumah. Masak nasi sudah expert. Tapi kalau keras atau lembik, tidak kisah sangat pun, makan jer janji nasi dah masak. Sampai sekarang perancangan memasak di rumah masih belum terlaksana. Sejak kebelakangan ni, mak aku selalu tengok rancangan Master Chef dan aku turut terpengaruh sama. Bila tengok lelaki masak rasa cool super power.




Ada satu lagi rancangan memasak kat Astro 702 Diva Universal iaitu "Hot Guys Who Cook" setiap hari Isnin jam 10.30 malam. Ini macam interesting sikit daripada rancangan memasak biasa. " Who doesn't love a man who cook ?" - tajuk majalah Cosmopolitan Singapore. Aku tidak pernah beli langsung buku orang perempuan macam ini dan hanya terjumpa masa tengah online ini. Harap jangan salah faham.haha. Guys yang masak tu boleh tahan la muka macam model tapi lebih kurang macam aku jugak lah.haha. Maklumat lanjut klik sini dan sini jugak salah sorang daripada mereka.


Ini iklan rancangan tu. Rasa nak belajar memasaklah baru hot sikit, baru bakal mak mertua terpikat,haha. Puasa pun sudah nanti dekat, bolehlah rajin-rajin tolong emak buat kebajikan sikit memasak dekat dapur untuk bersahur dan berbuka. Nanti kalau aku dah pandai masak aku post kat sini. Habis.

Monday, July 9, 2012

Lautan Darah


Jika merentasi lautan ini barangkali akan sampai di Mesir



Ini merupakan Laut Merah dan juga digelar lautan darah orang kebanyakan orang tempatan disini. Apa yang kita tahu dimana kisah Nabi Musa a.s membelah laut dengan tongkatnya apabila dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya.


 وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
“Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.” [Al-Baqarah:50]

Tafsir : Kaum Yahudi diperingatkan lagi agar mengenang nikmat Allah terhadap nenek moyang mereka: ‘Dan (ingatlah) tatkala Kami (Allah) belahkan lautan untuk kamu, lalu Kami (Allah) selamatkan kamu dan Kami (Allah) tenggelamkan pengikut Fir’awn, padahal kamu sendiri menyaksikannya.’ Allah berkuasa melakukan yang di luar tabii, membelahkan lautan demi menyelamatkan kamu. Kamu sendiri melihat kehancuran kaum yang derhaka. Apakah kamu tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran? 
  
Nabi Musa bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga mereka sampai di Laut Merah. Dengan kuasa Allah, laut itu terbelah dan mereka dapat melintasinya. Namun, Firaun dan tenteranya yang sudah mengamuk mengejar mereka dari belakang, tetapi mereka semua mati ditenggelamkan laut.


 Nak tahu lebih lanjut tekan sini , sini atau google sendiri.

Monday, July 2, 2012

Pisang goreng dan facebook


Aku ambik dua pisang goreng sambil berfacebook

Ngap...ngap ( bunyi kerapuhan pisang goreng )

Menengok status manusia - manusia di facebook

Tangan mencari pisang goreng sebutir lagi

Hilang

Kemungkinan besar sudah berada di dalam perut

Habis


 ps : Baca doa sebelum makan



اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.

DOA  (Sekiranya terlupa baca bismillah)
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلِهِ وآخِرِهِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang memulai segalanya dan mengakhiri segalanya

 


Doa selepas makan :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

sumber : sini


Wednesday, June 27, 2012

Lambat-laun 1


Aku takut lambat-laun rindu ini akan hilang. Biasanya sebelum ini, rindu macam ini memang tidak akan lama bertahan sebab terlalu rapuh. Macam titi kayu usang kalau dicuba pijak pasti patah, jatuh dan hancur. Aku sayang betul rindu ini dan tidak mahu ia rapuh dan hancur macam yang lepas-lepas.


Ramai kawan-kawan kata aku ini beruntung. " Muda-muda lagi dah dapat ". Aku tidak rancang semua ini sebab benda sudah nak jadi. Jadi aku hanya mengangguk senyum.


link


Bercakap balik soal rindu, pabila melihat jam di dinding pukul 12.40 tengahari dan jam tangan yang baru dibeli pukul 7.40 pagi. Rasa semacam. Aku cuma pejam mata dan cuba berimiginasi berjalan pergi ke sana dan ulang perkara yang sama serta melihat gadis itu sekali lagi. Rindu ini mahal walaupun cincin itu sudah patah gara-gara sering bertukar-tukar jari.


Kadang-kala keseronokan dunia buat aku lupa dan tanpa sedar rindu ini akan hilang perlahan-lahan. Yang aku mampu cuma bangkit melawan. Hari demi hari dugaan makin kuat dan aku takut rindu ini dikhianati oleh kebodohan diri sendiri. Mujur saat ini rindu ini masih ada. Lega untuk seketika.





Tuesday, June 12, 2012

Bahasa


Lepas selesai solat Isyak, tiba-tiba ada seorang pemuda (mungkin umur muda sikit daripada aku) duduk bersandar di tiang masjid. Dan berlaku dialog seperti berikut :

 " Assalamualaikum "

 - " Waalaikummussalam "

   Bangladesh ?

   - Malaysia. Anta ( sambil menunjuk jari ke arahnya, nak cakap Arab tak reti ) ?

    Gaza, Palestin

  - Oh, Palestin ( angguk-angguk kepala )

Tiba - tiba datang seorang kawanya yang berumur mungkin dalam 30an.

   Are you speak Arab ?

  - No

  In Malaysia they speak English ?

  - Yes

Tiba - tiba, pakcik aku panggil dan aku bersalam dengan mereka. Lantas berlalu pergi. Kini aku menyesal, tidak ambik mata pelajaran Bahasa Arab masa PMR dan SPM. Jika tidak mungkin  boleh berbual dengan lebih mesra bersama orang dari Palestin dan macam-macam soalan aku nak tanya. English pon tunggang langgang. Rasa nak belajar Bahasa Arab lepas ini. Gadis Arab pun boleh tahan jugak cantik-cantik.Haha.




Tuesday, May 1, 2012

Sungai dan Mitos


Terdapat dua buah kampung yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Mitos turun temurun menyatakan sekiranya berlaku percintaan diantara dua penduduk kampung tersebut, maka akan berlaku malapetaka.


Galih (Irwansyah ) : Mengapa kita lahir di desa diseberang sungai ? Saling mengenal dan menjadi dekat. Dengan mitos yang penuh dengan kutukan ?


Ranti (Acha Septriasa ): Sudah takdir,Galih.



Galih gigih membina sekolah kayu untuk anak-anak di kampung tersebut

Sebuah filem yang sedih


  Love Story, 2011.

Friday, April 27, 2012








Jack  : Where to, Miss? 

Rose : To the stars. 


Wednesday, April 25, 2012

Pergi Berenang di Kolam Renang


Kalau itu geografi dekat Jerantut ni tiada pantai yang berdekatan. Chop..chop.. Jerantut tu nama daerah di negeri Pahang bersempadan dengan Temerloh dan Kuala Lipis. Walaupun kemajuan belum mencapai status bandaraya ( tak perlu nak bandaraya sangat, nanti jalan jam) namum cukup dengan adanya kfc, Pizza Hut, Kentucy Fried Chicken, dan Pasaraya seperti TF, Aktif dan Tunas Manja. Sebenarnya benda ini semua tak penting pon, tajuk utamanya berenang.

Memandangkan saya tengah cuti almost 5 month maybe. Baru habis diploma nak sambung ijazah sarjana muda kemungkinan di Utem, Uthm ,Ump dan UniMap. Saya banyak masa terluang untuk berehat-rehat di rumah.Suatu petang saya mendapat mesej. (mesej sms sudah ditranslate menjadi bahasa Malaysia normal)


Isnin, pukul : 5.00 petang

Mesej diterima : Siap-siap. Mandi swimming pool.

Mesej dibalas : Okey-okey

Jam pukul 8.00 malam

Mesej dibalas : Penat betul berenang tadi

Mesej di terima : hahaha

(misi untuk pergi berenang  gagal.. sembang bukan main lagi )



Selasa petang esok pulak, jam : 4.55 petang

Mesej diterima : Jom mandi swimming pool

Mesej dibalas : Bila ? Aku tunggu 5 minit

Mesej diterima : Semuanya bergantung kepada kereta

Jam pukul 7.45 malam

Mesej diterima : Hebat kau berenang tadi.

Mesej dibalas : Ade awek hot tadi.Tu yang hebat sikit tu.

( misi nak pergi berenang gagal lagi)


Rabu,jam 5.12 petang

Mesej diterima : Jom pergi berenang

Mesej dibalas : (mesej kosong)

Aktiviti berenang di swimming pool masih belum terlaksana.

( misi nak pergi berenang seperti telah diduga, gagal )


jam 11.30 malam

Mesej dibalas : Jom pagi esok kfc. Aku belanja.

Mesej diterima : Pukul berapa ?

Mesej dibalas : Secepat yang mungkin.

Mesej diterima : Okey.



Khamis, jam 12.25 tengahari.

Mesej diterima : Sedapnya kfc tu.

Mesej dibalas : Memang pun. Awek pun ramai gak tadi kan ?

Mesej diterima : ( mesej tidak dibalas. Mungkin merajuk atau bengang)

Aktiviti untuk makan kfc pada pagi ini turut gagal seperti aktiviti untuk pergi berenang swimming pool.



Tiba-tiba ada mesej di Skype daripada A seorang playboy. haha

A : http: facebook.dgaeyeguufwg (heart)

Tak syak lagi, ni mesti fb awek cun. Lepas di klik.

UiTM Samarahan, Sarawak
Faculty of Art and Design · Diploma in Fine Art  ..... awek cantik mana pulak ni ?

Eh, ade friend request la. Mest awek cun ni. Selepas diklik :

La budak perempuan universiti aku rupanya. Ingatkan Wawa Zainal tak pun Tasha Shila yang add tadi.

Tamat. Dah pukul 1 dah ni, kena masak nasi.


Monday, April 16, 2012

Dakwat Kekal ?


Tulis,
Padam,
Tulis,
Padam,
Tulis,
Padam

Berulang-ulang macam ombak  menghentam pantai.

Tidak tahu bila mahu berhenti. Mungkin esok, mungkin lusa , mungkin tulat ?

Aku sudah bosan.

( tiada kaitan dengan isu politik semasa)

Tuesday, March 27, 2012

Lesap




Sarah,

 Hati ini menganggap hubungan yang masih tiada hala tuju yang kurang jelas ini boleh dipanjangkan kepada satu fasa yang lain. Mulanya, dia menyapa dengan beberapa soalan yang aku rasa malas nak jawab tapi akhirnya, aku membalas dengan biasa tiada apa-apa. Apabila kami ketawa gelak bersama, hati ini rasa gembira. Gadis itu masih misteri identitinya. Aku cuba bertanya tapi dia berat untuk menjawab. Aku faham, kami ini orang asing serta tidak mengenali antara satu sama lain. Barangkali dunia kami berbeza. Lantas dia pergi tanpa meninggalkan jejak meninggalkan aku terpana-pana. Mengapa perlu rasa sesuatu kerugian walhal cuma beberapa minit bersapa ? Yang pasti dia tahu nama aku dan aku tahu namanya iaitu, Sarah.


Friday, February 24, 2012

Kisah Praktikal 3 : Dari Kuala Lumpur ke Bangkok


Aku rasa sedih gila sebab pekerja dari Thailand dah balik Bangkok. Ada 10 orang datang kerja kat tempat praktikal aku ni. Diaorang kerja sementara kat sini sebab Thai banjir besar hari tu. Adalah dalam dua bulan setengah kerja kat sini. 9 orang masuk production dan sorang masuk department aku. Kebanyakan mereka boleh cakap Melayu Kelantan. Tapi aku kadang-kadang tak berapa paham juga apa mereka cakap.

Brother thai yang masuk department aku ni serius baik gila. Kira banyak la tolong aku ajar macam mana nak buat kerja. Dia dah 5 tahun pengalaman kerja. Serius power skill. Tapi ada jugak dia tak datang kerja. Pagi ni ada tapi petang takde . Esok ada tulat takde pulat. Sudah macam biskut Marrie. Aku pon tak boleh predict bila dia nak datang atau tak datang. Sungguh misteri. Dia selalu lah sembang pasal negara Thai. Kat sana ada 70 negeri. Dia kata lah, aku pun tak tahu. Aku selalu lah jugak belajar bahasa Thailand. 
My nick name mean "AYAM"  in thai


Dem = Minum                                                       Pain mai = nak ikut ?
Kin =  Makan                                                         Pai cek = lighter
Medai = Tak boleh                                               Pek pui mina kueh = Habis
Pai nai = Pergi mana                                            Can rak ther = I love u

Dia tu selalu lah jugak belanja aku dengan budak praktikal dari UniKL minum air. Aku rase adalah dalam 3-4 kali. Dia pon ada bagi seluar jeans. Badan dia dah gemuk so dia sedekahlah dekat aku. Siap datang depan pintu rumah aku nak bagi seluar. Seluar size 30. Serius aku touching gila. Selama ni aku tahu dia ada PS 2 tapi tak tahulah pulak dia layan game bola. Dalam 2 minggu dia nak balik Bangkok baru aku tahu. So, aku dengan member praktikal sorang lagi ni pergi lah rumah brother thai tu. Kita orang dok rumah flat. Kira satu bloklah. Masa kitaorang main ps2 dekat rumah dia. Member-member Thailand siap masak nugget bagi kitaorang makan. Kunjugan kali kedua untuk berlawan bola ps2 pon sama jugak. Masak nugget siap dengan kentang lagi beserta air oren. Member aku kata “ Kalau kat sini dia layan kita baik macam ni. Tak tahulah macam mana kalau kita pergi Thailand nanti “.

aktiviti bermain ps2

Masa dia kerja pun dia rajin. Kat sini aku memang malas gila nak potong getah guna pisau. Serius shit. Dialah yang rajin potong-potong getah.” Kalau dia nak balik nanti, suruh dia potong banyak-banyak” kawan aku kata. Dia siap design tempat potong getah. Guna tayar letak pisang welding-welding siap. Tak payahlah terkial-kial nak potong pakai pisau. Cuma tolak jer. Serius power. Dia ada jugak ajar aku cara nak usha awek. “ kena cakaplah kat perempuan tu, kita suka dia. Kalau dia tak nak, kita tak rugi apa-apa”. Nampak hebat dalam bidang mengusha awek.

Ada sorang member dia bagi aku special sikit. Dia ni sepatah haram tak reti cakap bahasa Melayu dan BI. Department aku kat luar kilang, so ramai la orang lepak-lepak  kat situ. Umur dia dh 35 tapi belum kawin. “Wai ni pai sawadikap bala bala bla… “. Dia cakap Thai so mana lah aku paham. Aku pun hentam jer lah kata “ Kap kap Medai medai “. Lama-lama sikit paham lah. Dia selalu gila lepak kat luar. Curi tulang jer banyak. Tapi aku dapat tahu dia pernah dapat offer kerja kat Jepun. Nampak macam biasa jer tapi fuh power.

Bila dia tiada Cuma tinggal 4 orang. Sorang bos. Sorang pekerja dan 2 orang budak praktikal. Bila dia ada senang sikit kerja. Sekarang dah sunyi tempat tu. Tiada lagi orang cakap bahasa Thailand.  Tiada lagi brother thai lepak-lepak kat department aku. Serius aku rindu.

Bos, pai nai ?

Dia ada bagi kitaorang duit Thai. Saja nak simpan buat kenangan. Dia siap bagi gambar lagi pastu tulis alamat dan nombor telepon. Malam last sebelum diaorang nak balik Bangkok, siap belanja aku makan tom yam kat kedai. Serius aku susah nak jumpa orang baik macam ini. Kalau ada duit memang aku akan pergi melawat dia kat Bangkok nanti.


Sekarang kat department aku rasa sunyi. Dah 2 bulan buat kerja sama-sama tapi sekarang dah tiada. Nasib baik bos besar suruh aku tukar department. Buat kerja office. Dah 3 bulan aku buat kerja welding tengah panas dan untuk sebulan terakhir aku akan berada depan laptop dalam office. Serius rasa pelik. Kesian pulak aku tengok member praktikal UniKL tu sorang-sorang nanti. Baik aku tukar department lain daripada terus  teringatkan orang Thailand yang dah balik Bangkok. Sekarang misi aku nak bermesra dengan budak praktikal university lain kat office pulak.


Baru tadi aku nampak diaorang naik bas menuju ke KLIA.. Flight pukul 1 petang 25 feb dan sampai pukul 1 petang waktu Bangkok.

Monday, February 20, 2012

Kisah Praktikal 2 : Gadis dan Meja


Mula-mula aku masuk syarikat ni, aku dan tiga orang member-memberku berasa gembira kerana terdapat tiga student perempuan yang turut sama berpraktikal di sini.  Cantik cantik cantik. Aku dapat rasakan plot dan jalan jalan cerita selama 4 bulan  berpraktikal semakin menarik. Ha ha ha.

 So, 2nd day kami dipecahkan mengikut department masing-masing. Dan bagai langkah kanan apabila bos aku punya meja bersebelahan dengan  dua orang gadis praktikal tersebut. Antara tiga orang member aku, meja aku lah yang paling dekat. Ha ha ha. Sebelah jer kot, kalau kentut pon boleh bau..




Bos aku cakap duduk la sebelahnya dan boleh guna komputer kat meja tu. Aku sungguh gembira dan gembira. Kami ade lah berkenalan sikit-sikit klaau lama-lama segan pulak nanti. Kawan-kawan aku yang lain semua jelous. Ha ha ha. Tapi tiba-tiba, bos aku suruh pergi department dia kat belakang kilang, jarak kira-kira 500 meter. " Mulai hari ini, ni  tempat awak bekerja" . Maka terputus lah segala agenda untuk mengusha gadis-gadis tersebut dan hanya aku yang ditempatkan di cerok belakang kilang sementara tiga orang memberku selesa duduk di office yang ada penghawa dingin.




Tuesday, February 14, 2012

Kisah Praktikal : Mati Kutu Di Rumah Sewa

 Bila aku sudah bosan bila aku sudah berasa bosan. Tinggal percuma di flat asrama pekerja semasa tengah praktikal ini memang seronok. Sudah tinggal percuma memanglah seronok. Member aku kat tempat praktikal lain sewa rumah, rumah kedai dan apartment yang ade swimming pool. Tapi aku percuma dan percuma. Tapi hakikatnya adalah bosan kerana kurangnya sumber asas seperti televisyan, sofa, mesin basuh dan lain-lain. Tapi aku tetap bersyukur kerana ada tempat untuk tidur.







Kalau ade girlfriend bolehlah jugak ajak pergi zoo negara untuk tengok singa laut.